Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Monday, July 23, 2007

tangan masih sakit lagi

Nampak gayanya tangan ni masih sakit lagi. Aku dah try bawak kereta ke rumah Kak Dah, memang rasa sakit jugak lagi esp bila nak masuk gear. Tarik hand brake pun pakai tangan kanan.
Esok nak pergi mengaji tak tahu lah camna. Kena gagahkan jugak nampaknya.
Hari ini puasa, air paip pulak tak der. Aduhai... ntah apa nak jadi lah Taman Beserah ni. Selang sehari dua mesti tak der air. Nampaknya hari ini berbuka dengan juadah pasar malamlah jawabnya.

Thursday, July 19, 2007

sakit tangan la pulak!

Dari petang semalam, tangan kiri rasa cam ada yg tak kena. Makin malam makin kuat pulak sakitnya. Terseliuh agaknya... tapi tak pasti waktu bila. Seingat aku ada buat kerja kat luar jap petang semalam... tapi bukan kerja berat pun, cuma bakar sampah daun kering jer.
So jap2 lagi nak balik kemaman laa jap... kena pergi urut ni, nak buat kerja pun tak boleh. Angkat sakit, letak pun sakit. Menaip ni pun ala ala jer.
Aduhai...

Wednesday, July 18, 2007

seronoknya sembang dgn sahabat lama!

Since advanced_diploma@yahoogroups.com dah mula aktif, boleh lah aku berhubung semula dengan sahabat-sahabat yang dah lama lost contact. Antaranya Siti... dia ni best student dari diploma lagi. Kebal dia ni... rekod pegang dok lepas2. Sekarang ni dia tengah buat Master degree in Syariah... nanti disember ni akan masuk semula bertugas di Universiti Darul Iman (formerly known as Kusza). Tempat lama maaa...
Dan sekarang kami berhubung melalui yahoo messenger pulak... lagilah seronok. Dapat chat. Lebih seronok daripada tulis email lagi. Inilah antara tujuan group ditubuhkan... untuk menyambung kembali silaturrahim kami. Terlalu banyak kenangan antara aku dan Siti sementelah lagi kami pernah tinggal sebumbung di asrama... satu level lagi.
Teringat aku sewaktu drama petang2 tengah famous waktu tu 'Cinderella'... kat bilik Siti ni ada laa tv kecik jer kepunyaan Chah room matenya. Rasanya besar sikit daripada tapak tangan kot. So everytime abih makan malam, kami pun berbondong-bondonglah ke bilik Siti nak menonton citer si cinderella tu.
Just imagine... tv sekecik tu ditonton lebih kurang 10 orang jugaklah masa tu. Siap ada kelas2 tempat duduknya. Barisan paling depan duduk kat bawah, barisan kedua duduk kat kerusi, barisan ketiga duduk kat katil... lebih kurang gitulah... aku pun tak berapa ingat. Bukannya citer tu sedap sangat pun sebenarnya... tapi keseronokan tu yg tak dapat dicari kat tempat lain. Punya laa tak nak bersesak kat bilik tv dengan junior... Habisnya duk ngutuk laa pelakon2 yang over acting kat dalam citer tu.
Kalau tak silap, citer sekarang diulang tayang kat TV3 ... pagi rabu or khamis gitu... tak sure la pulak. Bila di dengar balik lagu tema citer tu...hihihihi... pasti aku akan tersenyum sendiri sambil terkenangkan teman2 yg selalu 'menyesak' kat bilik Siti.
"Siti Khatijah, Norazah, Rohani (my room mate), Norzaini, Suhaya, Rohazimah, Faziyah, Noakma, Norzielan, Norafiza, Rohayu" I REALLY MISS YOU GALS!! (Teringat kenangan makan nasi bungkus, berbuka, bersahur dan bersolat terawih bersama - baca doa tengok buku- heheheh)

Monday, July 16, 2007

Bertuahnya jadi menantu Mak...

