Last night, kami buat jamuan raya yang pertama sejak kami kahwin... tapi simple aje. Actually kebetulan Along n Angah nak bawak kawan2 diorang dari Melaka datang beraya semalam. So, aku pun masak laa mee kari. Lepas Zohor, aku dah start masak. Masak kari tak der laa cerewet sangat... cuma yang penatnya, bahan-bahan lain tu laa.. cam telur nak direbus, dipotong, fishball n fishcake nk dicelur dan dipotong, tauge nak dicelur dan macam-macam lagi lah. Yang lebih penatnya... bila kena buat sorang2 tak der pembantu.
Sambil masak, sambil jugak bawak keluar pinggan mangkuk, gelas, sudu, senduk... nak susun atur ruang makan untuk tamu... aduhai... rasa nak tercabut jugak kepala lutut yg memang dah longgar ni.. hehehhe....
Dah hampir Maghrib, barulah abang balik dan dia tolong susun pinggan, gelas kat meja hidang.. susun kerusi.. etc. Tq abang...
Pukul 7.30, semua dah complete... Teh O pun dah siap... bersama Radix Cola dan ais.
Lepas solat 'Isyak... aku bedal dulu mee kari tu hehhehe... kot nanti bila tamu dah sampai, tak sempat nak makan laa pulak.
Kitorang jemput jugak jejaka2 bujang kat rumah sebelah ni... tak pernah pun ajak diorang makan sebelum ni. Borak punya borak... abang Mat and the gang balik lebih kurang pukul 10.30. Tu pun sebab kena masuk shift kul 11 malam. Kalau tak, mau nyer rancak lagi ceritanya. Ada2 jer cerita 'papa Nwa' ni... tak kering gusi kita semua dibuatnya.
Din dan Joe stay sampai pukul 11, leka pulak diorang berbual dengan abang. Siap bagi cenderahati lagi... t-shirt York... maklum laa Din tu kerja dengan York company air-cond tu. Lepas diorang balik, barulah aku n abang berkemas ala kadar. Basuh dulu pinggan mangkuk mana yang larat.
Jam 12... sakit perut laa pulak. Ni mesti kes makan Mamee sllrrrpp waktu tengahari tu laa. Konon nak cepat dan ringkas... adusss!
Wal hasil,, tadi pagi...terlewat... terjaga pukul 6.30... macam kartun la. Nasib baik, Nwa tak liat nak ke sekolah. Aku jugak laa yg lewat pergi mengaji... baru siap mandi pukul 8.45, anak murid dah hello! ustazah ada kat mana tu? Heheheh... ustazah?? Rasa macam tak berapa sesuai jer... Maklum laa...
Apapun, alhamdulillah... jamuan yang serba ringkas tu berjaya jugak akhirnya... Nwa dah siap plan nak buat jamuan waktu siang pulak untuk birthday nyer tahun depan.. Proaktif betul laa!
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment