Sekolah dah pun mula bercuti. First day cuti hari tu, abang Joe n famili adalah yang paling awal singgah kat rumah aku ni. As usual, tiap kali cuti sekolah dia akan singgah sini on the way to Kemaman. Kat sini transit laa kiranya... makan-makan, solat and rehat. So anak-anak dia bolehlah release jap, main game dengan Nwa.
Aku pulak... since cuti sekolah ni banyak betul rancangan dengan Kak Dah. Aktiviti pertama kitorang ialah jelajah Kedai Nazir kat bandar Kuantan ni... shopping langsir baru. Budget lepas raya, biasalah... kalau nak raya semua nak beli baru, beloklah tauke kan? So, lepas-lepas mark papers ni, aku nak start jahit langsirlah pulak. Nak try buat sendiri pulak... ala... langsir bodo-bodo jer, kata orang sini. Tak ada split2 ke apa2 ke... Hehheheh... Kalau cik Lah tau laa istilah-istilah tu.
Aktiviti kedua pulak (masih planning), nak pergi nursery pulak... Nak beli pasu, pokok bunga dan lain-lain hiasan untuk halaman laa pulak. Tapi, budget tak tau lagi nak cekau kat mana ni... Biasalah... manalah tau kan, kot ada duit tersepak ke... (ada ke?)
Nampaknya kami berdua mcm nak balas dendam la pulak... bukan apa. Cuti sekolah akhir tahun lepas, kitorang tak buat aktiviti langsung. Kak Dah sibuk dengan rumah barunya yang masa tu dalam pembinaan. Aku pulak sibuk mengemas barang-barang dalam proses nak pindah rumah.
So, cuti tahun ni kami pulun abih-abih. Bila lagi...
Bukannya selalu kami dapat keluar sama-sama, bawak anak-anak round bandar. Nama jer rumah dekat-dekat, kadang-kadang tu seminggu sekali pun sempat jumpa. Nwa pun seronok coz boleh jalan-jalan dengan kak Yayah dan abang Ucopnya.
Dan aktiviti yang mungkin akan jadi... buat kuih raya lagi sekali. Mungkin yang simple2 je kot. Agar-agar kering tak adalah kot... coz cuaca tak menentu. Silap-silap nak buat agar-agar kering, jadi agar-agar berkuah air ujan pulak. Hehehhehe...
Oh ya... satu lagi aktiviti yang memang tak pernah miss everytime cuti sekolah... kemduri kawin. Semalam kat depan rumah kak Dah... waduh..waduh.. abih lagu main... sampai hindustan pun ada... Kena pulak salah seorang pengantin tu ustaz... sorang lagi staf hotel... hhmmm... just imagine...(diorang ni kawin dua beradik sekali gus). Well... selamat pengantin baru kepada anak-anak Puan Sal.
Aku duk tunggu adik-adik pulak yang lagi dua orang tu. Ntah bila... sorang tu agaknya dah frust coz Doc yang ditunggu rupanya nak kawin tahun depan . Kwang..kwang..kwang.. jangan mare cik Fadhilah ooiiii...
Sorang lagi tu agaknya duk tunggu sapa ntah kat KB tu... Cucu Tuan Guru kot. Aamiin... rileks dikk!
p.s. Tak sabar nak tunggu Damea balik. Cepatlah balik si comel... Ramai orang rindu tangisanmu yang nyaring tu...
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
2 comments:
wow best tu ke nursery..jadikan konsep rumah dalam taman k.cik weh, kat situ boleh tanam rumput karpet, mesti cantik! letak bunga-2 besar, cari pasu yg besar...gantung orkid bla..bla..bla..mesti comel, mia mesti suka sangat!
Bila dah rajin menanam...jangan lupa ....rajin lah juga menyiram dan membaja.....hehehehehehhe......jangan nanti tinggi rumput dalampasu dari pokok....hehehehhehehe....
Cabaran tu....... nak acah-acah aje......
Post a Comment