Aku baru je balik dari Kelantan Jumaat lepas. Lama jugak rasanya tak menulis di blog ni. Kerana ada hal yang perlu abang bereskan di kampungnya, kami sekeluarga balik mengejut ke sana on last Tuesday.
Sebagai isteri dan menantu, aku ok jer.
Bila sebut pasal menantu ni, teringat aku menantu2 Mak termasuklah abang. Mak seorang yang tegas dan bising mulutnya tapi hatinya baik. Kalau dia tahu anak menantunya nak balik, pasti dikerahnya yang ada di rumah waktu tu supaya bersiap. Daripada siapkan makanan hinggalah bilik tidur. Semuanya mesti lengkap dan sedia. Dia akan senang hati kalau anak menantunya balik ke rumah dan dapat stay dengan selesa.
Makanan jangan sebutlah... Waktu aku bujang2 dulu, kalau ada abang2 nak balik, aku akan ikut Mak ke pasar. Macam2lah yang dibelinya... biasanya mengikut favourite anak yang nak balik tu lah. Kalau yang suka makan pulut panggang, akan ditempahnya pulut panggang. Begitu jugak laksam, ketupat and so on.
Kalau untuk menantu perempuan... lagilah... Biasanya dia akan masak yang menantu dia suka makan jer. Lauk2 yang menantu dia kurang suka, biasanya dia tak masak lah. Kesian, katanya, sebab menantu dia bukan semuanya dari Terengganu.
Semuanya Mak akan ambik kira... yang penting bagi dia, semua orang puas hati dan selesa, barulah tak rasa 'liat' bila nak balik rumah dia. Bila difikirkan betul jugak. Tapi yalah... aku perhatikan memang sapa yang jadi menantu Mak memang bertuah...
Bila aku dah jadi menantu ni, kadang2 rasa jealous pun ada... sebab apa yang dinikmati oleh menantu2 Mak... hampir tak pernah aku rasa. Bila aku tengok Mak so excited nak sambut kepulangan anak menantu dan cucu2, jauh di sudut hati ada cemburu yang bertandang. Pernah terdetik, alangkah bertuahnya kalau aku ada mak mentua macam Mak. Bila sampai rumah jer, segala-galanya dah tersedia. Pendekata, basuh kaki terus boleh letak kepala baring. Tak perlu susah2 nak pasangkan cadar dan sarung bantal, tak payah nak sapu bilik etc. Itu belum masuk hal makan minum lagi. Sampai jer, at least minuman dah tersedia kalau tak makanan pun.
Tapi ya lah... siapalah aku untuk diraikan macam menantu2 Mak. Pada awalnya, hal2 sebegini boleh jadi punca perselisihan faham antara aku dan abang. Tapi as time goes by, aku mula belajar untuk faham situasi orang lain. So sekarang, whatever it takes... aku buat tak tahu jer. Of course rasa tak puas hati tu ada, esp kami selalu travel malam untuk balik kampung (biasanya tiba jam 1 atau 2 pagi), tapi sekarang ni aku cuma buat tak tahu jer bila abang jeling2 nak tengok reaksi aku bila terpaksa pasang cadar dan sarung bantal pukul 2 pagi untuk melepaskan lelah di jalanan. Pasal makan, tak der masalah lah sebab dah siap makan kenyang2 dalam perjalanan. Dah nasib, nak buat camna... complain pun tak guna.
That's why bila aku tengok kakak2 ipar aku relax jer bila sampai rumah Mak... selalu hati aku terdetik..."alangkah bertuahnya jadi menantu Mak". Apa pun bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini.

Tuesday, July 3, 2007

Pesanan Dr Robiah Kulup

Masa aku 'tersekat' kat Muadzam hari tu, sempat jugak aku tengok Motivasi Pagi kat tv3 bersama Dr Robiah Kulup seorang kaunselor keluarga kalau tak silaplah. Dia cakap... selalu2lah ingat kebaikan orang lain terhadap kita, bukannya kebaikan kita terhadap orang lain. Dan selalu2lah ingat kesalahan kita pada orang lain instead of kesalahan orang terhadap kita.
Kalaulah kita semua dapat amalkan sebegini, alangkah bagusnya. Tak adalah orang yang berdendam, menjeruk rasa, sakit hati dan lain2 penyakit jiwa yang sewaktu dengannya.
Kesimpulan daripada pesanan di atas adalah MAAF. Sifat memaafkan adalah sifat yang baik dan menyenangkan hati, bukan sahaja hati orang yang dimaafkan malah hati orang yang memaafkan itu sendiri. Banyak contoh yang boleh dibuat iktibar yang selalu berlaku di sekeliling kita. Cuba perhatikan... renungkan... mungkin kita sendiri juga pernah mengalaminya.
Satu kisah yang berlaku dalam hidup aku hampir 10 tahun lalu rasanya. Waktu itu, aku rasa aku akan kehilangan seorang yang telah aku anggap sebagai 'kakak'. Aku pada masa tu masih lagi muda dan belum layak untuk memberi apa2 komen, walaupun telinga ini selalu mencuri perbualan orang2 sekitar untuk menyelesaikan masalah itu.
Masa beredar... waktu berputar... alhamdulillah... hari ini segala2nya selesai... hanya dengan perkataan MAAF. Kami memaafkan dia dan dia memaafkan kami. Dan hari ini aku dah dapat semula 'kakak'. Masing2 of course ada silap... mungkin waktu itu dia dalam keadaan tertekan dan tak dapat berfikir secara rasional. Kami pun waktu itu mungkin terkejut lalu membuat pelbagai andaian. Jadi segala2nya berserabut dan berselirat.
Namun apabila kedua2 pihak bersedia memaafkan dan menerima kekurangan masing2, keadaan yang keruh boleh dijernihkan.
Mudah-mudahan kejernihan ini akan terus kekal jernih sampai bila2. Hapuskanlah segala prasangka dan praanggap yang akhirnya menyusahkan dan mengeruhkan suasana.
Ingatlah... kenang2kanlah jasa org pada kita dan ingat2lah kesalahan kita pada orang lain. Nescaya kita akan lebih menghormati orang lain. Silaturrahim adalah sesuatu yang murni. Sekali ia terputus masih boleh bertaut kembali, tapi kali kedua terputus tentu sukar untuk disambung kembali.
Pesanan ini bukan untuk sesiapa yang membaca sahaja... malah lebih untuk diriku sendiri. Andai suatu masa nanti aku terlupa, sudi2kanlah ingatkan kembali.