Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Sunday, April 12, 2009

anugerah bintang popular yang hambar... dan MS Tomyam yang lembap!

entah kenapa, aku rasa anugerah bintang popular malam ni adalah yang paling boring dan hambar... tapi aku ni bukanlah pengkritik yang baik.. heheh... bidang entertainment ni bukan bidang aku... cuma aku suka tengok jer! rasanyer hos tak kena kot.. sharifah syahirah dan adlim aman ramli. agaknya kalau digantikan dengan afdlin dan bob lagi best kot... persembahan pun macam tak der 'kick' jer.. dato' siti pun biasa2 jer... gitulah...sekadar komen seorang penonton.

tadi petang aku ikut abang ke kuantan parade... ke sebuah kedai fesyen... pemiliknya nak ajak kawan-kawannya untuk rawatan HPA. Agak lewat jugak balik... singgah di rumah kak dah untuk ambik Nwa.

Lepas maghrib, kami bertiga keluar lagi untuk makan malam...part ni yang tak berapa best ni. dah laa bapok lambatnyer makanan masak... air tersalah bagi la pulak.. aduii...hangin tul laa.. makanan abang sampai...dah abis dia makan pun, aku nyer bihun sup tak sampai2 juger... at last, suruh dia bungkus jer. memang tak der selera nak makan laa...

Lepas makan, masuk tunas manja jap, beli roti dan sayur... masa kat cashier dah nampak abang cam lain jer. rupa2nyer dia rasa tak sedap perut, nak muntah... lepas jer bayar, keluar tunas manja, terus muntah kat longkang depan tunas manja tu... kesian abang, gitulah kalau makan makanan yang terlebih MSG, mesti muntah balik... perut tak boleh simpan lama.

So balik terus zzzz... bersama Nwa yang kekenyangan makan bihun sup tapau... tinggal laa aku tercongok sorang2... ditemani tv dan laptop ni.

Aha...tapi kan, best pulak persembahan Jamal Abdillah dan Siti Sarah... lagu apa lagi kalau tak Sandarkan Pada Kenangan...dibuat medley semua lagu Jamal... aku memang minat suara si Jamal ni... orangnya tak minat...hehehe...Aku pernah meminati lagu Kekasih Awal dan Akhir. kalau tak silap, ditulis oleh S Amin Sahab...penulis lirik yang selalunya meletakkan 'cinta' sebenarnya pada Tuhan Yang Esa. Liriknya sangat menyentuh jiwa... esp bila ia menyedarkan kita yang selalu alpa dengan urusan duniawi yang tak kunjung sudah ini.

Wah wah... jamal dapat anugerah pencapaian sepanjang hayat laa pulak... waahh... cool betul laa raja pop ni. Sure kak Ja pun seronok, pak Jamal nyer dapat anugerah... hmm..!

Oh ya.. lupa nak thanks cik fad yang layan kami di rumah mentuanya di Kijal.. dan tima kasih banyak2 pada Mak Kijal... bagi kami anak2 pokok yg dah siap disemai... for me n Kak Dah.. ada pokok jari lipan, alleycats dan bbrapa pokok yang merayap...tak tau nama laa.. apapun, tima kasih daun keladi, kalau ada nak lagi... hehehhe... buat muka dok malu laa pulak!

Dan untuk penutupnya... bintang paling popular dapat pada Nabil...aku dah agak dah! dan closing... performance dari faizal tahir... performance yang ada 'life' .. music arrangement dia dahsyat juger..! berambut pendek.. macam rambut aku jer...kikikkkkiii...!!

Note: tiap kali pandang Nabil, selalu teringatkan Ucop... sorry ucop yer!









2 comments:

chekdenoor said...

alahai...semalam bintang popular ya....hmmm...tak ingat pun...so tak tengoklah.......

mungkin sibuk sangat sepanjang minggu ni....heheheh....tapi.... tak apalah...sebab tie kata hambar.....so tak lah rasa rugi sangat kalu tak tengok....heheheheheh

rakan blog kita said...

mmg tak rugi laa kalau tak tgk..percayalaahh!!