Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Tuesday, February 17, 2009

hypertension yg memang tension

Lama betul tak menulis di sini... ekoran terlalu banyak episod hypertension yang berlaku in the family akhir2 ini. Bermula insiden abang Ma yang kena seizure attack kerana extreme hypertension.

Dan semua tu berlaku depan mata aku...

Sebagai mana cik fad citer dalam blognya, masing2 kami tak tau nak kata apa bila tengok keadaan abg Ma. Sedih, kecewa, pilu dan hiba bercampur baur.

5 feb khamis, abang balik awal to visit abg Ma di hospital Kemaman. Aku pada awalnya tak runsing sangat coz bila fad dan hannah bgtau abg Ma stabil. Waktu aku sampai kat wad, abang Ma tidur... tapi aku rasa cuak bila tgk cara jari2nya pegang selimut. Rasa mcm tak kena jer... jari2 dia mengerekot ke dalam. Aku cuba betulkan...tapi dia tarik balik.

Kejap tu, dia tersedar... aku tanya : nampak tak sapa datang ni?

Nampok... dia jawab.

Kejap, attendan hantar nasi. Aku cakap, meh laa makan nasi ni... nanti sejuk tak selera plak.

Abg Ma pun bangun. Duduk... kami2 ni pun adjust meja utk makan tu so that dia selesa. Masa tu lah, abg Ma tiba-tiba rebah. Kak Nah panik, aku pun panik... aku paut leher abg Ma, bimbang kot terkena besi katil. Allah... Apa nak buat ni.? abang cepat2 panggil nurse..

Aku panggil... abang Ma! abang Ma! Dia bersuara...tapi tak tahu apa dia kata. Sementara nurse nak datang, muka dia dah pucat... dan mata dia dah 'kosong' dan pandang atas. Tangan kanan dah kejang dan mengerekot, kaki pun kejang. Leher yang aku pangku terasa seperti batang kayu.

Panik... cemas... nurse dan doktor bergegas... letak oxygen mask, ambik BP etc... abang Ma dah passed out! Tak bergerak lagi... aku menangis... tak tahu nak buat apa...

Ya Allah! Jangan ambil abang aku...!!

Doktor mintak aku beredar pasal diorang nak pindahkan katil. Aku mintak abang call ke rumah... dia dialled, pass kat aku... dia pun tak tau nak caka apa agaknya.

Hannah jawab call... tapi aku sendiri un speechless... hanya mampu menangis jer.

Aku tau hannah pun cemas bila aku cuma sebut 'adik'... dan terus menangis...

Kc...kc... kenapa ni? relaks...bagitau pasal apa?

Mai laa spital...tengok abang Ma... dia dok sedor!

Tu jer aku bleh cakap...

Masuk semula ke wad, sorang patient (kenalan Bak rupanya) suruh aku pegi baca Yasin kat abang Ma..

Allah.... apa ni... aku makin panik.. Pegi ambik surah Yasin dan baca berhampiran abang Ma... doktor dan nurse masih ramai kat situ waktu tu...

Finally, alhamdulillah... abang Ma sedar balik dan boleh jawab pertanyaan doktor. Nurse then inject ubat tidur untuk relax.

Aku terus lagi baca Yasin, tapi keadaan abang Ma tetap tak tenang... seolah-olah dia tak selesa sangat dengan keadaannya... mungkin dia terlalu sakit. Tangan dan kakinya asyik bergerak-gerak... risau juger kalau2 dia jatuh dari katil.

Masa tu barulah mak sampai, aku tak boleh nak citer banyak coz terlalu sebak... mak tak putus2 air mata melihat keadaan abang Ma... anaknya yg banyak memikul komitmen bukan hanya pada famili.

setelah doktor bincang2, diorang decided to take abang Ma to HTAA Kuantan untuk ct scan.
so, aku, abang, Nwa n hasanuddin malam tu bergegas ke Pekan utk ambil Mus.

Kebetulan Mus pulak demam...

dipendekkan cerita, malam esoknya (6 feb) aku dan Fad bawak Mus jumpa doc Nazlee. Aku pun tumpang jugak laa check BP. Unexpectedly, bacaan BP aku 150/100. Aduss... tak pernah setinggi ni before.

Terkejut aku... but doc tak bagi ubat cuma dia mintak aku lebihkan rehat. Mungkin jugak aku terlalu terkejut dengan apa yg menimpa abg Ma...

10 feb aku pergi klinik lagi.. doc yang sama... bacaan menurun 130/90. Masih jugak tinggi... Nwa plak kena kudis buta...dan dicutikan seminggu untuk elakkan jangkitan. Heii... macam-macam...

4 hari jugak laa anak-anak abang Ma duk kat rumah ni... sambil berulang alik ke HTAA. Abang Ma kuar wad 10 feb... abang Mat dan kak Dah hantarkan ke Kemaman.

So far, aku belum lagi berkesempatan untuk pulang menjenguk. Hari-hari kebelakangan ni agak sibuk, esp untuk menyiapkan baju2 hannah. alhamdulillah... hari ni dah siap... tinggal lagi hantaran laa pulak.

Dalam pada tu... keadaan kesihatan aku pun kena monitor selalu... aku tak mau nanti aku plak jatuh sakit menjelangnya hari besar hannah yg dah tak sampai sebulan jer lagi. Harap2 semua akan ok.

Mak pun ada call tadi, bgtau yg Bak dah dibuka urine bag dan dah boleh buang air secara normal. Alhamdulillah... mudah2an keadaan ini akan berkekalan.

Insya allah sabtu ni aku balik laa kejap, nak memperkemaskan urusan sewa kerusi meja untuk pengantin. Mungkin balik sekejap jer coz esoknya abang nak ke KL plak seminggu.

Kena tinggal lagi lah nampak gayanya...

2 comments:

chekdenoor said...

hypertantion....

Jangan disangka orang yang diam tu cool...... dia mungkin terlalu banyak menyimpan perasaan..... banyak terfikir sorang-sorang.....

Actually dalam hidup ini....kekadang kena gak sikit-sikit selfish(jual ikan...heheheh)..... kena gak fikir tentang diri sendiri..... Kalau asyik nak please orang..... sehingga diri sendiri terabai...susah gak...kan.....

Buat baik berpada-pada....buat jahat jangan sekali......

Sejak kak noor melalui zaman susah dahulu ... kak noor belajar banyak perkara.....

yang paling kak noor belajar ialah.....kita perlu please diri kita dahulu sebelum kisah kat masalah orang lain....sebab bila terlalu banyak please orang...hingga mengabaikan diri sendiri....akhirnyer kita akan tention sendirian.....

Sayangi diri anda sebelum anda menyayangi orang lain.

Tinta Pendeta said...

tulis sekali lagi..semalam dah tulis kat sini tp jaring usm ada trouble...actualli nak kabonya sebak gak baca tulisan kc ni, pandai susun ayat sampai hiba jadinya...tak sangka no ayah teh ma yg cool sentiasa tu menanggung banyak stress...maybe sekitaran yg mempengaruhi...semuge ayah teh ma cepat kembali pulih seperti selalu...itu la, mata yg nampak tak cukup beban sebagaimana bahu yg memikul..