Alhamdulillah... setelah beberapa hari Nwa amat risau dan runsing every morning about going to school, he became better.
Semalam (5th day), sewaktu aku tunggu dia pulang di pintu pagar tadika, dari jauh lagi dia tersenyum gembira. Alangkah senangnya rasa hati aku... Tuhan saja yang tahu. Dengan gembiranya dia terpa aku dan pegang tangan aku sambil kata, "Umi, Nwa dah ok. Nwa dah dapat kawan baru" sambil senyum2 gitu. Tapi bila ditanya apa nama kawan baru, dia jawab ntah laa..
Hmm... kawan pompuan kot! Hehehhe...
Kalaulah begitu keadaannya tiap-tiap hari, baguslah... Terima kasih Tuhan... doaku dimakbulkan. Malam sebelumnya, aku bacakan ayat-ayat Quran semasa dia nak tidur. Aku tidurkan dia awal... sebelum 'Isyak lagi... so, sambil nak tunggu masuk waktu isyak tu lah aku baca Quran sebelah dia yang tengah berbaring. Akhirnya dia terlena... dan aku bacakan ayat 1-6 surah Tohaa dan tiupkan ke hidungnya bila dia tarik nafas.
Paginya, dia terjaga sendiri 10 minit before jam 7. Masa sampai kat sekolah, dia menangis sikit. Tapi aku minta dia tarik nafas dalam-dalam. Dia ikut... and looks better. Then dia terus ikut teacher Izza masuk kelas. Senangnya hati aku....
Mudah2an berterusan laa macam tu.
Kalau dia setuju, Isnin nanti nak ajar dia naik van... jimat belanja sikit. Sebab sepanjang 5 hari ni, belanja minyak kereta saja lebih rm 20, belum lagi dikira belanja kat kedai pok zek setiap kali balik dr sekolah. Aii... mau botak aku.
Kalau nampak dia dah independant tu... boleh laaa ajar2 dia naik van pulak. Lagipun, van Cik Ton selang sebuah rumah jer. Orang yang dia dah kenal mungkin ok sikit kot. Lagi ramai kawan nanti lagi bagus.
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
1 comment:
alhamdulillah...chekde pun tumpang happy...nwar dah ok........hmmmmm kalau dah ramai kawan nanti...sure lagi happy....jangan tak nak balik rumah dah ler......heheheh
Post a Comment