Panggilan telefon pagi Sabtu lalu amat mengejutkan... sekaligus kami sekeluarga kelam kabut berkemas dan bersiap untuk balik ke Kelantan... dan keesokan harinya terus ke Penang. Kerana memikirkan tiada siapa lagi yang boleh diharapkan oleh Ayah dan Mek, so abang took the responsibility.
So, kami sekeluarga bersama Ayah dan Mek ke Penang... cuba mendapatkan penjelasan dan penyelesaian kemelut rumahtangga Udin dan Ita.
Dipendekkan kisah... (dan juga untuk memelihara keaiban individu-individu yang terlibat), we all should take it as an iktibar dan pengajaran. Moral of the story yang aku dapat... si suami perlu banyak bersabar dengan kerenah isteri, di samping membimbing isteri menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik, juga membimbing jiwa sendiri supaya lebih banyak bersabar dan berdoa. Manakala si isteri perlu lebih memahami dan sentiasa cuba belajar tingkah dan perangai suami, di samping membantu suami supaya menjadi suami dan ayah yang lebih baik, juga tidak celupar meminta talak... kerana kuasa TALAK ada pada SUAMI.
Dan lagi satu... apabila solat lima waktu dipandang enteng dan hanya dibuat 'kadang-kadang', syaitan akan mencelah di setiap peluang yang ada...
Semoga peristiwa ini menjadi peringatan kepada semua, terutama diriku sendiri. Doaku... semoga aku akan terus di samping abang dan Anwar walau apa pun terjadi, kerana tak dapat aku bayangkan betapa kucar kacirnya hidupku tanpa mereka. Amiin...
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment