Topik hari ini agak pelik kan... seperti topik yang amat digemari golongan muda remaja. Aku masih lagi muda (perasan!), cuma tidak lagi remaja. Heheheh...
But be4 pergi lebih jauh lagi, let's talk about life. Hari ni abang ke Shah Alam, attend kursus sehari di sana. Pukul 4.30 pagi tadi, dia bertolak seorang diri... walau pada mulanya aku dan Nwa nak ikut sekali. Tapi kerana kesihatan yang kurang mengizinkan, abang pergi sorang jer. Dan dia akan balik petang nanti selepas singgah kejap umah Sunah untuk hantar ubat Akip.
Back to the topic...
Hidup dalam bercinta adalah seindah-indah nikmat yang Allah berikan kepada setiap makhluk-Nya, bukan hanya manusia bahkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Manusia adalah yang paling bertuah kerana perasaan cinta dan kasih sayang boleh dirasai dan diluahkan dengan segenap perkataan dan perbuatan.
Bagi golongan remaja yang hidup suka-suka... bercinta adalah satu trend. Kalau tak der pakwe or makwe, kira tak der class...kononnya! Tanpa disedari mereka sebenarnya sedang membazirkan usia muda yang datang hanya sekali.
But remaja yang berwawasan, beragama dan berpegang teguh kepada ajaran-Nya, bercinta adalah satu tanggungjawab yang maha besar... lebih lagi yang bergelar siswa siswi. Cinta di kampus (istilah yang biasa diguna) boleh menjadi penawar dan racun at the same time.
Kalau dapat pasangan yang sama-sama bertanggungjawab, alhamdulillah... sama-sama menjadikan cinta mereka sebagai satu motivasi dan dorongan untuk lebih berjaya... saling membantu untuk kebaikan bersama.
Tapi alangkah malangnya kalau dapat pasangan yang melalaikan... asyik nak dating aje, tengok wayang memanjang... kot2 nanti sendiri buat wayang. Na'uzubillah!
Putus cinta??
Bersabarlah... dan renungi diri dan persekitaran. Jangan sesekali salahkan diri sendiri kerana 'perpisahan' itu. That means the person is NOT GOOD enough for us. Kalau dia cukup baik, dia takkan tinggalkan kita for another person. Dan percayalah... somebody far more better is there for us! Kenapa? Kerana Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita... dan Dia juga tidak membebankan hamba-Nya dengan ujian atau dugaan yang tak mampu kita tanggung. Kerana Dialah Allah... Tuhan yang Maha Tahu segala sesuatu.
Tak perlu bersedih lama-lama... jadikan 'kegagalan' hari ini sebagai penguat semangat untuk bangkit pada hari esok dan seterusnya.
Note: catatan di atas adalah merujuk kepada pengalaman peribadi... aku juga pernah 'jatuh' dan 'diputuskan'... tapi Allah itu Maha Penyayang... memberi peluang untuk jatuh cinta buat ke sekian kalinya... dan inilah cinta terakhirku, yang akan kubawa sampai mati...
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment