Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Monday, October 13, 2008

Raya oh Raya

Kawan-kawan beraya...

Unexpectedly, Suhaya datang berkunjung raya on first raya kat umah Mak. Setelah sekian lama putting a gap between us... finally dia datang jugak. Malas laa nak recall yang lama-lama... yang pastinya kemaafan adalah sesuatu yang paling indah pada hari raya yang mulia ini.

Raya kedua, aku tak ke mana-mana. Masa duk sibuk2 menolong Sanah di dapur for lunch meal, terjongol dua orang kawan lama waktu sekolah dulu. Lalu jalan belakang pulak tu. Azza and Junaidah... kawan sejak sekolah menengah... Azza masih di KL, ustazah... and Jue pulak rupa-rupanya di Kuantan, buka kedai makan kat Semambu. Laa... area aku tu... biasa lalu la situ. Tu dia.. bila dah jumpa si Jue ni, biasalaa gamat satu rumah... memang dia sound besar... masih cam dulu2 jugak.

Drp diorang, dapat laa tau sikit sebanyak berita kawan-kawan sekolah yang lain. Kematian Zulia contohnya... walaupun aku dah dapat tau dari Jie bulan puasa hari tu. Tak tau pulak aku suami dia tu abang kepada Saiful, classmate form 5 yang suuuuuka sangat cari gaduh dengan aku tu. Cuma di Kusza jer dia baik sikit dgn aku... tu pun sebab Mahadzir selalu back up aku.. hehehe thanx Mahadzir.

Cuma Saiful tu mula tunjuk belang balik masa dia balik dari Mesir. Aku masa tu dah kerja kat SQC. Aku masih ingat dia call aku kat ofis, macam nak ucap 'tahniah' jer pasal aku 'putus cinta' dengan kawan dia. Seronok laa tu... kononnya pada pandangan dia dan kawan2 dia yang bagusss sangat kat Mesir tu berpendapat aku ni tak sesuai dgn kawan dia tu. Maklumlah... aku ni bukan baik sangat pun... Ala-ala jer gitu... Kisah lama! Apapun... setiap kali aku dalam kekalutan, pasti Mahadzir akan muncul menenangkan dan memberi nasihat. Terima kasih banyak2...

Aku pernah jugak terserempak dengan Saiful kat pasar Kemaman dua kali... first time tu dia dgn wife. Atas bawah dia tengok aku. Hahahahah... apa taknya, aku taklah cam wife dia pakai jubah and so on. Hmm... aku simple2 jer.

So, now anak-anak arwah Zulia kabarnya ada kat rumah orang tua Saiful. Rasa jugak nak pergi jenguk, tapi serba salah jer rasa. Tengoklah nanti camna...

Kenduri di hari raya...
3rd raya... kami sekeluarga started the long journey. Bertolak pagi dari rumah Mak ke rumah Cik Endon untuk kenduri anak bujang terakhirnya (ye kot!). Konvoi sama dengan Ajoe, Fad n Izami, Abg Ma, abg Mat n famili.

So, sampai sana sempat laa jumpa ramai jugak sedara mara, such as Su Pah, Ayah Su Usop, Ayah Su Mat n Su Mah, Abg Mat Zahari n madam, dan kak Zaharah dua pupu aku yg baru dikenali masa majlis Fad hari tu. This time dia bawak anak sulung dia sekali, older than I am i guess... hehehheh anak dua pupu tu.
Siap bergambar lagi....

By 12.30 pm, we started the journey to Kelantan. To avoid traffic jam, kitorang guna jalan alternatif melalui Kuala Berang. So lalu ikut kampung Wakaf Tapai and so on...(tak ingat dah apa ke nama kg lagi dah).

Plan asal nak balik Rantau Panjang melalui Tanah Merah tak jadi coz traffic teruk sangat. Jambatan tak tau lagi berapa km, jalan dah jammed giler! So patah balik... guna pulak jalan Pasir Mas-Salor. Alhamdulillah... traffic walaupun sesak, pergerakannya smooth coz traffic man ada mengawasi lalulintas di hujung jambatan.

