Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Saturday, September 22, 2007

Marhaban ya Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke10 Ramadhan al-Mubarak. Belum ada kesempatan lagi untuk balik berbuka dengan Bak, Mak dan Fadilah. Insya allah minggu depan lah kot, since abang ada kelas OUM Ahad ni dari pagi sampai petang.
Masuk bulan puasa ni, aku tak pergi kelas mengaji... bercuti sebulan. Saja nak concentrate pada hal-hal di rumah... menjahit baju sendiri dan baju anak-anak Kak Dah... dan lain-lain lagilah. Aktiviti bulan puasa tahun ni macam tahun-tahun sudah lah jugak... jual kuih raya sudah semestinya. Bukannya untung banyak sangat... suka-suka memeriahkan bulan puasa.
Anwar sekarang dah makin bagus mengajinya. Baru dua hari lepas, dah masuk Iqra' 2... kira ok lah tu. Dia berjaya habiskan Iqra' 1 dalam masa 3 bulan. Tu pun on and off aje. Iqra' 2 nampak sukar sikit bagi dia since dah start untuk baca huruf-huruf bersambung. Kadang-kadang kesian jugak tengok setiap kali lepas Maghrib kena ulangkaji sekurang-kurangnya satu atau dua pages.
Tapi yang seronoknya bila tengok muka dia gembira setiap kali balik dari mengaji. Apa taknya setiap hari dapat alih bacaan. Tu yang buat dia makin rajin pergi mengaji tu. Alhamdulillah... kerana dikurniakan anak yang cerdik. Impian aku nak tengok dia dapat baca Quran seawal usia tujuh tahun. Insya allah...
Kalau tak ada aral melintang, pada hari raya ketiga nanti, satu reunion akan diadakn di KFC Batu Buruk KT. Tak tahulah berapa orang yang datang. Bukannya ada special event pun, sebab yang penting nak jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak bertemu.