Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Monday, July 16, 2007

Bertuahnya jadi menantu Mak...

Aku baru je balik dari Kelantan Jumaat lepas. Lama jugak rasanya tak menulis di blog ni. Kerana ada hal yang perlu abang bereskan di kampungnya, kami sekeluarga balik mengejut ke sana on last Tuesday.
Sebagai isteri dan menantu, aku ok jer.
Bila sebut pasal menantu ni, teringat aku menantu2 Mak termasuklah abang. Mak seorang yang tegas dan bising mulutnya tapi hatinya baik. Kalau dia tahu anak menantunya nak balik, pasti dikerahnya yang ada di rumah waktu tu supaya bersiap. Daripada siapkan makanan hinggalah bilik tidur. Semuanya mesti lengkap dan sedia. Dia akan senang hati kalau anak menantunya balik ke rumah dan dapat stay dengan selesa.
Makanan jangan sebutlah... Waktu aku bujang2 dulu, kalau ada abang2 nak balik, aku akan ikut Mak ke pasar. Macam2lah yang dibelinya... biasanya mengikut favourite anak yang nak balik tu lah. Kalau yang suka makan pulut panggang, akan ditempahnya pulut panggang. Begitu jugak laksam, ketupat and so on.
Kalau untuk menantu perempuan... lagilah... Biasanya dia akan masak yang menantu dia suka makan jer. Lauk2 yang menantu dia kurang suka, biasanya dia tak masak lah. Kesian, katanya, sebab menantu dia bukan semuanya dari Terengganu.
Semuanya Mak akan ambik kira... yang penting bagi dia, semua orang puas hati dan selesa, barulah tak rasa 'liat' bila nak balik rumah dia. Bila difikirkan betul jugak. Tapi yalah... aku perhatikan memang sapa yang jadi menantu Mak memang bertuah...
Bila aku dah jadi menantu ni, kadang2 rasa jealous pun ada... sebab apa yang dinikmati oleh menantu2 Mak... hampir tak pernah aku rasa. Bila aku tengok Mak so excited nak sambut kepulangan anak menantu dan cucu2, jauh di sudut hati ada cemburu yang bertandang. Pernah terdetik, alangkah bertuahnya kalau aku ada mak mentua macam Mak. Bila sampai rumah jer, segala-galanya dah tersedia. Pendekata, basuh kaki terus boleh letak kepala baring. Tak perlu susah2 nak pasangkan cadar dan sarung bantal, tak payah nak sapu bilik etc. Itu belum masuk hal makan minum lagi. Sampai jer, at least minuman dah tersedia kalau tak makanan pun.
Tapi ya lah... siapalah aku untuk diraikan macam menantu2 Mak. Pada awalnya, hal2 sebegini boleh jadi punca perselisihan faham antara aku dan abang. Tapi as time goes by, aku mula belajar untuk faham situasi orang lain. So sekarang, whatever it takes... aku buat tak tahu jer. Of course rasa tak puas hati tu ada, esp kami selalu travel malam untuk balik kampung (biasanya tiba jam 1 atau 2 pagi), tapi sekarang ni aku cuma buat tak tahu jer bila abang jeling2 nak tengok reaksi aku bila terpaksa pasang cadar dan sarung bantal pukul 2 pagi untuk melepaskan lelah di jalanan. Pasal makan, tak der masalah lah sebab dah siap makan kenyang2 dalam perjalanan. Dah nasib, nak buat camna... complain pun tak guna.
That's why bila aku tengok kakak2 ipar aku relax jer bila sampai rumah Mak... selalu hati aku terdetik..."alangkah bertuahnya jadi menantu Mak". Apa pun bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini.

3 comments:

POWER OF MIND said...

Mak kita mestilah yang terbaik untuk kita....tapi belum tentu untuk orang lain, kalau tak surelah anak menantu dari ipoh ni selalu balik kemaman....sory to say...

Tapi apa-apa pun kita kena hormat orang tua....

Kak noor selalu berdoa...bila turn kak noor jadi ibu dan mertua....kena lihat juga the other side of the world.

Walau cam mana pun kita kena bersyukur kepada semua kurniaan ALLAH. Kita terima pasangan kita all in package. So apa-apa pun Alhamdulillah.

Nan Nurhayati said...

kak nor belum tengok camna keadaan ti sbg menantu di sana. walau apapun, sekarang ti dah boleh terima keadaan sebegitu sebab li dah mula memahami diri ti.
malah ti bersyukur coz mak mentua ti langsung tak cerewet, dia menerima siapa jua pilihan anaknya... walaupun dia tak pernah kenal siapa ti sebelum tu. sementelah lagi perkenalan kami hanya melalui internet.
walau apapun, sebagaimana kata kak nor, ti bersyukur kerana semua ini kurniaan Allah, Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Kalaulah ti tersilap langkah di waktu akan datang, ti harap kak nor akan tolong ingatkan ti. kak nor pun dah mcm kakak ti sendiri.
thanks a lot kak nor for being a nice sister to me. tq.

Alexander said...

I invite you to see my webpage www.catyourway.com where you can read the 1st chapter of my book (free) "An Ordinary Black Cat"- Gothic Tale. It's aim is to show what revenge is and how people resort to it and what are the consequences. Apart from my book that you can order (if you are 18 or over) there are some hints regarding property purchase. Please, let me know if that was useful.