Sampai di rumah Mek lebih kurang pukul 6.30 pm... tak der sorang pun kat rumah since diorang semua berkampung kat rumah nenek for Mak Su's wedding the next day. Kami mkn malam dgn apa yg ada jer laa... Mek tinggalkan lauk dan nasi, so panas2kan dan makaaan.

Kenduri lagi...

9 am... kami bertolak ke rumah nenek. so there goes the wedding. Kenduri di kampung memang meriah... sampai malam pun ada lagi tamu yang datang... dan masih lagi dihidangkan nasi gulai. Phuhh... what a kenduri! Kalau kat rumah Mak, ikut jadual dalam kad laa... kalau dalam kad tulis sehingga jam 5, pukul 4.30 tinggal satu stesen jer laa lagi hidangan bufet. Pendekata, pukul 5 tu semua lauk dah diangkat masuk. Pukul 6, bukan stesen jer yang clear, abih kerusi meja dah dikemas.

Kenduri kat rumah nenek ni pakai sistem hidang. Nampak penat... tapi everyone nampak seronok. Anwar pulak jadi cameraman... pengganti abahnya, kata nenek. Hmm...pandai jugak Nwa ni mencuri tumpuan. Lain-lain semua cameraman dewasa, Nwa pulak terselit antara cameraman2 tu semua. But semua orang mcm encourage dia to snap pictures... bagi dia duduk kat depan to get clear angles etc. Hehehe... Nwa yang gila publisiti...

Ayat-ayat Cinta

Ayat-ayat cinta...Itulah tajuk filem yang ditayangkan kat tv3 jumaat lepas. Dalam banyak-banyak filem raya kat tv3, filem ini aku kira yang paling meninggalkan kesan. Tapi aku rasa tak ramai di luar sana yang suka filem macam gini.
Nak kata jiwang sangat pun, tidaklah sangat. Kisah cinta... of course laa kan. Dengar tajuk pun, semua dapat meneka temanya. Cuma yang menarik perhatian aku untuk tengok filem ni ialah latar tempatnya. Kisah berkisar sekitar kehidupan pelajar-pelajar Nusantara di bumi Mesir.
Dialog juga amat menarik... esp bila Mesir dan Nil dikaitkan dengan cinta dan jodoh... sbgmana kata Maria, Mesir adalah jodohnya Nil. Jika tiada Nil, maka tiadalah Mesir. Actually dia umpamakan dirinya dan Fahri, yang dianggap dalam diam-diam sebagai jodohnya.
Lagi satu, pengorbanan Aisya... mengahwinkan Fahri suaminya dengan Maria yang koma... semata-mata mahu 'mengejutkan' Maria, so that dapat jadi witness dalam kes jenayah yang tidak Fahri lakukan.
Based on novel... filem ini bagi aku so touching.
But actually yang lebih menyentuh ialah kehidupan dan latar tempat dalam filem tu. Terbayang aku agaknya begitulah suasana yang kawan-kawan aku yang belajar di Mesir dulu. Nak diceritakan apa perasaan aku saat menonton filem ni... entahlah... hanya yang merasainya sahaja yang akan mengerti. Mungkin Kma atau Rohayu atau Zaen memahaminya... i guess!
But in the end... Maria menghembuskan nafas terakhir ketika dalam solatnya berjemaah dengan suami dan madunya Aisya. Uihh... sad ending maa...

AYAT-AYAT CINTA

Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud


Thursday, September 25, 2008

Mea dapat adik awal??!

Haa... kan kalut satu Malaya. Semalam ibu Mea dah kena masuk wad. Bleeding... but today khabarnya bleeding dah tak der... sakit pun takder... cuma doc nak monitor dulu.
Cik Sanah n Along cam rescuer laa plak... diterbangkan khas ngan pesawat Firefly ke Penang... serta-merta. Tugas diorang tak lain tak bukan antaranya menjaga si Mea yang manja ala-ala tu. Berjaya ke tidak 'menjinakkan' bakal 'menantu' aku tu... tak tauuuu laa. Kui3...
Apapun, harapnya ibu Mea tak jadi laa lagi bersalin. Sempat laa balik beraya di kampung, as her Papa's wish. Dengar nada suara papa Mea di phone kemarin pun, macam dah dapat rasa betapa tak seronoknya beraya di rantauan.
Memang betul pun... sama laa kalau kita beraya di rumah mentua. Bukanlah tak meriah... cuma kita rasa macam tak lengkap... tercari-cari wajah orang-orang yang rapat dengan kita esp ibu dan ayah. Perasaan tu cuma waktu pagi raya aje biasanya (kalau ikut pengalaman aku laa). Bila dah tengahari sikit dan mula pergi ziarah sanak saudara sebelah abang, rasa sedih tu makin kurang. Mulalah membilang saat dan waktu... berapa hari lagi nak balik rumah mak kita pulak. Heheheh...
Hari ni... rasa tak der mood laa pulak nak ngemas2 barang, nak buat check list barang yang nak dibawa balik beraya nanti. Tahun ni beraya di Kemaman dulu, so tak kalut sangat mengemas. Kalau nak balik ke Kelantan, awal2 lagi dah nak kena mengemas... coz biasanya kitorang bertolak malam... perjalanan pulak agak panjang. 6 jam kalau perjalanan malam. So kalau bertolak 8.30 malam... sampai laa 2.30 atau 3 pagi... depends on the traffic lah.
Tahun ni, balik kemaman isnin ni (dua hari b4 raya). Raya ke-3 baru bertolak ke Kelantan. Singgah di Merchang dulu kenduri rumah che endon... then terus bertolak balik ke Kelantan.
Perjalanan balik raya tahun ni kami expect would be more challenging... sebab travel siang. Traffic memang tak reti nak cerita lah... esp bila masuk area KT and KB. Plan kami... akan bermalam dulu kat Temenggong hotel di KB. Pagi raya ke-4, check out terus ke Tumpat kampung nenek coz kenduri Mak Su di sana. Petang atau malamnya barulah balik ke rumah Mek di Rantau Panjang. Raya ke-6, bertolak balik semula ke Kemaman.
So, tak lama laa beraya di Kelantan... tapi nak gi shopping sempat lagi kot. hehehe... so cik Sanah dan cik de noor... insya-allah, barang2 kiriman akan cuba didapati jugak. Yang lain2 yang belum kirim apa2 tu, masih sempat lagi nak kirim... nanti calling2 ajer. Heheheh...

So...
Selamat Hari Raya buat semua. Ampun maaf zahir dan batin...
Esp buat abang... terima kasih kerana sabar melayan kerenah aku terutamanya sepanjang Ramadhan ini yang asyik moody aje... letih sangat laa kot.

Juga buat kaum kerabat semua...pengunjung blog ummuanwar yang tak seberapa ini.

JUMPA LAGI LEPAS CUTI RAYA NANTI.....

Saturday, September 6, 2008

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

Alhamdulillah, Ramadhan muncul lagi... Ramadhan ke 7 sejak aku bergelar isteri dan ibu. Ramadhan kali ini kami sambut dengan sederhana... tak nak ada kuih muih yang melampau-lampau banyaknya sewaktu berbuka.
Memandangkan harga barang makin mahal, of course harga kuih muih juga melambung2 harganya. Rasa pun bukan sedap sangat.
Macam biasa, tempahan biskut raya dan kerepek2 masih berjalan seperti tahun2 yang sudah. Terima kasih kepada kakak, abang dan adik yang memberi sokongan... selalu tempah kuih dengan kami... mekasih banyak2... walaupun harga ada naik sikit... hehhehe..

Teringat Ramadhan 10 tahun lalu... waktu aku masih bergelar student. Time petang, kitorang ramai2 serbu gerai Ramadhan... beli lauk dan kuih muih.
Walaupun kuih banyak, tetap abis punyer kami bedal... esp lepas terawih. Waktu tu, kitorang ditempatkan di blok asrama baru... belum ada bilik sembahyang khusus lagi. Nak ke masjid, ambik masa... lebih2 lagi puasa serentak dgn exam. So untuk mengimarahkan Ramadhan, kitorang berpakat ramai2 jadikan satu bilik kosong - yang kononnya untuk stor barang waktu cuti- sbg bilik solat.
Bilik tu tak besar sangat pun, muat laa untuk 15 jemaah untuk satu2 masa. So, setiap level buat terawih yang berasingan... satu level ada satu bilik kosong tu. Habis terawih, kitorang pakat angkut ramai2 kuih muih yang masih berbaki ke bilik solat tu. Moreh laaa kiranya...
Bila dikenang kembali.... tanpa sedar semua itu dah pun 10 tahun aku tinggalkan. Sekarang ni nak jumpa balik dengan jemaah2 terawih dulu tu pun amat susah. Masing-masing dah bertebaran di muka bumi Allah ini.
Harap2 dapat jumpa di Aidilfitri nanti.

