Semalam kami sekeluarga baru saja pulang dari Kemaman merayakan hari raya Aidil Adha di sana. For the first time, sembahyang raya dalam keadaan kelam kabut. apa taknya, masa kami sampai di masjid, jemaah dah masuk rakaat kedua. Aduhai... kelam kabut tak reti nak cerita. Fadhilah, Hasanah and Yayah have the story. Hahahahah... dalam kelam kabut gitu, si Nwa sempat lagi berdrama. Menangis laa... apa lagi. Agaknya dia tak faham kenapa semua orang bergegas masuk ke masjid. Haii... anak aku ni, tak boleh pressure langsung. Gabra aje...
Hari Raya Haji macam biasa laa kat sini... tak de lah meriah sangat. Cuma mewah sikit laa coz tiap-tiap hari bedal daging jer. Starting from first day, daging goreng kicap and sup daging. Hari kedua, daging goreng kunyit...pas tu, daging masak pedas and so on.
Hari ni aku masak daging lagi...kali ni singgang daging dan daging goreng kicap. Ini kes malas nak gi pasar beli ikan lah ni... tapi daging singgang sedaaaap...
Tinggal bab daging... langsir pulak. So far dah siap laa untuk ruang tamu dan pintu bilik ketiga-tiganya. Puas hati betul bila lihat hasil kerja tangan sendiri. Walaupun penat, rasa berbaloi. Cuma kena ada tambahan sikit untuk langsir ruang tamu. Since sheer nipis sangat, aku beli sheer putih pulak untuk digabungkan. So the next project will be the white sheer and repair langsir lama kat tingkap bilik pulak. Memang badan rasa penat... tapi tak kisahlah... at least tak der lah boring sangat duk buat kerja sama aje tiap hari.
This weekend Insya allah kami akan ke KL nak hantar Ila kat Kolej Jururawat di Sg Buloh. Plannya... bermalam di rumah abang Mi di Mutiara Damansara. Mungkin sempat jumpa abang Wan juga yang akan balik on 1st January... insya allah...
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment