Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Friday, April 4, 2008

antara qadar dan persoalan

Bagi yang belum kahwin, orang duk sibuk tanya... bila nak kahwin... kenapa tak kahwin lagi... etc yang sama erti dengannya. Bagi yang dah kahwin pulak, orang akan tanya lagi... bila nak ada anak... kenapa tak beranak lagi... etc yang sama pedih maknanya. Bagi yang dah ada anak pulak, orang masih lagi duk tanya... bila nak tambah anak lagi... kenapa tak tambah anak lagi... etc yang sama berat untuk diberi jawapan.
Just look around. Ada orang dikurniakan 10 anak, contohnya my parents. Ada yang dikurniakan 4 anak, like my sister. 5 anak, 4 anak, 3 anak, 1 anak like my bros. Ada yang baru je dapat anak walaupun usia dah 'banyak', like my another bro. Ada yang dapat sorang anak tapi tak dapat2 lagi yang lain, like my self laa...
Daripada conton-contoh kecil di atas, tak dapatkah kita buat satu rumusan yang sangat simple... iaitu... setiap hamba Allah diberikan qadar atau bahagian masing-masing. Satu soalan ingin aku lontarkan di sini untuk diriku sendiri .... siapa yang sebenar-benarnya layak menentukan bahagian-bahagian yang kita dapat sama ada di dunia atau akhirat? Jawapan mudah... Allah Ta'ala. Aku rasa anak aku pun boleh jawab soalan ni.
For those who keep asking questions yang ala-ala kat atas tu, pls stop asking... ianya macam kita tanya Allah Ta'ala lah kenapa dan kenapa... it sounds simple, tapi implikasinya agak besar tanpa disedari.
For those yang selalu diasak dengan persoalan-persoalan sebegini, bersabarlah... tahan telinga dan hati sambil istighfar banyak-banyak. Tuhan lebih tahu apa yang termampu oleh setiap hamba-Nya.
Mungkin sesetengah kita menganggap persoalan-persoalan sebegitu sebagai satu gurauan. Inilah masalahnya orang kita... Bergurau tak ada salahnya, cuma bahan gurauan itu sebaik-baiknya tidak melampaui perkara yang agak peribadi atau rahsia. Bacalah cara bagaimana Rasulullah bergurau. Nescaya kita akan faham batasannya.
Cuba lah letakkan diri kita di tempat orang yang diasak persoalan pula. Mungkin kita juga akan terkulat-kulat juga untuk memberi jawapan... malah tak mustahil memberi jawapan yang bakal menyinggung perasaan orang yang bertanya pulak... malah boleh berlarutan sehingga bermasam muka etc. Silaturrahim pun boleh renggang hanya kerana mulut kita ni yang mungkin terlebih 'caring'.
Hmm... apapun, tulisan ini adalah luahan rasa yang tak mampu terluah dengan lisan.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, walaupun tidak seperti orang lain... walaupun kita hanya bersendirian, atau hanya ada suami tanpa anak, atau ada suami dan hanya seorang anak, atau ada anak ramai. Tumpukan perhatian pada apa yang kita ada hari ini di samping berusaha to get more.
Setiap makhluk ciptaan Allah ada gunanya. Tak kiralah apa pun... pasti ada gunanya dan kelebihannya. Termasuklah kita....
Ampun maaf sekiranya menyinggung sesiapa... tulisan ini amat ikhlas tujuannya...

4 comments:

chekdenoor said...

Betui tu chek yati..... susah nak tutup mulut manusia ni..... ada saja hal nyer.....

Manusia juga suka buat andaian.... dan andaian mereka ini selalu jer negatif.

Chekdee faham tu.... semasa chekdee susah dulu dan dalam keadaan yang sedih dan tertekan, yang paling menyedihkan ialah bila keluarga sendiri pun tak mahu memahami.... lantaran banyak jer tomahan dan andaian negetif yang dilemparkan.... bergitulah manusia.

Mulut tempayan boleh kita tutup....tapi mulut manusia memang susah...

Nan Nurhayati said...

Hidup tak selalunya indah... ada saja ujian yang datang.

Apapun, ti redha dengan apa yang ti ada hari ini.

Alhamdulillah... ujian yg Tuhan bagi ini tidak seberat ujian ke atas orang2 lain.

Tq kak noor .. kerana memahami.

.::.PeaNuT.::. said...
This comment has been removed by the author.
Nan Hannah said...

nak komen...nk komen...nk komen...taapii...xpe laa...:))