Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, January 29, 2009

antara selera dan derita sengsara

Kalau dibaca blog cik fad, dah disebut pasal Bak yg masuk hospital. Aku sempat jaga Bak pada hari pertama sebelah pagi, dan hari kedua sebelah petang.

Kasihan dan simpati pada Bak melimpah-ruah bila lelahnya datang. Juga bila nak buang air kecil, kesakitan kesan urine tube yang mungkin dimasukkan agak kasar ke saluran kencing. Apa yang mampu aku buat, hanya menggosok-gosok paha Bak sambil berbisik, Sabar Bak, tahan sikit.

Bila sakit tu dah reda, aku cakap dengan Bak... kalau perempuan bersalin, begitulah juga rasa perit dan pedih bila nak buang air. Aku tak tahulah Bak menghayati ke tidak apa yang aku bagitau. Apa yang aku harap, Bak faham that i'm telling him that bukan dia sorang jer yang sakit.

Cuma aku agak kesal bila Bak agak liat untuk berpantang makan. Sewaktu aku jaga dia di Hospital, dia tetap juga makan tembikai. Malamnya dia lelah lagi. Esoknya makan pulak betik. Dan malamnya lelah makin kuat. Hingga katilnya dipindahkan lebih dekat dengan meja nurse.

Hari ketiga, nyaris nak makan tembikai lagi, kata abang Mi. Nasib baik Mak cepat sampai. So niat terhalang.

Keadaan jantung sudah agak kritikal. Bengkaknya takkan surut lagi... menyebabkan saluran darah makin sempit. Air pula tidak terpam kesemuanya, kerana jantung sudah lemah, so bertakung di paru2. Bila dibuka urine bag, tak dapat pula buang air secara normal kerana ada masalah pada kelenjar prostat.

Walaupun dah discharge selepas seminggu di wad, malamnya terpaksa ke ER lagi untuk pasangkan balik urne bag.

Kesian Bak. Dia menangis waktu sedang bersiap untuk ke ER semula sambil mengeluh kenapa laa sakit ni berpanjangan. Abang Wan yang menenangkan Bak... aku kehilangan kata-kata.

Bila diingat kembali, memang kasihan bila dia sakit... tapi masih juga baran. Mangsanya tentulah Mak.

Aku berhajat untuk mencadangkan kepada Bak untuk turut juga mengamalkan herba selain drp ubat doktor. Softgel minyak zaitun untuk jantung dan herba Malac untuk pelawasan kencing, juga bersihkan buah pinggang daripada benda asing. Aku dah tinggalkan sebotol minyak zaitun untuk Mak guna semasa masak makanan Bak.

Harap2 sakit Bak tak berulang... walaupun tak sembuh sepenuhnya. Sekurang-kurangnya Bak tidak sakit... esp menjelangnya hari besar terakhir dalam keluarga kami pada 15 Mac nanti...

Dan harap2 Bak dapat bersabar untuk terus berpantang makan buah-buahan yang sejuk dan banyak air. Sabarlah Bak... antara selera dan derita sengsara, lebih baiklah menahan selera daripada menanggung derita sengsara yang tak mampu dikongsi dengan orang lain...

Monday, December 15, 2008

HOLIDAYSSS...!-2-

Tapak kaki abah, umi dan Nwa

Sambung kisah holidays...

Selepas jumpa Ayu di Masjid Kristal... kami singgah sekejap di Mydin Mall... ronda-ronda kejap, Nwa nak beli burger KFC untuk makan malam. Then singgah di gerai makan Batu Buruk, beli nasi goreng untuk abang.

Malamnya, kitorang bermalam di Intan Beach Resort di pantai Batu Buruk. Besoknya pagi-pagi lagi, kitorang pakat gi main air laut. Since ombak agak besar, plan untuk mandi tak jadi lah. Cuma basahkan kaki jer laa... Aku tolong Nwa kutip kulit kerang dan siput... Seronok betul Nwa dan abahnya menahan ombak. Bila ombak turun, menjerit laa si Nwa coz rasa macam kakinya ditarik. Heheheh....

Aduiii mak...silau mentari pagi... abih sepet semer mata

Cantik betul buih ombak...

Lepas main air, dia macam tak larat nak berjalan. Ingatkan sebab penat, rupa-rupanya pasir penuh dalam kaki seluar. Seluar treknya dua lapis, so pasir duk berkumpul laa kat hujung kaki tu.. hehehhehe...
Abah duk kuarkan pasir kat kaki seluar Nwa

Tu dia... selambok pasir... padan laa dok larat nak melangkah...hahahh!!

Bila dah clear pasir tu... barulah boleh berjalan... hehehhehe... Nwa, Nwa... buah koman sepanar ada sokmo.

Tengahari, kami pun bertolak balik ke Kemaman... dan akhirnya sampai di Kuantan maghrib semalam...

Walaupun penat, tapi masing-masing puas hati... esp Nwa. Hopefully, lepas ni dia tak ungkit lagi balik kampung sekejap sangat.. hehehhe...

Saturday, December 13, 2008

HOLIDAYSSS...!

Kali ni memang holidays sungguh...

Bermula daripada 5 dis kitorang dah start the journey. Sempena cuti aidil adha, abang ambil cuti seminggu... nak cover cuti aidilfitri tempohari yang sekejap sangat...

Sehari sebelum raya, kitorang bertolak balik dari Kemaman ke Kelantan, walaupun hati agak cuak memandangkan cuaca yang tak menentu. Tapi alhamdulillah... by Maghrib, kami selamat sampai di rumah Mek di Rantau Panjang. What a long journey....hampir 10 jam plus berhenti makan dan solat dan...of course...traffic jam!!

Hari raya ni agak sibuk dengan daging n daging n daging... of course la kan... raya korban la katakan... Tapi yang paling best raya pertama tu... aku masak steak...hampir dua kilo jugak... habis... licin....!!

Raya kedua. Mek masak sup tulang...fuhh ... terangkat. Paling best...tulang rusuk... memang best!! Lepas makan, barulah risau...kot2 perut meragam... alhamdulillah... ubat untuk usus dan cereal memang tak tinggal laa, that's y perut tak buat hal.

Kami jugak pergi ke Pasir Mas menziarah bakal mak mertua cik Sanah... tq for the delicious nasi himpit kuah kacang... Nwa n Husni makan macam tak cukup makan kat rumah... hehehhe....

After the long holiday di rumah Mek, kami bertolak ke kampung nenek pulak di Tumpat pd petang Khamis 11 dis. Bermalam di sana, dan semalam bertolak ke Kuala Terengganu.

Kat KT, agenda aku laa pulak . Apa lagi kalau bukan... bertemu kengkawan di sini. setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya aku jumpa jugak dengan Ayu. Lokasinya ... hmm... tempat yang paling tersohor di terengganu abad ini laaa...Masjid Kristal.

Seronok betul... lama tak jumpa. Rasanya dah 7 tahun. Anak-anak Ayu pun dah besar. Yang sulung dah nak masuk darjah dua, yang kedua dah 4 tahun. The last time aku jumpa dia, masa tu yang sulung baru berusia 4 bulan kot. Betapa cepat masa berlalu.

Mesej aku terima dari Kma pagi sebelum aku jumpa Ayu... selepas dia tau aku nak jumpa petangnya..."terus terbayang kerusi batu, pokok mempelam, teh o dan biskut keping. rinduuu..."
Sabar laa Kma... aku janji kita semua akan jumpa satu masa nanti... on the very perfect time, at the very rite place...insya allah...

Pertemuan dengan Ayu... aduhh.. tak banyak bezanya... dia masih macam dulu. masih maintain... dengan kalut dan gaduhnya... masih tetap sama. Rasa tak cukup masa yang ada... apapun alhamdulillah ... akhirnya kami dapat jumpa.

Nanti akan disambung lagi... Nwa nak guna pc pulak.

-Intan beach Resort, Kuala Terengganu-

Thursday, November 6, 2008

New born.. and coming holidays...

Aini dah pun selamat melahirkan anak kedua... baby boy... darwisy jazlan nama diberi. Sure ibu n papanya sangat gembira. Dapat boy laa pulak... dan Mea jangan poyok-poyok lagi, nanti ibu tak layan, baru tau...

So... Mea pun meneruskan laa percutian panjangnya di rumah Tokki n Tokwan sambil mengharu-birukan hari-hari cik Nah dan cik Lah. For Ani and Jasni... big, big congrats yea... Kalau beranak lagi, pass sini laa sorang yang besar. Kui kui...

