Well... untuk memenuhi permintaan Uncle Jasni si papa Damea yang nak tambah koleksi resipinya, ini dia hidangan berprotein untuk seisi keluarga...(tapi pedas sikit... Mea tak makan tau!)
Bahan-bahan :
500 g daging (potong nipis, cuci dan toskan)
125 ml kicap pekat ( lebih kurang 1/3 cawan - kicap manis pun boleh)
6 tangkai cili merah (kisar)
2 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
2 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun kari
2 biji tomato (cincang)
125 ml minyak masak
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 labu bawang besar (potong bulat)
1 tangkai cili merah (belah dua)
1 tangkai cili hijau (belah dua)
1 batang kayu manis
2 sudu besar bawang goreng ( yang ni kc tak pernah letak pun)
125 ml air
Cara menyediakan :
1. Gaulkan daging dengan bahan kisar dan perap selama 10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kayu manis dan daun kari. Masukkan daging perap tadi dan kacau hingga sebati. (kalau bimbang daging tak masak, biarkan daging masak dulu at this step... kc buat gitu lah).
3. Masukkan tomato cincang, rempah kari, gula, serbuk lada hitam, kicap dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih hingga daging masak.
4. Masukkan bawang besar, cili belah dan kacau rata hingga layu.
5. Taburkan bawang goreng dan matikan api.
6. Siap...... dan hidangkan dengan nasi panas-panas. Hhmm.... waallllaaaahhh!
1 comment:
wow, yummie k.chik! nanti leh wat after solosai aktiviti pindah-memindah ni hehehe...
Post a Comment