Sejak sebelum Ramadhan lagi, aku dah mula ambil tempahan baju kurung. Pada awalnya hanya untuk keluarga saja...esp keluarga di Kelantan... Kak Ha dan anak-anaknya Nurul, Ijah... Ila... then tambah pulak Nan Aini n Mea (Mea pun nak pakai baju kurung) dan Mak.
Kemudian, anak-anak dara Kak Ja laa pulak 3 pasang.
So, untuk percubaan ni 10 pasang lah kiranya.
Oppss... ada tambahan pulak 1/2 pasang... Sanah punyer.... heheheh.... yang ni lambat sikit.
So far, tinggal lagi baju anak-anak Kak Ja waiting for the final touch...
Cukuplah untuk first try!

Kalau larat... rasanya nak ambil lagi tempahan selepas raya laa pulak. Selama ni, duk tercari-cari apa bisnes yang aku boleh buat kat rumah jer. Teringat kata Kak Nor Sinaran... buat bisnes dengan apa yang kita mahir dan minat. Dia mahir dan minat mengajar, thats why dia bukak pusat tuisyen.
Bila difikir-fikir, aku minat menjahit cuma tak cukup mahir macam Fad....hehehheh... tapi mak mentua aku cakap... tak salah kalau mencuba. Kalau tak cuba tak tahu sejauh mana kebolehan kita. Menjahit ni kalau dibuat selalu. lama-lama akan mahir. Betul jugak..
So thats why aku buat apa yang aku buat sekarang.

Dan sebab tu lah jugak... blog ni dah lama tak di update. Bermula drp majlis pertunangan Fad n Sanah... diikuti majlis nikah Fad... majlis kenduri Fad... projek menjahit... waduh waduh... langsung tak sempat. Tambah lagi pc kat rumah buat hal aje akhir2 ni... lagi laa.

Apa pun, selamat datang Ramadhan 1429H... semoga Ramadhan kali ni membawa barakah untuk kita semua... bukan saja keluarga malah agama dan negara.

p.s. Aku tak sabar nak tunggu Sept 16 sebenarnya... sekalung doa buat Pakatan Rakyat, semoga membawa sinar baru kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Friday, May 23, 2008

pertemuan demi pertemuan...

