Ku cari bahagia abadi...
Di mana?
Di sisi tuhan...
Firman Allah, maksudnya : "Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." (Surah al-Qamar : 55)
Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat...
Firman Allah, maksudnya : "Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (Surah al-Baqarah : 86)
Dengan sabar dan taqwa...
Firman Allah, maksudnya : "Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Hud: 49)
Untuk siapa?
Yang beriman dan beramal soleh...
Firman Allah, maksudnya : "Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Surah al-Ra'd : 29)
Yang beroleh hidayah...
Firman Allah, maksudnya : "Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." (Surah al-Israk :97)
Note : dipetik dari majalah SOLUSI isu ke 6... (terima kasih yang tak terhingga kepada insan-insan yang mengenalkan aku pada majalah ini... tak lain tak bukan, anak-anak se'dara' ku yang tersayang Nan Along, Nan Angah dan Nan Yayah...)
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
4 comments:
acik...
saya dah ada "hidayah"
tapi "hidayah" dikenali sebagai
encik nemo.
ngeh ngeh ngeh...
dah beli isu ke 6? isu ke 5 ngan isu perdana sy dah beli, jgn beli, tp dua2 kat melaka, ade satu lagi tertinggal kt umah, tp xingt isu brape ;p yg awal2
nnt nk pinjam! ;p
oh nadiah,
sebut apaaaaa..???
ALHAMDULILLAH!
kerana anda mendapat HIDAYAH MOHAMMAD
hehehhe...hidayah mohammad... betullah tu..
yg kat umah tu isu no 2. acik cuma jumpa isu no 6 kat ansar.
lain2 isu tak dok... hehehe...
cadangnya acik nk langgan, senang sket..
Post a Comment