Tiada kata-kata yang mampu terucap... bila terima gambar di atas daripada guru kelas Nwa...
"My son!" hanya dalam hati...
Tengok saja 'senyum buat-buatan' tu...
"Kenapa Nwa buat mulut cam tu?"
"Jurukamera suruh Nwa senyum, Nwa pun senyum lah..." jawapan yang tulus.
Aku rasa cam nak tergelak... tapi tahan jer...
Jauh di sudut hati, aku berdoa... semoga Tuhan panjangkan usiaku dan abang untuk melihat Nwa dalam pakaian yang sebegitu suatu masa nanti... in the very real 'convocation'... insya Allah!
Sabtu p.m.
Another version of 'Anwar'
Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan ke Kuantan... ceramah di Beserah. Aku dan abang meredah hujan rahmat ke lokasi ceramah... dengan harapan dapatlah aku rakam gambar terbaru Dato' Seri... alhamdulillah, Tuhan permudahkan walaupun pada mulanya aku rasa agak hampa... tak dapat cari port yg sesuai utk snap gambar...
Manusia yang hadir seumpama lautan... ramai sangat... so abang cadangkan kami beredar to another side of the PKR building. Orang tak ramai... dan jarak tempat aku berdiri dengan rostrum tempat Anwar berucap tu tak sampai 5 meter. So dapatlah abang snap gambar-gambar sebagaimana kat post ni.
Mudah-mudahan Tuhan permudahkan usaha murni insan-insan yang bersungguh-sungguh mahu keadilan ditegakkan dan kemakmuran iman dinikmati bersama semua rakyat tak kira bangsa atau agama.
Setelah sekian lama aku tak mengikuti mana-mana ceramah umum, pengalaman malam semalam bagaikan mengungkap kembali kenangan 10 tahun lampau... sewaktu aku aktif mengikuti ceramah di mana-mana kalau berkesempatan. Yang jadi peneman ialah Bak dan Mak (kami saling menemani, actually :))
Aku pernah ikut ceramah Datin Seri Wan Azizah hingga ke Kuala Terengganu dan Pengkalan Chepa di Kelantan... pernah bergambar bersama beliau...(tapi aku kompius tul laa, mana pegi gamabr tuh?) dan menyuarakan harapan dan semangat kami orang-orang muda untuk disampaikan kepada Dato' Seri yang pada masa itu dikurung di Sungai Buloh. Erat genggaman tangan Datin Seri ketika itu... sambil menatap mataku... lalu menghadiahkan satu pelukan... sambil berkata, "insya-allah, Kak Wan akan sampaikan pada Dato'..." oh alangkah indah kenangan itu!
Dan semalam aku rasa puas... dapat melihat Dato' Seri 'live'... biarlah dia tak pernah tau langsung harapan pada insan kecil ini... yang selama 10 tahun ini hanya melihat perkembangannya dari jauh... sambil mendoakan yang terbaik. Kerana itulah putraku dinamakan 'Anwar'.
Sejak Nwa berusia 4 tahun lagi, aku sudah memperkenalkan dia kepada Anwar Ibrahim. Setiap kali wajah Anwar terpampang di dada Harakah, aku akan bagitau dia... "Nwa, orang dalam gambar ni namanya sama macam Nwa..." sehingga sekarang, dia dah kenal Anwar Ibrahim... malah dia pula yang riuh rendah kalau Anwar Ibrahim muncul di TV. :)
Satu masa, andai diberi kesempatan dan peluang oleh Tuhan... aku ingin sekali mempertemukan Anwar Putra dengan Anwar Ibrahim...
Note: satu pemandangan yang harmoni bilamana kaum Tionghua dan India juga hadir memberi sokongan... juga dari pelbagai lapisan masyarakat... dari yang berkain pelikat hinggalah yang berkemeja kemas gaya professional... alhamdulillah... aku bersyukur termasuk dalam golongan ini...!
For Riris di Bandung... so far, ini saja foto yang termampu kak Nan sediakan untuk tatapan Riris... kak Nan sedang menunggu seorang krew PKR untuk emailkan gambar-gambar Dato' Seri sepanjang lawatan ke sini... sabar dong!
No comments:
Post a Comment