Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Sunday, January 13, 2008

new group member... n Mr Anuar

Hari ini dapat email dari yahoogroups... Sah! Faa dah join the group. So, dia adalah ahli pertama untuk tahun baru 2008 ni. Welcome Faa... Seronok rasanya dapat tambah ahli baru, walaupun tak capai target 10 orang untuk tahun lepas, but it's ok. Ni rasa semangat nak tambah member lagi ni. Sekurang-kurangnya walaupun tak jumpa bertahun-tahun lamanya... dapat juga berhubung melalui group ni... lebih senang, ringkas dan murah berbanding sms and phone calls.
Tadi aku cuba hantar email to Mr Anuar dia KUsza... try an error... tak sangka pulak betul. Dan dia balas time tu jugak. Hmm... baik betul laa Mr Anuar ni. Dilayannya jugak student dia yang nakal ni.
Teringat dulu... aku selalu sangat masuk lambat 10 minit kelas dia. Bukannya apa... dia selalu masuk lewat 15 minit. Aku biasa la ambik kesempatan tu untuk pegi breakfast. Nak dijadikan cerita, ntah apa mimpinya si Mr Anuar ni, dia masuk awal pulak hari tu. Alamak... aku dah panik dah, tapi masih buat selamba jer. Kalau tak silap, waktu tu aku dan Kma jer yang lewat. Orang lain semua dah ada.
Masa aku baru jer nak duduk, Mr Anuar pun tegur... Nan, There's rice on your cheek! Erkk... saja... nak kenakan aku. Bukannya ada pun... Ramai betul yang gelakkan aku waktu tu. Bukannya orang lain... member2 aku sendiri jugak. Hampeh tull...
Memang masa tu bengkekk laa rasa... Lepas daripada peristiwa tu, aku tak berani laa nak masuk lewat lagi kelas dia. Aku rasalaa kan... maybe waktu tu boss dia tegur dia masuk lewat... so bila tengok ada student masuk lewat...laaagi laa dia hangin kot. Agaknya laaa...
Tapi... banyak yang aku belajar dari Mr Anuar ni... tak habis kalau nak diceritakan. Bukan dia aje laa... malah lecturer-lecturer lain jugak... Puan Shamsiah, Puan Zakiah, Mr Jamil kalau yg English laaa. Lain-lain pun banyak jasa diorang like Dr Manam (my kaunselor), Dr Basri, Ustaz Safri (my thesis co-ordinator), Dr Afwar Deen (tak tau di mana sekarang... maybe in Brunei), dan ramai lagi yang tak mampu nak disebut di sini.
Jasa diorang pada kami hanya Allah Ta'ala saja yang mampu membalasnya.

No comments: