Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Monday, April 28, 2008

Buat Adik tersayang... semoga bahagia!

Kasih sayang adalah anugerah....
"...Barangsiapa yang mengetahui dan memahami rahsia dan kelebihan seorang wanita, nescaya dia tidak akan dapat menahan dirinya daripada menyintai wanita... kerana menyintai wanita itu adalah satu sifat yang amat mulia... dan salah satu daripada Sunnah Rasulullah SAW..."
Ungkapan di atas dipetik dari tagline kat tv tentang pameran 'Wanita blablabla...' kat KL. Ungkapan ringkas... tapi padat dan dalam dengan makna dan pengertian andai direnung maksud tersirat.
Setiap pergerakan dan tindakan manusia adalah atas dasar kasih sayang. Bukan kasih sayang sesama manusia semata-mata, malah yang pasti, kasih sayang dari Allah Ta'ala. Kalau tidak kerana kasih sayang-Nya, tidak wujud kita hari ini dengan segala kelebihan dan nikmat. Dan kalau juga tidak kerana kasih sayang-Nya, tidak dikurniakan kepada kita rasa kasih dan sayang sesama manusia.
Kc menulis ini juga kerana didorong atas kasih sayang seorang kakak kepada seorang adik... lebih-lebih adik yang disayangi ini akan melangkah ke alam baru yang lebih mencabar.
Adik... apabila seorang wanita disayangi dan dicintai, itu adalah sebesar-besar nikmat yang patut disyukuri. Kita sedia maklum... diri kita walaupun zahirnya nampak sempurna, masih banyak kekurangan dan kelemahan yang tersimpan dalam diri kita sebagai seorang wanita. Tapi, atas dasar kasih sayang yang dianugerahkan Tuhan, dihadiahkan kepada kita seorang yang bernama 'lelaki' yang bukan sahaja sanggup menerima kita dengan segala kekurangan yang kita ada, malah sanggup pula menghadiahkan kasih sayangnya kepada kita.
Sebanyak mana ragam kita pun, dia sanggup menghadapinya hanya kerana 'kasih sayang'. Begitulah besarnya kesan kasih sayang yang diciptakan Allah Ta'ala... tak mampu kita nak huraikan dengan kata-kata.
Kc mungkin tak mampu meluahkan dengan lisan... hanya tulisan mengungkapkan segala-galanya... sebagaimana kasih sayang Kc pada Adik juga tidak terluah dengan kata-kata. Namun jauh di sudut hati, Kc tak akan bergelar kakak tanpa adik-adik bertiga. Lalu tulisan ini lahir tulus dari hati untuk diterima juga dengan hati yang tulus.

Permintaan bukan paksaan
Permintaan dan paksaan... dua perkara yang amat jauuuuh berbeza. Malah bukan dari kelompok yang sama.
Permintaan disertakan harapan berbaur kasih sayang dan kemesraan. Paksaan berbaur emosi, tidak ikhlas dan berdasarkan sentimen dan kehendak semata-mata.
Terkadang kita tersalah tafsir tentang maksud yang tersirat di sebalik setiap permintaan orang-orang di sekeliling kita, terutamanya orang-orang yang kita sayangi dan menyayangi kita. Tak dinafikan sesetengah permintaan terkadang bercanggah dengan kehendak kita. Rasanya setiap orang mengalami perkara yang sama.
Bila berhadapan situasi sebegini, kebiasaannya emosi akan mula mengawal keadaan. Cuba hayati suasana... dan letakkan diri kita di tempat orang yang menyatakan permintaan.
Permintaan daripada keluarga, sebagai contoh... adalah berdasarkan rasa kasih sayang, menghormati dan menghargai kita... lebih2 lagi bila melibatkan hari-hari penting dalam hidup kita. Mereka mahu meraikan... bukan memaksa sesuatu yang 'memalukan' atau sebagainya.
Tak dinafikan, seluruh keluarga menyambut 'berita besar' Adik sebagai suatu yang amat menggembirakan. Masing-masing sudah menggambarkan suasana meriah dan harmoni... sehingga ada yang excited untuk mengenakan konsep warna pakaian, dan macam-macam lagi. Kakak-kakak, abang-abang dan anak-anak saudara masing-masing happy and excited. Kc sendiri kalau ditanya... hampir tidak ada kata-kata untuk menggambarkan kegembiraan di hati.
Bak dan Mak apatah lagi...
Masing-masing mahu menyaksikan satu lagi detik bersejarah di rumah kita. Bayangkan wajah-wajah mereka yang gembira mahu sama-sama meraikannya... dan bayangkan juga wajah-wajah mereka andai hanya dapat menatap saat2 manis itu di foto-foto. Yang pasti, akan terselit juga rasa kecewa dan terkilan walaupun sedikit di hati mereka. Mereka pulang dari jauh... tapi tak dapat menyaksikannya 'live'.

Adik yang disayangi...
Tidak rugi sedikit pun kalau kita berusaha menggembirakan orang-orang yang kita sayangi... kerana dengan cara itu, mereka akan rasa dihargai... and in return, mereka akan menghargai dan lebih menyayangi kita... Kita akan bahagia bila melihat wajah-wajah gembira di sekeliling kita. Terasa kita lebih dihargai dan disayangi. Percayalah... we'll get back what we give... Jika kasih sayang dan penghargaan yang kita berikan kepada mereka, insya-Allah kasih sayang dan doa mereka yang akan kita perolehi sebagai hadiah dari Allah Ta'ala.
Insya-Allah... doa Bak dan Mak, kakak-kakak dan abang-abang, serta anak-anak saudara tak akan putus-putus untuk Adik hingga akhir hayat kami.
Percayalah Adik... kami semua amat menyayangi Adik dan tak mungkin kasih sayang ini akan berubah walau apa keadaan sekalipun... macam Fad kata dalam blognya .."Love bonds.." Yes, love bonds...

Kc tidak memaksa apa-apa... gunakanlah ruang yang ada untuk Adik memikirkan yang terbaik untuk semua pihak. Adik seorang yang berpelajaran, bijak dan mempunyai pandangan tersendiri. Tenangkan fikiran... luaskan pandangan... dan luahkan pendirian yang paling bijak.

Kita membesar bersama... Kc faham dan tahu rentak dan ragam dalam famili kita.

Buat Adik yang bakal melangkah ke alam baru... hadapilah masa depan dengan penuh kematangan... tak kira berapa usia kita pun... kerana keadaan akan mematangkan kita. Setiap keputusan yang dibuat perlu mengambil kira bukan sahaja diri sendiri, malah orang-orang sekeliling, lebih-lebih lagi orang-orang tersayang. Tanpa mereka... siapalah kita.

Maaf Kc pohon... andai kata tidak secantik bahasa. Namun yang pasti... semua ini dibuat atas dasar 'kasih sayang'...

...LOVE BONDS...


No comments: