Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, May 14, 2009

hari-hari yang berlalu...

Lama jugak tak menulis apa-apa di sini... begitulah hari-hari yang berlalu. Bila rasa mcm ada masa terluang, ada jer kerja yang tak selesai nampak di mata... so selesaikan dulu apa-apa yang patut. Biasanya berkaitan dengan makan minum laa... perkara wajib di setiap rumah, i guess! Tapi tak per... bila mengingatkan ada ganjaran pahala yang tak terhingga di sebalik semua kerja yang dibuat, rasa sejuk jer hati tatkala menyediakan makan minum untuk suami dan anak... semoga kasih sayang yang dialirkan dengan air tangan ini menjadi pengikat cinta kami.. aamiin...!

Dato Seri TG Haji Abdul Hadi Awang...

Last Saturday, aku balik Kemaman menghadiri perasmian Mesy Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman... dirasmikan oleh YAB Dato Seri TG Haji Abdul Hadi, Presiden PAS Malaysia... tarikan utama untuk aku pulang walaupun seorang diri... since abang ada kelas HPA. Nwa pulak ditumpangkan di rumah kak Dah... Along n Angah pulang dari Melaka melepaskan tensen, kabarnya. :) Anyway... terima kasih pd semua yg selalu membantu... dan abang yang selalu memahami my interest.

Antara amanat yang dititipkan... perbezaan kerjasama dengan non-Muslim.. tahaaluf dan walaa' (Dr Jas...correct me if salah ejaan).
Tahaaluf = kerjasama yang dibuat dgn non-Muslim dengan istiqamah pendirian Muslim... ishh tinggi pulak rasa bahasanya.:) Maksudnya lebih kurang... kalau diorang minum arak, kita tak minum... malah kita tetap haramkan.. tapi, itu hak diorang untuk minum. So, dibolehkan dengan syarat2 tertentu, spt hanya di premis kediaman shj. (sekadar mengambil cth).
Walaa' = kerjasama yang memang 'kerjasama' lah... mudah cerita, engkau minum arak, aku pun nak juga.. heheh... itu ayat mudah laa... maksudnya, tak istiqamah dengan hukum Islam.

So, kalau ada orang persoalkan, PAS dan UMNO sama jer laa... dua2 bekerjasama dengan non-Muslim...haa... jawapannya ada kat atas tadi.

Beginilah cara... menjawab bukan sahaja dengan hikmah... tapi dengan ilmu dan pengetahuan. Maklumat2 seperti di atas dibincangkan dengan detail dalam Ilmu Fiqh Politik. Yang ini tak mampu lah aku nak huraikan... becoz bukan bidang aku... Aku dari bidang Usuluddin, so maklumat2 sebegini merupakan perkara baru bagiku... topik2 Syariah mmg aku tak pandai.. heheh...

So, menghadiri perasmian mesyuarat agung parti politik Sabtu lalu was more to a 'kuliyyah' to me... rasa mcm menghadiri satu kuliah agama laa pulak. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan perjalanan pergi dan balik hari itu.

Cuma, tak boleh nak ambik gambar Tuan Guru...kamera masih dikuarantin dalam ward lagi..huhuhu...

Rancangan percutian ke Melaka...

Ini lagi satu... tak sempat nak berangan naik Taming Sari kat Melaka, meningitis pulak seems to be more serious... hmm... hotel dah booked. Abang kata, kita tengok dulu... kalau keadaan makin teruk, tak der maknanya pergi bercuti dengan pakai mask. Ish... tak nak lah aku...

Kalau terpaksa cancel, kitorg akan tukar plan dan tarikh laa kot. Maybe ke KL tapi di akhir cuti sekolah kot... kebetulan abang nak jumpa kawan2 lama dia di Putrajaya... some kind of reunion kot! (Ish... jeles tul laa).

Mark Stevens a.k.a. Syukur Abdullah...

Secara tak sengaja... terserempak dengan my ex-lecturer di Facebook... dia set up group Kampus KUSZA Alumni di FB.. hmm... aku dah tengok nama creatornyer pada masa mula2 join.. rasa cam pernah dengar nama tu.. dalam hati, ish mengada nyer mamat ni letak nama mat salleh... cam baguss jer.

Aku pun browse lagi dan lagi... photos and photos of the members... laaast sekali... eh... ni mr syukur... barulah aku ingat nama asalnyer memang laa Mark Stevens... hampir lupa. Maklumlah dah 17 tahun tak jumpa...

Mr Stevens @ Syukur pernah mengajar aku waktu Kursus Intensif Bahasa 92-93 dulu. He's exteremely tall... tinggi sungguh 6'++... aku ni yang perasan dah tinggi ni cuma bawah drp bahu dia. Memang melangut melangit lah tingginya... hua hua!!

Nak letak gambar-gambar kitorang satu kelas kat sini... malu plak rasanya.. maklumlah muka aku masa tu... aduh innocent giler! Budak baik lagi masa tu...kekekekke...

17 years... tak banyak berubah rupa parasnya... cuma dia agak berisi. Dan anak-anaknya... dah jadi anak dara semua.. cantik2... tak mcm western sepenuhnya... banyak ikut kulit maknya yang sawo matang (org melayu laa katakan).

Begitulah hari-hari yang berlalu... kemudian menjadi bulan... kemudian berganti tahun... apapun, bila dikenang kembali, ramai sungguh insan-insan yang telah menghiasi hidup ini selama 34 tahun... yang datang dan yang pergi... harap yang aku ada hari ini, tidak terlalu cepat pergi... kerana aku sangaaat sayangkan kalian....:)

Note: duk kira-kira, duk congak-congak... rasa cam ada 'new baby' is coming our way... akhir tahun ni kot, atau awal tahun depan... hmmm....hhmmm...hhmmm!


5 comments:

Tinta Pendeta said...

waaa...congrats from us for the new coming soon baby....:)
dh 'konfen' ker? alhmdllah..dpt adik la nwa yer...
jage mkn...jgn wat keje berat2...
-ibu-

Nan Nurhayati said...

kekekeke.... mekasih ler ibu atas congrats tu...

ish..ish..ish..

Tinta Pendeta said...

huhu...
xperla..
ummi nwa jd pelakon xtra dulu..
mane tahu pasni berkat kat ummi nwa lak..
insya Allah...amiiinnn....

Tinta Pendeta said...

dah sebut, rasanye ejaan 'tahalluf' with saddah lam..tahalluf siyasi = politik damai

pasal 'baby' dah tau cuma ada 'orang' tak mo ngaku hehe..lambat laun, timbul la sabut tu, ahaks!

Nan Nurhayati said...

mekasih dr jas...

tahalluf... ok..
dapat satu vocab dan ilmu baru.. tq..