Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Friday, January 30, 2009

kembali bercermin mata...



Setelah hampir 6 tahun berkanta lekap, now aku kembali bercermin mata. Mungkin sempena tahun baru kot. Hehehheh... imej tahun baru kononnya.

But actually, bukan hanya kerana imej or gaya... tapi bila memikirkan dah agak lama pakai contact lens ni bimbang juger kalau2 ada effect pada kornea ke, apa ke...

Waktu jumpa optician hari tu pun, dia sokong laa aku stop dulu pakai contact lens, or at least give the eyes a break. Dia advise after 4 years pakai lens, sebaik2nya tukar pakai spec laa pulak. Hmm... gitu rupanya.

Sejarah aku pakai contact lens ni sebenonya dah lama. Semuanya bermula dengan masalah rabun jauh yang dikesan seawal usia 11 tahun. Cuma masa tak der laa serius sangat, masih boleh nampak lagi tulisan kat papan hitam dalam kelas.

Bila dah masuk usia 12 tahun dan pindah semula ke SIS dari Felda Neram, barulah aku mula pakai cermin mata ni... dan mula lah digelar bermata empat.

Waktu di tingkatan 4, abang Mie introduce the contact lens... dibawaknya aku ke Lee's Optical Centre (masa tu merupakan kedai spec paling glamer kat kemaman laa). Mr Lee ajar pakai lens then bukak, then pakai balik. Masa tu tak der yg disposable. Satu pasang tahan laa 1 tahun atau 1 tahun setengah. Agak cerewet... untuk cuci, solution botol merah... untuk simpan, solution botol biru rasanya laa... pastu seminggu sekali, rendam dgn protein tablet. Memang cerewet gila lah... macam 'bbela' la plok... kata org teranung laa kan..

Tapi yang bestnyer, pakai lens waktu tu mengajar aku ada disiplin laa sikit. Tangan mesti bersih... cuci dan simpan kena ikut masa tertentu...bla..bla..

At the same time, aku masih jugak pakai spec, gilir2 laaa... sehingga laa sampai aku belajar di Kusza...pakai selang-seli.

Waktu mula bekerja, aku pakai cermin mata bingkai hijau... wah..wahh.. ini kes spec frameless patah, terlanggar pintu... aduhh...ca'duh betul masa tu. Tak ingat dah duk kejor ke apa.. So, abang Lie yang kebetulan ada kat rumah masa tu belanja spec baru, yang warna ijau tu laa. Masa tu end 90's, bingkai yang kaler2 jadi trend. Waa... masuk ofis, boss pun tegur... wah... frame ijau nampak! Hehehhe... Apapun, tq abg Lie...

Bila dah kerja agak lama sikit, pangkat dan gaji pun ada naik sikit... mula lah nak melawa. Rasa nak pakai contact lens kaler laa pulak. So gila melawa punya pasal, aku dan Aya beli laa lens kaler. Masa tu harga hampir RM 300 rasanya...hmm... bantai, janji nampak lawa. Ish...ish.. bila diingatkan balik sekarang ni, teruk jugak aku masa tu. Heheheh... obses!

Kaler yang aku amat berkenan masa tu... hazel brown... coz warna ni nampak tak 'tiruan' sangat. Cuma mata kita nampak lebih brown drp biasa.. wah wah..
Dan mata hazel brown ni rupa2nya ada jugak bawak tuah.. masa tu ada laa beberapa orang yang nak mendekati...ehem..ehem.. agaknya penangan hazel brown eyes kot. Kah kah kah...maaf laa ye... perasan sikit.

Lepas tunggang terbalik dengan orang itu ini tak jadi...bla..bla.. lalu akhirnya ditemukan dengan abah Nwa... dengan bermata hazel brown tu laa jugak. Begitulah alkisahnya...

Lepas kawin, pakai spec balik sebab dah lama rasanya dengan contact lens ni. Dah Nwa lahir, selalu laa dia macam nak tarik-tarik spec tu... hinggalah satu masa, dia tertepis macamana ntah, spec tu tercampak dan retak sikit. So since then, aku pakai laa contact lens semula. This time, lebih mudah... coz yang disposable tak perlu bagi protein tablet. Solution pun all in one... cuci, simpan, hinggakan to rewet eyes pun boleh pakai solution yang sama. Tiap2 bulan tukar baru... lebih selamat untuk mata laa kiranya. Dan selamat untuk Nwa juga yang masa tu agak aktif.

But now, back to the nature... pakai spec balik. Pada mulanya, rasa agak janggal esp bila pakai tudung, coz rasa macam tersekat laa... but so far, rasa cam ok sikit. Waktu diriving, memang ok laa sebab clip-on sunglasses made of polarised glass, so tak silau tapi tak menggelapkan. Eh... macam ayat dalam commercial plak rasa. Hehehhe...

Pada mulanya, aku assume power naik... but the optician cakap power tetap maintain 250 setiap satu. Aku pun mcm ... wow! tak pernah bila nak buat spec baru, power tak bertambah.

Hmm... bila difikirkan balik, mungkin kesan dari pemakanan kot, since aku sekarang lebih jaga makan, instead of jaga badan...hehehe... dari segi supplement dan ubat-ubatan.. back to nature...back to nature! Manusia dan alam punya hubungkait... aku percaya itu. Kalau tak, kenapa Yang Maha Esa menjadikan manusia hidup di alam ini? Tentu saja ada manfaatnya alam kepada manusia.

The simplest example... untuk merawat dan mengawal penyakit batu karang, penawarnya adalah akar lalang! Simple... tapi bukan sebarang lalang...ada jenis2nya pulak, dan perlu diambil berpandukan sinergi yang betul daripada orang yang arif.

Oleh itu, sedikit pesanan penaja... Sokonglah produk keluaran HPA... Dijamin 100% buatan dan keluaran Muslim.

Hihihiihiiii...

(lain kali kita citer plak pasal HPA... siapa yg layak bekerja di kilang2nya)






Thursday, January 29, 2009

antara selera dan derita sengsara

Kalau dibaca blog cik fad, dah disebut pasal Bak yg masuk hospital. Aku sempat jaga Bak pada hari pertama sebelah pagi, dan hari kedua sebelah petang.

Kasihan dan simpati pada Bak melimpah-ruah bila lelahnya datang. Juga bila nak buang air kecil, kesakitan kesan urine tube yang mungkin dimasukkan agak kasar ke saluran kencing. Apa yang mampu aku buat, hanya menggosok-gosok paha Bak sambil berbisik, Sabar Bak, tahan sikit.

Bila sakit tu dah reda, aku cakap dengan Bak... kalau perempuan bersalin, begitulah juga rasa perit dan pedih bila nak buang air. Aku tak tahulah Bak menghayati ke tidak apa yang aku bagitau. Apa yang aku harap, Bak faham that i'm telling him that bukan dia sorang jer yang sakit.

Cuma aku agak kesal bila Bak agak liat untuk berpantang makan. Sewaktu aku jaga dia di Hospital, dia tetap juga makan tembikai. Malamnya dia lelah lagi. Esoknya makan pulak betik. Dan malamnya lelah makin kuat. Hingga katilnya dipindahkan lebih dekat dengan meja nurse.

Hari ketiga, nyaris nak makan tembikai lagi, kata abang Mi. Nasib baik Mak cepat sampai. So niat terhalang.

Keadaan jantung sudah agak kritikal. Bengkaknya takkan surut lagi... menyebabkan saluran darah makin sempit. Air pula tidak terpam kesemuanya, kerana jantung sudah lemah, so bertakung di paru2. Bila dibuka urine bag, tak dapat pula buang air secara normal kerana ada masalah pada kelenjar prostat.

Walaupun dah discharge selepas seminggu di wad, malamnya terpaksa ke ER lagi untuk pasangkan balik urne bag.

Kesian Bak. Dia menangis waktu sedang bersiap untuk ke ER semula sambil mengeluh kenapa laa sakit ni berpanjangan. Abang Wan yang menenangkan Bak... aku kehilangan kata-kata.

Bila diingat kembali, memang kasihan bila dia sakit... tapi masih juga baran. Mangsanya tentulah Mak.

Aku berhajat untuk mencadangkan kepada Bak untuk turut juga mengamalkan herba selain drp ubat doktor. Softgel minyak zaitun untuk jantung dan herba Malac untuk pelawasan kencing, juga bersihkan buah pinggang daripada benda asing. Aku dah tinggalkan sebotol minyak zaitun untuk Mak guna semasa masak makanan Bak.

Harap2 sakit Bak tak berulang... walaupun tak sembuh sepenuhnya. Sekurang-kurangnya Bak tidak sakit... esp menjelangnya hari besar terakhir dalam keluarga kami pada 15 Mac nanti...

Dan harap2 Bak dapat bersabar untuk terus berpantang makan buah-buahan yang sejuk dan banyak air. Sabarlah Bak... antara selera dan derita sengsara, lebih baiklah menahan selera daripada menanggung derita sengsara yang tak mampu dikongsi dengan orang lain...