Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, November 1, 2007

anwar sakit perut...siaannn...!!

Belum pun pukul 6 pagi, Nwa dah bangun , sakit perut katanya. Cirit-birit rupanya. Sampailah pukul 8 pagi, hampir 10 kali jugak dia berulang alik ke tandas. Kesian sungguh... Lepas minum 100plus dan makan roti, barulah dia nampak cam segar sikit. Baru ada mood nak mandi. So far, sejak pukul 11 am tadi, tak pergi lagi ke tandas tu.
Susah jugak suruh dia pantang makan. Sepatutnya kalau cirit-birit macam tu, dia cuma boleh makan roti kosong dan air teh O aje. Tapi, pagi ni bukan main pulak pagi ni dia duk kutip biskut raya dan kerepak kat depan tu. Hhmm... so far, aku belum lagi suap apa-apa makanan berat such as nasi ke... bimbang perut dia akan meragam lagi.
Kalau mengikut kata Doc Ibrahim kat Rantau Panjang, perut kita perlu relaks kalau kena cirit-birit ni. That's why makan tak boleh yang berat-berat. Susu, lemak langsung tak boleh coz perut kena kerja kuat untuk hadam all that.
Si Nwa ni bila sakit, memang manja abih... Tapi bila dah rasa segar sikit tu, hhmm... mulalah... memanjat sana sini, main beskal, berlari etc. Budak aktif mana boleh duduk diam.
Tapi kesian betul tadi, pucat aje muka. Paling tak tahan masa tengok dia tahan sakit perut masa kat tandas. Kesiaannn anak umi...!!

1 comment:

Tinta Pendeta said...

ciyan nwa..bagi dia makan pil chi kit teck aun, maybe okay nanti...