Hasrat nak send new post kat blog ni asyik tertangguh aje... sebabnya, gagal mengatur masa yang memang dah cukup. Tak cekap lah tu namanya... Hmmm...
Awal May, kami sekeluarga pulang ke Kelantan. Rasanya pulang kali ini, banyak benar pertemuan yang berlaku. Bermula dengan ziarah ke rumah 'bakal' keluarga di Pasir Mas bersama Ayah, Mek dan dua cucunya yang lain.
This family is 'just nice'. Baik2 belaka... but there's one thing impressed me : the father. Cara percakapan, cara duduk, cara makan... sekali tengok macam Bak. Mungkin satu kebetulan... kata orang, cikgu2 veteran memang begitu caranya. Dan satu kebetulan juga... nama mereka pun sama. Subhanallah! Nama anak bongsu pun lebih kurang sama juger. Subhanallah! subhanallah! Maha Kaya Tuhan yang mengatur pertemuan ini.
The father asked me about my son... Anak sorang ni saja ke? Ya... aku jawab. Lalu dia balas, alhamdulillah.... beransur-ansur. Aku senyum... what a nice comment! And open-minded...
Esoknya... ziarah lagi. Kali ni ke rumah baru kawan lama Mek. Aku dah kenal famili ni... Nice people... But kali ni aku berpeluang jumpa anak-anak diorang yang tinggal jauh2. Pasangan ni masih belum ada cucu... walaupun dah dua anaknya kawin. Tapi, masing2 redha dan bersyukur dengan apa yang ada.
Besoknya lagi, kami berangkat pulang ke kampung nenek di Tumpat. Kebetulan keluarga pak sedara ada di rumah nenek. Dah aku agak, persoalan 'adik Anwar' timbul lagi. Dah tak reti nak jawab apa... aku senyum aje.
Pagi2 esok, kami bertolak pulang bersama persoalan-persoalan tentang manusia sekeliling yang aku jumpa sejak beberapa hari sebelum itu.
But abang macam faham kekalutan emosi aku yang agak kurang stabil kebelakangan ini. Dia bawak kami singgah di Pantai Irama Bachok untuk makan tengahari. Best jugak makan kat situ. Makanan sedap... udara nyaman... dan yang pasti, restoran bersih.
Then kami teruskan perjalanan.... sampai di masjid Kusza, tukar driver. Kat situ, aku terjumpa bekas pensyarah aku dulu, Ustaz Zakaria namanya. Aku pun tegurlah dia... for sure, dia tak ingat nama aku... but katanya, dia masih ingat tahi lalat aku yang mahal nih... kui kui kui! Tergelak aku... malu pun ada.
Aku introduce abang n Anwar pada Ustaz. Dia tanya, berapa orang dah? Aku jawab, sorang ni... Dia kata, alhamdulillaaaah.... sambil digosok ubun2 Nwa dan diciumnya berkali2. Aku rasa terharu... dengan perlakuan dan juga kata-kata Ustaz. Begitulah... orang yang berilmu, kata-katanya umpama mutiara.
Last weekend... sukan sekolah Affan. Aku temankan Nwa since abang ada perjumpaan OUM tutors di Shahputra. Kat situ pulak, aku terjumpa Norasima... classmate masa diploma usuluddin dulu. Aku pernah satu group dgn dia for an assignment... dan dia kawan yang baik. Sekarang dia ustazah dan dah ada anak lima. Wow...aku cakap, seronoklah... dia gelak. Bila aku cakap, aku cuma ada sorang jer, dia kata... alhamdulillah... segala-galanya dalam ilmu Dia belaka. Dia tau apa yang terbaik untuk kita...
Masya Allah... aku senyum dengar jawapan dia... sama seperti apa yang aku pegang selama ini. Mungkin begitulah cara penuntut Usuluddin berfikir dan berhujah. Begitulah kami diajar dan diasuh... berfikir dan berhujah secara logik, namun tidak lari drp keyakinan kpd qadha' dan qadar Allah.
Syukur... masih ada yang mengerti.... Thanx Sima.... even u never knows the story!
Sempat lagi dia tanya... camna muka jadi tambah licin daripada dulu? Hehehehhe... aku cakap pergi rumah laa aku tunjuk camna... Sima oh Sima... nakalnya tetap sama. Joke tak abih...

Dan pertemuan terakhir semalam... rentetan daripada siri pertemuan dengan Kak Nor Jeriah, akhirnya aku jumpa Tuan Haji Ismail CEO HPA Industruies...

Pertemuan yang mengungkap pelbagai rahsia perubatan JAWI yang menggabungkan alamiyah dan ilahiyah...

Dan jawapan tentang stress... sudah aku jumpa...!
Cuma i want to find out more and more... what's the cure!

Monday, May 5, 2008

Kenapa asyik cedera aje...?

Dihentak bata oleh kawan... itu kata Anwar semasa aku pegi ambik dia kat sekolah dua Jumaat lepas. Yang sedihnya, tak der sorang cikgu pun yg sedar, anak aku menangis sambil pegang jarinya yg berdarah. Aku yang baru sampai ni pulak yang ditanya kenapa...
Naik angin jugaklah aku hari tu. Bila tengok aku kalut, barulah nak ajak Nwa masuk semula ke kelas untuk cuci luka. Ada ke patut, sorang cikgu tu tarik lengan Nwa dengan kasar suruh masuk kelas. Aku yang memang dah nak marah, dah tak boleh cakap apa dah... cuma mampu angkat tangan jer kat muka cikgu tu... tahan dia drp terus tarik Nwa. Apa ke jenis cikgu cam tu...
Nwa pun mcm dah blurr jer...menahan sakit. So aku bawak masuk ke kereta, switch on the air-cond...bagi dia cool sikit.. sebab dia tgk darah bertompok-tompok kat baju.
Bila sampai rumah...cuci luka...barulah dapat tengok lukanya... kuku pecah, jari bengkak dan pecah kat hujungnya dan ada darah beku kat dalam.

Dua tiga hari selepas hari kejadian


Selepas seminggu...
Kuku yang pecah dah tercabut... luka dah makin sembuh dan kulit dah berganti baru. Tapi kuku tu kontot laaa


Jari belum sempat sembuh sepenuhnya, terhantuk meja laa pulak. Waktu aku baru jer abis kelas mengaji, cikgu Eiza call bagitau Anwar terhantuk meja. Nasib baik tak terkena mata jer. Alahaiii... mata bengkak, lebam dan tercalar sikit.
Petangnya bawak ke klinik... dan doc bagi ubat untuk elakkan apa2 jangkitan kuman kat dalam mata. Lebamnya sampai ke dalam mata.
Sampai hari ni (after 6 days) tanda merah dalam mata tu masih kelihatan walaupun makin berkurang. Lebam masih ada... dan masih rasa sakit kalau disentuh.
Kesian anak umi... asyik cedera aje...

Monday, April 28, 2008

Buat Adik tersayang... semoga bahagia!

Kasih sayang adalah anugerah....
"...Barangsiapa yang mengetahui dan memahami rahsia dan kelebihan seorang wanita, nescaya dia tidak akan dapat menahan dirinya daripada menyintai wanita... kerana menyintai wanita itu adalah satu sifat yang amat mulia... dan salah satu daripada Sunnah Rasulullah SAW..."
Ungkapan di atas dipetik dari tagline kat tv tentang pameran 'Wanita blablabla...' kat KL. Ungkapan ringkas... tapi padat dan dalam dengan makna dan pengertian andai direnung maksud tersirat.
Setiap pergerakan dan tindakan manusia adalah atas dasar kasih sayang. Bukan kasih sayang sesama manusia semata-mata, malah yang pasti, kasih sayang dari Allah Ta'ala. Kalau tidak kerana kasih sayang-Nya, tidak wujud kita hari ini dengan segala kelebihan dan nikmat. Dan kalau juga tidak kerana kasih sayang-Nya, tidak dikurniakan kepada kita rasa kasih dan sayang sesama manusia.
Kc menulis ini juga kerana didorong atas kasih sayang seorang kakak kepada seorang adik... lebih-lebih adik yang disayangi ini akan melangkah ke alam baru yang lebih mencabar.
Adik... apabila seorang wanita disayangi dan dicintai, itu adalah sebesar-besar nikmat yang patut disyukuri. Kita sedia maklum... diri kita walaupun zahirnya nampak sempurna, masih banyak kekurangan dan kelemahan yang tersimpan dalam diri kita sebagai seorang wanita. Tapi, atas dasar kasih sayang yang dianugerahkan Tuhan, dihadiahkan kepada kita seorang yang bernama 'lelaki' yang bukan sahaja sanggup menerima kita dengan segala kekurangan yang kita ada, malah sanggup pula menghadiahkan kasih sayangnya kepada kita.
Sebanyak mana ragam kita pun, dia sanggup menghadapinya hanya kerana 'kasih sayang'. Begitulah besarnya kesan kasih sayang yang diciptakan Allah Ta'ala... tak mampu kita nak huraikan dengan kata-kata.
Kc mungkin tak mampu meluahkan dengan lisan... hanya tulisan mengungkapkan segala-galanya... sebagaimana kasih sayang Kc pada Adik juga tidak terluah dengan kata-kata. Namun jauh di sudut hati, Kc tak akan bergelar kakak tanpa adik-adik bertiga. Lalu tulisan ini lahir tulus dari hati untuk diterima juga dengan hati yang tulus.

