Masa aku 'tersekat' kat Muadzam hari tu, sempat jugak aku tengok Motivasi Pagi kat tv3 bersama Dr Robiah Kulup seorang kaunselor keluarga kalau tak silaplah. Dia cakap... selalu2lah ingat kebaikan orang lain terhadap kita, bukannya kebaikan kita terhadap orang lain. Dan selalu2lah ingat kesalahan kita pada orang lain instead of kesalahan orang terhadap kita.
Kalaulah kita semua dapat amalkan sebegini, alangkah bagusnya. Tak adalah orang yang berdendam, menjeruk rasa, sakit hati dan lain2 penyakit jiwa yang sewaktu dengannya.
Kesimpulan daripada pesanan di atas adalah MAAF. Sifat memaafkan adalah sifat yang baik dan menyenangkan hati, bukan sahaja hati orang yang dimaafkan malah hati orang yang memaafkan itu sendiri. Banyak contoh yang boleh dibuat iktibar yang selalu berlaku di sekeliling kita. Cuba perhatikan... renungkan... mungkin kita sendiri juga pernah mengalaminya.
Satu kisah yang berlaku dalam hidup aku hampir 10 tahun lalu rasanya. Waktu itu, aku rasa aku akan kehilangan seorang yang telah aku anggap sebagai 'kakak'. Aku pada masa tu masih lagi muda dan belum layak untuk memberi apa2 komen, walaupun telinga ini selalu mencuri perbualan orang2 sekitar untuk menyelesaikan masalah itu.Kalaulah kita semua dapat amalkan sebegini, alangkah bagusnya. Tak adalah orang yang berdendam, menjeruk rasa, sakit hati dan lain2 penyakit jiwa yang sewaktu dengannya.
Kesimpulan daripada pesanan di atas adalah MAAF. Sifat memaafkan adalah sifat yang baik dan menyenangkan hati, bukan sahaja hati orang yang dimaafkan malah hati orang yang memaafkan itu sendiri. Banyak contoh yang boleh dibuat iktibar yang selalu berlaku di sekeliling kita. Cuba perhatikan... renungkan... mungkin kita sendiri juga pernah mengalaminya.
Masa beredar... waktu berputar... alhamdulillah... hari ini segala2nya selesai... hanya dengan perkataan MAAF. Kami memaafkan dia dan dia memaafkan kami. Dan hari ini aku dah dapat semula 'kakak'. Masing2 of course ada silap... mungkin waktu itu dia dalam keadaan tertekan dan tak dapat berfikir secara rasional. Kami pun waktu itu mungkin terkejut lalu membuat pelbagai andaian. Jadi segala2nya berserabut dan berselirat.
Namun apabila kedua2 pihak bersedia memaafkan dan menerima kekurangan masing2, keadaan yang keruh boleh dijernihkan.
Mudah-mudahan kejernihan ini akan terus kekal jernih sampai bila2. Hapuskanlah segala prasangka dan praanggap yang akhirnya menyusahkan dan mengeruhkan suasana.
Ingatlah... kenang2kanlah jasa org pada kita dan ingat2lah kesalahan kita pada orang lain. Nescaya kita akan lebih menghormati orang lain. Silaturrahim adalah sesuatu yang murni. Sekali ia terputus masih boleh bertaut kembali, tapi kali kedua terputus tentu sukar untuk disambung kembali.
Pesanan ini bukan untuk sesiapa yang membaca sahaja... malah lebih untuk diriku sendiri. Andai suatu masa nanti aku terlupa, sudi2kanlah ingatkan kembali.
No comments:
Post a Comment