Musim hujan dah pun tiba. Dan kami sekeluarga walaupun dah melalui pengalaman banjir tahun 2003 dulu, masih juga gusar tiap kali hujan lebat menggila atau kata org t'ganu... dok celik mata! Maknanya mungkin sebab tak nampak matahari kot!
Semalam memang hujan lebat sungguh. Risau jugaklah... Bila tengok air dah mula bertakung kat tempat jemuran depan rumah tu, aku cepat-cepat laa redah hujan, clearkan batu bata yang berlonggok kat situ. Lencun laa pagi kemarin... kalau orang tengok, sure orang ingat aku main hujan... Heheh... buang tebiat!
Hujan-hujan macam ni bisnes kain memang tak jalan laa... since kami takut nak berulang alik ke Tangkak tu... Kalau tak dihanyut dek air, paling kurang mesti sangkut nyer...
And sad news... ramai betul yang menjadi korban kat Tol Jelapang semalam... kalau tak silap semalam saja 7 orang. Berita tengahari tadi tambah lagi sorang... gadis kecil berusia 9 tahun, kecederaan serius di kepala. Innaa lillaah... semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya..
Buat yang masih hidup dan masih boleh drive laju-laju tu, beringatlah... and check your brake and engine alwayss.. and windscreen wiper jangan lupa...
Jam 3 petang tadi, abang Wan dan Kak Nor dijadualkan berlepas dari KLIA ke Makkah. Selamat jalan buat kalian berdua... semoga mendapat haji mabrur. Amiin.... Semoga segala pengalaman dan pengajaran yang dialami di Tanah Suci nanti akan menjadikan kita manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya. Janganlah pulak jadi macam Rosnah Mat Aris (sbg contoh) yang memperlekehkan ibadat haji dan umrah. Kalau masih ingat laa dalam rancangan Sensasi TV3 hari tu, dia ada cakap... tak semestinya balik Mekah, terus jadi baik, tunduk je... (Apa jenis manusia laa cakap macam tu)
Semalam sempat jugak aku call abang Wan, ucap selamat jalan. Bila aku cakap... yang 'sang' tu janganlah dibawak sekali... dia sempat lagi buat lawak..."laa... kan dah jatuh dalam telaga kat rumah Mak hari tu". Hahhahaha.... lawak tul laa abang Wan ni.
Walaupun kecik-kecik dulu aku tak rapat dengan dia due to distance dan health problem, tapi sejak kami dah jadi 'orang tua' ni... boleh dikira rapat jugak laa... esp masa 'sessi interview' yang aku set antara abang Wan dan abang Mi dengan sorang hamba Allah. Hihihiii... tang ni hanya orang-orang tertentu je yang faham. Ahh... forget it! Cerita tak best...
Pasal Nwa... dah tak dihantar mengaji lagi dah... Mutu bacaan tak memuaskan... Aku baru jer notice that ustazah dia ajar baca huruf berbaris satu persatu, walaupun huruf-huruf tu bersambung. Aduhaii... tu lah yang aku tak berapa percaya kalau pakai Iqra' ni... coz gurunya tak kursus.
Berbeza dengan Qiraati, setiap guru akan dilatih dulu before diberi tahap mana dia boleh ajar. Kalau yang expert akan diberi mengajar sampai jilid 5, tapi kalau dengung tak berapa kena, cukup setakat mengajar jilid 1 dan 2 aje. But at the same time, akan diberi latihan berterusan sampai laa dihantar kursus dan ujian dengan Penyelia Qiraati Ustaz Muhd Masruh di Kajang. Ini apa yang dipraktikkan di Syukur Qiraati dulu laa... Kerja melatih guru tu kerja aku lah...
So fikir punya fikir, baik aku ajar sendiri lah si Nwa ni... setakat empat hari ni, nampaknya bacaan dia ok sikit. Alhamdulillah... Nwa ni cepat belajar. Cuma ada malas sikit... biasa lah...
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
1 comment:
ermm nampaknya hujan dah sakan kalu gitu..mesti lembap jer ;a pakaian musim ni, kat penang okay lagi, cuma byk mendung jer...we all lupa la abg. wan, k.nor ke Mekah...semoga mabrur!
Post a Comment