Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Wednesday, January 30, 2008

Si comel yang sakit

Minggu lepas si comel Nabila ni masuk wad kat Ampang Puteri... Kesian.. demam kuat sampai kena sawan. Sorry Nabila... acik tak dapat pergi jenguk Nabila pun. Lepas2 ni Nabila kena rajin makan ubat kalau demam tau... nanti kena masuk hospital lagi, tak seronok kan? Cantik betul Nabila bergaya dengan selendang Dr Syeikh Muzaffar (macam tak der nama lain nak letak!)
Nabila ni kalau pasal bergambar, memang kalah laa model... pandai benor posing kat depan kamera. Jaga-jaga ayahnya... jangan nanti jadi model pulak anak dara sorang ni.. Heheheh...
For Nabila, jaga diri baik-baik tau, jangan demam lagi... nanti nak main dengan baby... eeiii... bestnya...!

Sunday, January 27, 2008

New member of the group

Dua hari lepas, dapat lagi sorang member kat advanced_diploma@yahoogroups.com. Hmm... now kitorang dah ada 10 orang semuanya. 10 out of 35 of us. Not bad...
Member baru ni namanya Kma... hehehhehe.... one of my closest friend. Kalau lah dia baca post ni, mesti dia seronok coz aku mention nama dia kat sini. Apapun, welcome Kma to the group. Harapnya makin meriahlah jadinya group kita ni. So far, bilangan kaum ibu dah melebihi kaum bapa 6:4. Kaum bapa ni sukar sikit nak trace ada kat mana... that's why susah nak dapatkan email diorang. Kalau kelas Usuluddin, Raja dan Khairudin dah join. Tinggal lagi sorang PokYa... no fon dah ditukar, so dah lost contact.
Tapi aku masih berharap lepas2 ni ada lagi yang sudi join. Senang nak sebarkan apa-apa info coz tak perlu nak taip sms jer. Jimat pun iyer.
Last nite, sepupu abang, Ila datang dari Temerloh together with her husband Anuar and daughter baby Aisyah. Dibawa bersama kawan Anuar yang sangaaaatlah peramahnya. Gamat jer dengan lawaknya yang bersahaja. Macam kawan lama pulak rasanya... padahal that was the first time we met. Orang macam tu memang senang dapat kawan...
Petang semalam, Along n Angah balik ke Melaka. Satu famili gi anto sana. Hari ni lah baru balik sini. Petang ni pulak cik Sanah akan datang bermalam sini. Besok pagi ada interview kat IKIP. Wah wah... department abang nak guna Resource Center Assistant, so Sanah mungkin layak untuk post tu... coz abang nak orang yang faham bahasa Arab for the post.
Harap-harap Sanah dapat 'tackle' interviewers esok. One of them is abang Jay nyer lah. hehehheh....(Kroni?!)

Thursday, January 17, 2008

Luahan hati Ahmad Anwar Putra

Now Nwa nak belajar masak laa pulak. Tengok jemput pisang yang Nwa buat kat bawah ni. Kalau adik Damea tengok, mesti dia nak. Kalau Nabila tengok, mesti dia ngap terus. Hehehheh...
Tengok tu... muncung mulut sambil kacau jemput pisang.

Tu dia dah penat kacau cekodok...Lenguh tangan Nwa... Umi pun take over dan terus goreng. Tapi yang dah masak tak sempat nak ambik gambar coz nak cepat sangat pegi playpark. Bawak bekal laagi...
Sekarang tiap-tiap Isnin Nwa dan umi akan pergi bermain kat playpark Taman Gelora... depan ofis abah. So, petang Isnin alamatnya umi akan miss laa Spa Q. Tapi takpe... pagi2 Selasa umi akan cover balik tengok kat internet.
Wah... canggih sungguh... hehehheh....
Nwa dah makin seronok ke sekolah... dah dapat kawan baru. Pagi2 Nwa pergi sekolah dengan abah naik motor. Abah dah belikan Nwa helmet baru... dan Nwa pakai jaket. Tadi pagi Umi ambik gambar Nwa pakai jaket n helmet... tapi balik sekolah Nwa delete gambar tu sebab tak cantik. (Bertuah punyer anak).
Balik sekolah, Nwa naik van Cik Ton yang warna biru. Best... ada kawan nama Naufal. Tapi tadi Naufal tak pergi sekolah. Nenek dia kata Naufal nak tido.
Hmm... Nwa payah jugak nak bangun pagi. Pagi tadi, nasib Umi tak sempat ambik air sapu kat muka, cepat2 Nwa bangun... rilek jap tengok MHI pastu gi mandi. Umi mandikan Nwa air suam, sabunkan sampai wangi. Pastu umi pakaikan umiform Affan yang kaler purple, cik Lah yang jahitkan.
Lepas pakai baju, Nwa makan roti telur goreng yang sos tomato kat dalam. Sedaaaap... umi masakkan.
Pastu Nwa pakai jaket n helmet then pegi sekolah ngan abah naik motor.
Sekarang Umi tak payah hantar Nwa lagi... Umi tunggu jer kat rumah... pergi pasar ke, pergi ngaji ke... tapi kena balik sebelum 11.15 pagi. Kalau tak, Nwa nangis.......Waaaaaa!
(Hmm... nangis aje!)

