Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Saturday, April 11, 2009

birthday gift... owh!!


Walau birthday dah 12 hari berlalu... akhirnya dapat jugak birthday gift. Terima kasih abang 4 the gift. So far, the biggest i've ever got. Hehheheh... Punya lah ronda banyak kedai, akhirnya dapatlaa yang berkenan di hati dan di poket. :) Dan yang dah tengok 'the gift', of course cik hannah n cik dean yang bawak mak dan bak makan angin ke beserah semalam...

Last nite, waktu ke Giant jalan-jalan cari barang... ada laa chocolate fudge cake... so abang suruh beli sebiji... katanya cover pasal birthday hari tu tak der kek... sekarang dah sihat boleh makan kek laa, dah tak batuk lagi. Hmm... gitu ke?

Semalam jugak abang bagitau, free 3D2N stay kat swiss garden KL tak dapat, since bilik dah penuh. Silap kitorang jugak book lambat sangat... 28 april offer tu dah expired. Hmm... waktu Feb and Mac hari tu, tak nak pegi lagi coz sibuk dengan menjahit dan preparation for Hannah's wedding. Kononnya nak bercuti selepas selesai semua kenduri kendara ni.

Tapi, bilik yang kosong ada di Damai Laut di Lumut...hmm.. jauh tu. Kalau jauh, bermakna kos perjalanan bertambah...hmm... camna agaknya yer? Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, setiap inci perjalanan perlu diteliti.. bimbang kalau2 over budget... terlopong nantinya...

Tambah lagi tempahan pun kurang menggalakkan sekarang, kain pun kurang sambutan sekarang... semua ni agak merunsingkan... So far, tak decide lagilah nak pegi ke tidak... book jer dulu, pegi ke tak kemudian kira.


Note: terkadang terfikir juger... best nyer kalau duit banyak, tak der pening2 pasal budget. Tapi sesekali terlintas juger, kalau aku banyak duit tapi hati tak tenang, hidup tak bahagia, asyik dengki orang sana sini, hmmm... tak der gunanya. Yang pasti... alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan berikan... setiap nafas yang diberi-Nya, sudah dijanjikan rezeki yang secukupnya.


No comments: