Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Wednesday, February 6, 2008

Blog baru

Aku baru je create blog baru... khusus untuk hasil karya sastera yang telah aku kumpul more than 10 years ago. Nothing hebat laa... cuma a kind of collection.
Punya laa minat, semuanya ditulis dalam organizer/diary... kertas pun dah naik kunig. So sebelum koyak dan bercerai-berai, rasanya baik kalau dihimpun dalam satu blog.
Kalau ada sapa-sapa berminat untuk menikmati hasil karya penulis-penulis zaman 10 years ago, bolehlah lawati www.mynukilan.blogspot.com. Harapnya dapat komen yang membina.
So far, belum banyak lagi post ada dalam blog baru ni, but as a beginning, kira boleh laaa...
happy Chinese New Year bagi yang menyambutnya...

Blog baru