Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, November 6, 2008

New born.. and coming holidays...

Aini dah pun selamat melahirkan anak kedua... baby boy... darwisy jazlan nama diberi. Sure ibu n papanya sangat gembira. Dapat boy laa pulak... dan Mea jangan poyok-poyok lagi, nanti ibu tak layan, baru tau...

So... Mea pun meneruskan laa percutian panjangnya di rumah Tokki n Tokwan sambil mengharu-birukan hari-hari cik Nah dan cik Lah. For Ani and Jasni... big, big congrats yea... Kalau beranak lagi, pass sini laa sorang yang besar. Kui kui...

Aku sempat jenguk sekejap sehari selepas darwisy lahir. Aku balik jap pagi Khamis dan balik semula ke Kuantan petangnya. Anwar aku tumpangkan dengan Angah selepas dia balik sekolah. Seronok pulak dia bila cik Ton hantar dia ke rumah Papa.

So far, tak sempat lagi nak balik, memandangkan abang sibuk memanjang. This weekend, kelas OUM sabtu dan ahad. Next weekend pulak, kelas ganti untuk IKIP pulak. Since banyak sangat out station kebelakangan ni, bermakna banyaklah kelas yang kena digantikan.

Maybe masa cuti sekolah nanti, nak mintak balik Kemaman lama sikit. Nwa pun dah pandai complain sekarang. Mintak balik kampung lama sikit, tak puas bermain katanya.

Plan untuk school holiday masih blur lagi. Cuma cuti abang untuk raya Haji dah di apply. Seminggu...!! Kalau Nwa tau, mesti bersorak punyer! Siap laa... sure hitam berkilat laa, bermain tak masuk rumah kalau balik rumah Tok Mek.

Kalau diizinkan Tuhan, waktu cuti tu jugak nanti, aku cadang nak jumpa dengan kawan-kawan lama di KT. Asyik tertangguh dan tergendala aje sebelum ni. Last night, Ayu called dari Seremban... semalam birthday dia, so dia dapat buat free calls to celcom numbers for 7 days! Lebih setengah jam kitorang berborak... rindu betul, lama tak jumpa... Lagi aku rindu, teh O dia... kalau dicecah dgn biskut Jacobs, mak aiii sedapnya... Makan pulak bawah pokok kat belakang asrama... sambil menjamu mata melihat jejaka-jejaka control hensem berjogging kat tempat kitorang lepak. Ahaksss... Mungkin bukan aku sorang aje yang rindu... aku sure Kma, Zaen, Kak Ani, Jie, Fiza, Fa, KLong Mah, Ikin, CT, Cah pun rindu jugak...isk...

Ayu akan bercuti agak lama di KT... so, harap-harap kali ni boleh jumpa. I hope abang boleh bagi kerjasama korbankan 1 or 2 days of cuti dia for me n friends... harap-harap laa kan...

Antara aku dan Ayu, banyak yang pernah kami kongsi bersama... Suka, duka begitu juga tawa dan tangis. Ayu antara sahabat yang banyak bagi semangat dan kekuatan bukan saja untuk aku malah kawan-kawan yang lain. Wakaupun pernah ada perselisihan antara kami, tapi semua itu akhirnya mengukuhkan lagi persahabatan kami. Ayu antara sahabat aku yang kuat semangat dan tabah hatinya. Juga seorang anak yang taat dan patuh kepada kehendak orang tua dan famili. Syabas Ayu... kerana membuktikan kebahagiaan hari ini berkat doa dan restu keluarga.

Kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Aku tahu... malah Ayu pun tahu... kenangan barang lepas itulah yang mendewasakan kami... dan yang mengajar kami erti hidup.

Kalau boleh dikembalikan masa lampau, banyak rasanya yang mahu dibaiki. Tapi, biarlah... kesilapan memang banyak... Kami semua banyak belajar dari kesilapan.

So now, we are looking forward to see as many friends as we could during this coming holidays. Tak sabar rasanya...