Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, January 29, 2009

antara selera dan derita sengsara

Kalau dibaca blog cik fad, dah disebut pasal Bak yg masuk hospital. Aku sempat jaga Bak pada hari pertama sebelah pagi, dan hari kedua sebelah petang.

Kasihan dan simpati pada Bak melimpah-ruah bila lelahnya datang. Juga bila nak buang air kecil, kesakitan kesan urine tube yang mungkin dimasukkan agak kasar ke saluran kencing. Apa yang mampu aku buat, hanya menggosok-gosok paha Bak sambil berbisik, Sabar Bak, tahan sikit.

Bila sakit tu dah reda, aku cakap dengan Bak... kalau perempuan bersalin, begitulah juga rasa perit dan pedih bila nak buang air. Aku tak tahulah Bak menghayati ke tidak apa yang aku bagitau. Apa yang aku harap, Bak faham that i'm telling him that bukan dia sorang jer yang sakit.

Cuma aku agak kesal bila Bak agak liat untuk berpantang makan. Sewaktu aku jaga dia di Hospital, dia tetap juga makan tembikai. Malamnya dia lelah lagi. Esoknya makan pulak betik. Dan malamnya lelah makin kuat. Hingga katilnya dipindahkan lebih dekat dengan meja nurse.

Hari ketiga, nyaris nak makan tembikai lagi, kata abang Mi. Nasib baik Mak cepat sampai. So niat terhalang.

Keadaan jantung sudah agak kritikal. Bengkaknya takkan surut lagi... menyebabkan saluran darah makin sempit. Air pula tidak terpam kesemuanya, kerana jantung sudah lemah, so bertakung di paru2. Bila dibuka urine bag, tak dapat pula buang air secara normal kerana ada masalah pada kelenjar prostat.

Walaupun dah discharge selepas seminggu di wad, malamnya terpaksa ke ER lagi untuk pasangkan balik urne bag.

Kesian Bak. Dia menangis waktu sedang bersiap untuk ke ER semula sambil mengeluh kenapa laa sakit ni berpanjangan. Abang Wan yang menenangkan Bak... aku kehilangan kata-kata.

Bila diingat kembali, memang kasihan bila dia sakit... tapi masih juga baran. Mangsanya tentulah Mak.

Aku berhajat untuk mencadangkan kepada Bak untuk turut juga mengamalkan herba selain drp ubat doktor. Softgel minyak zaitun untuk jantung dan herba Malac untuk pelawasan kencing, juga bersihkan buah pinggang daripada benda asing. Aku dah tinggalkan sebotol minyak zaitun untuk Mak guna semasa masak makanan Bak.

Harap2 sakit Bak tak berulang... walaupun tak sembuh sepenuhnya. Sekurang-kurangnya Bak tidak sakit... esp menjelangnya hari besar terakhir dalam keluarga kami pada 15 Mac nanti...

Dan harap2 Bak dapat bersabar untuk terus berpantang makan buah-buahan yang sejuk dan banyak air. Sabarlah Bak... antara selera dan derita sengsara, lebih baiklah menahan selera daripada menanggung derita sengsara yang tak mampu dikongsi dengan orang lain...

1 comment:

chekdenoor said...

ajal maut ditangan ALLAH.....dah tersurat bila ajal kita akan tiba....cuma kita insan kerdil hanya perlu berdoa....

HIDUP DAN MATIKAN AKU
dalam iman
dalam kesihatan yang baik
dalam kesempurnaan akal
dalam bermaruah
dalam berharta
dan
dalam kebahagiaan