Permintaan bukan paksaan
Permintaan dan paksaan... dua perkara yang amat jauuuuh berbeza. Malah bukan dari kelompok yang sama.
Permintaan disertakan harapan berbaur kasih sayang dan kemesraan. Paksaan berbaur emosi, tidak ikhlas dan berdasarkan sentimen dan kehendak semata-mata.
Terkadang kita tersalah tafsir tentang maksud yang tersirat di sebalik setiap permintaan orang-orang di sekeliling kita, terutamanya orang-orang yang kita sayangi dan menyayangi kita. Tak dinafikan sesetengah permintaan terkadang bercanggah dengan kehendak kita. Rasanya setiap orang mengalami perkara yang sama.
Bila berhadapan situasi sebegini, kebiasaannya emosi akan mula mengawal keadaan. Cuba hayati suasana... dan letakkan diri kita di tempat orang yang menyatakan permintaan.
Permintaan daripada keluarga, sebagai contoh... adalah berdasarkan rasa kasih sayang, menghormati dan menghargai kita... lebih2 lagi bila melibatkan hari-hari penting dalam hidup kita. Mereka mahu meraikan... bukan memaksa sesuatu yang 'memalukan' atau sebagainya.
Tak dinafikan, seluruh keluarga menyambut 'berita besar' Adik sebagai suatu yang amat menggembirakan. Masing-masing sudah menggambarkan suasana meriah dan harmoni... sehingga ada yang excited untuk mengenakan konsep warna pakaian, dan macam-macam lagi. Kakak-kakak, abang-abang dan anak-anak saudara masing-masing happy and excited. Kc sendiri kalau ditanya... hampir tidak ada kata-kata untuk menggambarkan kegembiraan di hati.
Bak dan Mak apatah lagi...
Masing-masing mahu menyaksikan satu lagi detik bersejarah di rumah kita. Bayangkan wajah-wajah mereka yang gembira mahu sama-sama meraikannya... dan bayangkan juga wajah-wajah mereka andai hanya dapat menatap saat2 manis itu di foto-foto. Yang pasti, akan terselit juga rasa kecewa dan terkilan walaupun sedikit di hati mereka. Mereka pulang dari jauh... tapi tak dapat menyaksikannya 'live'.

Adik yang disayangi...
Tidak rugi sedikit pun kalau kita berusaha menggembirakan orang-orang yang kita sayangi... kerana dengan cara itu, mereka akan rasa dihargai... and in return, mereka akan menghargai dan lebih menyayangi kita... Kita akan bahagia bila melihat wajah-wajah gembira di sekeliling kita. Terasa kita lebih dihargai dan disayangi. Percayalah... we'll get back what we give... Jika kasih sayang dan penghargaan yang kita berikan kepada mereka, insya-Allah kasih sayang dan doa mereka yang akan kita perolehi sebagai hadiah dari Allah Ta'ala.
Insya-Allah... doa Bak dan Mak, kakak-kakak dan abang-abang, serta anak-anak saudara tak akan putus-putus untuk Adik hingga akhir hayat kami.
Percayalah Adik... kami semua amat menyayangi Adik dan tak mungkin kasih sayang ini akan berubah walau apa keadaan sekalipun... macam Fad kata dalam blognya .."Love bonds.." Yes, love bonds...

Kc tidak memaksa apa-apa... gunakanlah ruang yang ada untuk Adik memikirkan yang terbaik untuk semua pihak. Adik seorang yang berpelajaran, bijak dan mempunyai pandangan tersendiri. Tenangkan fikiran... luaskan pandangan... dan luahkan pendirian yang paling bijak.

Kita membesar bersama... Kc faham dan tahu rentak dan ragam dalam famili kita.

Buat Adik yang bakal melangkah ke alam baru... hadapilah masa depan dengan penuh kematangan... tak kira berapa usia kita pun... kerana keadaan akan mematangkan kita. Setiap keputusan yang dibuat perlu mengambil kira bukan sahaja diri sendiri, malah orang-orang sekeliling, lebih-lebih lagi orang-orang tersayang. Tanpa mereka... siapalah kita.

Maaf Kc pohon... andai kata tidak secantik bahasa. Namun yang pasti... semua ini dibuat atas dasar 'kasih sayang'...

...LOVE BONDS...