Sunday, January 13, 2008

new group member... n Mr Anuar

Hari ini dapat email dari yahoogroups... Sah! Faa dah join the group. So, dia adalah ahli pertama untuk tahun baru 2008 ni. Welcome Faa... Seronok rasanya dapat tambah ahli baru, walaupun tak capai target 10 orang untuk tahun lepas, but it's ok. Ni rasa semangat nak tambah member lagi ni. Sekurang-kurangnya walaupun tak jumpa bertahun-tahun lamanya... dapat juga berhubung melalui group ni... lebih senang, ringkas dan murah berbanding sms and phone calls.
Tadi aku cuba hantar email to Mr Anuar dia KUsza... try an error... tak sangka pulak betul. Dan dia balas time tu jugak. Hmm... baik betul laa Mr Anuar ni. Dilayannya jugak student dia yang nakal ni.
Teringat dulu... aku selalu sangat masuk lambat 10 minit kelas dia. Bukannya apa... dia selalu masuk lewat 15 minit. Aku biasa la ambik kesempatan tu untuk pegi breakfast. Nak dijadikan cerita, ntah apa mimpinya si Mr Anuar ni, dia masuk awal pulak hari tu. Alamak... aku dah panik dah, tapi masih buat selamba jer. Kalau tak silap, waktu tu aku dan Kma jer yang lewat. Orang lain semua dah ada.
Masa aku baru jer nak duduk, Mr Anuar pun tegur... Nan, There's rice on your cheek! Erkk... saja... nak kenakan aku. Bukannya ada pun... Ramai betul yang gelakkan aku waktu tu. Bukannya orang lain... member2 aku sendiri jugak. Hampeh tull...
Memang masa tu bengkekk laa rasa... Lepas daripada peristiwa tu, aku tak berani laa nak masuk lewat lagi kelas dia. Aku rasalaa kan... maybe waktu tu boss dia tegur dia masuk lewat... so bila tengok ada student masuk lewat...laaagi laa dia hangin kot. Agaknya laaa...
Tapi... banyak yang aku belajar dari Mr Anuar ni... tak habis kalau nak diceritakan. Bukan dia aje laa... malah lecturer-lecturer lain jugak... Puan Shamsiah, Puan Zakiah, Mr Jamil kalau yg English laaa. Lain-lain pun banyak jasa diorang like Dr Manam (my kaunselor), Dr Basri, Ustaz Safri (my thesis co-ordinator), Dr Afwar Deen (tak tau di mana sekarang... maybe in Brunei), dan ramai lagi yang tak mampu nak disebut di sini.
Jasa diorang pada kami hanya Allah Ta'ala saja yang mampu membalasnya.

Thursday, January 10, 2008

alhamdulillah...!

Alhamdulillah... setelah beberapa hari Nwa amat risau dan runsing every morning about going to school, he became better.
Semalam (5th day), sewaktu aku tunggu dia pulang di pintu pagar tadika, dari jauh lagi dia tersenyum gembira. Alangkah senangnya rasa hati aku... Tuhan saja yang tahu. Dengan gembiranya dia terpa aku dan pegang tangan aku sambil kata, "Umi, Nwa dah ok. Nwa dah dapat kawan baru" sambil senyum2 gitu. Tapi bila ditanya apa nama kawan baru, dia jawab ntah laa..
Hmm... kawan pompuan kot! Hehehhe...
Kalaulah begitu keadaannya tiap-tiap hari, baguslah... Terima kasih Tuhan... doaku dimakbulkan. Malam sebelumnya, aku bacakan ayat-ayat Quran semasa dia nak tidur. Aku tidurkan dia awal... sebelum 'Isyak lagi... so, sambil nak tunggu masuk waktu isyak tu lah aku baca Quran sebelah dia yang tengah berbaring. Akhirnya dia terlena... dan aku bacakan ayat 1-6 surah Tohaa dan tiupkan ke hidungnya bila dia tarik nafas.
Paginya, dia terjaga sendiri 10 minit before jam 7. Masa sampai kat sekolah, dia menangis sikit. Tapi aku minta dia tarik nafas dalam-dalam. Dia ikut... and looks better. Then dia terus ikut teacher Izza masuk kelas. Senangnya hati aku....
Mudah2an berterusan laa macam tu.
Kalau dia setuju, Isnin nanti nak ajar dia naik van... jimat belanja sikit. Sebab sepanjang 5 hari ni, belanja minyak kereta saja lebih rm 20, belum lagi dikira belanja kat kedai pok zek setiap kali balik dr sekolah. Aii... mau botak aku.
Kalau nampak dia dah independant tu... boleh laaa ajar2 dia naik van pulak. Lagipun, van Cik Ton selang sebuah rumah jer. Orang yang dia dah kenal mungkin ok sikit kot. Lagi ramai kawan nanti lagi bagus.

Friday, January 4, 2008

Nwa's first day to school

Sebagaimana yang disangka, Nwa menangis sakan waktu aku hantar dia ke tadika semalam. Penat jugak lah nak memujuknya. Maybe coz ramai sangat yang menangis... So dia tak nampak suasana sekolah yang biasa aku gambarkan pada dia such as... ceria, seronok, ramai kawan, cikgu yang baik2 etc.
Setelah dipujuk rayu, dia nak laa stay kat kelas tu... after dia dah tengok sekeliling... then cikgu bagi plastisin buat ball and so on. Oh ya... nama cikgunye teacher Izza. Orangnya cute n pandai ambik hati budak2.
Waktu balik aku pegi laa awal sikit. Nampak laa dia duk line up ngan budak2 lain. Nampak ok jer.. But bila budak lain buat havoc... nangis laa meraung laa... Mula laa si Nwa ni gabra dan nangis jugak...laaa...aduhaiii...aku kat luar kelas tu tepuk dahi. Apa laaa anak aku ni, manja sangat!
Dalam kereta kalau boleh tak nak cakap ngan aku... masam jer sambil duk sapu air mata dan pcit2 hidung. Rupa2nya hidung tu sakit sangat pasal nangis banyak sangat.
Samapai rumah barulah nak bercakap... barulah bercerita... kat sekolah makan mihun dan air masak, tapi air masak tak sedap. Macam-macam...

Wednesday, January 2, 2008

New Year's Eve 2008 ... di KL (waduh!)

Dua hari sebelum tahun baru kami sekeluarga together with Fadilah and Ila bertolak ke KL. Hajat di hati nak terus ke Mutiara Damansara. But unfortunately kereta pulak overheated kat Karak. So dalam keadaan tak pasang air-cond dan panas terik, kami pun slowly teruskan perjalanan ke Melawati. Nampaknya terpaksa transit kat rumah Ajoe jugaklah. Dia kata daulat dia lah tu... hehehheh... Ye laa tu...
Petang sikit barulah kitorg semer berangkat ke rumah Amie... Pagi esoknya, Amie dgn abang bawak kereta masuk workshop... then dia angkut kitorang semer pegi Ikea... balik dengan teksi. Kesian betul Nwa... penat betul dia ngikut umi n abahnya shopping. Nasib baiklah ada Fadhilah and Ila... buat ralit gi sana sini cari tempat kanak-kanak. At one stage, bila dia dh penat sangat, aku terpaksa dukung dia. Aduhai... berat tul ... macam batang kayu... Anak oh anak!
Then kitorang pegi lunch...barulah cerah sikit muka si Nwa... tu pun bila dah kenyang, layu balik. Sian tul... Tapi bila tunjuk jer satu stall ice cream kat situ... wahhh... segar bugar balik... senyum kemewet mengekor abahnya beli ice cream. Mengada-ngada betul... so kitorang pun bagi chance laa kat dia to take his time pulak. Kira fair laa kan... Pulak tu, kaki pun dah lenguh semacam.
Petang, kitorang just lepak2... rehat... tidur... urut kaki n badan kat mesin urut Osim ke Gintell ke apa ntah.
Malam tengok bunga api... wah... bergegar rumah rasanya. Kuat betul. Tapi seronok jugak... semua orang kat kawasan tu pakat keluar ramai2 nak tengok bunga api New Year. Aku pada mulanya malas nak bangun pasal dah terlelap sebelum tu... Tapi since dah kuat sangat, bangun jugak lah n kuar tengok. Rupanya Danial pun bangun jugak, papanya yang kejutkan... siap sumbat telinga ngan kapas lagi. Ish... papanya macam-macam...
Pagi tahun baru... aku n abang pegi hantar Ila kat Kolej di Sungai Buloh. Amie n Kak Nora lead the way... Then diorang pegi airport sambut Abg Wan n Kak Noor pulang dari Makkah. Alhamdulillah... diorang selamat n sihat. Aku belum lagi call diorang... tengoklah malam ni ke...
Nak apologise coz tak sempat singgah rumah diorang before balik. Kitorang bertolak dari Damansara kul 4 lebih... direct ke Kuantan. Cuaca pun kurang mengizinkan... so kalau singgah rumah Abang Wan, lagi lewatlah sampai di Kuantan. Kalau singgah, maybe malam baru bertolak dari sana... bimbang jugak drive malam2, cuaca hujan... n kereta lagi satu hal. Gerun jugak mengingatkan overheat hari tu.
Apapun... terima kasih kepada tuan-tuan rumah tempat kami menumpang... Amie n Kak Nora, dan Ajoe... hehehheh...Daulat Tuanku..!