Aku sempat jenguk sekejap sehari selepas darwisy lahir. Aku balik jap pagi Khamis dan balik semula ke Kuantan petangnya. Anwar aku tumpangkan dengan Angah selepas dia balik sekolah. Seronok pulak dia bila cik Ton hantar dia ke rumah Papa.

So far, tak sempat lagi nak balik, memandangkan abang sibuk memanjang. This weekend, kelas OUM sabtu dan ahad. Next weekend pulak, kelas ganti untuk IKIP pulak. Since banyak sangat out station kebelakangan ni, bermakna banyaklah kelas yang kena digantikan.

Maybe masa cuti sekolah nanti, nak mintak balik Kemaman lama sikit. Nwa pun dah pandai complain sekarang. Mintak balik kampung lama sikit, tak puas bermain katanya.

Plan untuk school holiday masih blur lagi. Cuma cuti abang untuk raya Haji dah di apply. Seminggu...!! Kalau Nwa tau, mesti bersorak punyer! Siap laa... sure hitam berkilat laa, bermain tak masuk rumah kalau balik rumah Tok Mek.

Kalau diizinkan Tuhan, waktu cuti tu jugak nanti, aku cadang nak jumpa dengan kawan-kawan lama di KT. Asyik tertangguh dan tergendala aje sebelum ni. Last night, Ayu called dari Seremban... semalam birthday dia, so dia dapat buat free calls to celcom numbers for 7 days! Lebih setengah jam kitorang berborak... rindu betul, lama tak jumpa... Lagi aku rindu, teh O dia... kalau dicecah dgn biskut Jacobs, mak aiii sedapnya... Makan pulak bawah pokok kat belakang asrama... sambil menjamu mata melihat jejaka-jejaka control hensem berjogging kat tempat kitorang lepak. Ahaksss... Mungkin bukan aku sorang aje yang rindu... aku sure Kma, Zaen, Kak Ani, Jie, Fiza, Fa, KLong Mah, Ikin, CT, Cah pun rindu jugak...isk...

Ayu akan bercuti agak lama di KT... so, harap-harap kali ni boleh jumpa. I hope abang boleh bagi kerjasama korbankan 1 or 2 days of cuti dia for me n friends... harap-harap laa kan...

Antara aku dan Ayu, banyak yang pernah kami kongsi bersama... Suka, duka begitu juga tawa dan tangis. Ayu antara sahabat yang banyak bagi semangat dan kekuatan bukan saja untuk aku malah kawan-kawan yang lain. Wakaupun pernah ada perselisihan antara kami, tapi semua itu akhirnya mengukuhkan lagi persahabatan kami. Ayu antara sahabat aku yang kuat semangat dan tabah hatinya. Juga seorang anak yang taat dan patuh kepada kehendak orang tua dan famili. Syabas Ayu... kerana membuktikan kebahagiaan hari ini berkat doa dan restu keluarga.

Kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Aku tahu... malah Ayu pun tahu... kenangan barang lepas itulah yang mendewasakan kami... dan yang mengajar kami erti hidup.

Kalau boleh dikembalikan masa lampau, banyak rasanya yang mahu dibaiki. Tapi, biarlah... kesilapan memang banyak... Kami semua banyak belajar dari kesilapan.

So now, we are looking forward to see as many friends as we could during this coming holidays. Tak sabar rasanya...

Wednesday, October 22, 2008

Jamuan raya yang simple...

Last night, kami buat jamuan raya yang pertama sejak kami kahwin... tapi simple aje. Actually kebetulan Along n Angah nak bawak kawan2 diorang dari Melaka datang beraya semalam. So, aku pun masak laa mee kari. Lepas Zohor, aku dah start masak. Masak kari tak der laa cerewet sangat... cuma yang penatnya, bahan-bahan lain tu laa.. cam telur nak direbus, dipotong, fishball n fishcake nk dicelur dan dipotong, tauge nak dicelur dan macam-macam lagi lah. Yang lebih penatnya... bila kena buat sorang2 tak der pembantu.

Sambil masak, sambil jugak bawak keluar pinggan mangkuk, gelas, sudu, senduk... nak susun atur ruang makan untuk tamu... aduhai... rasa nak tercabut jugak kepala lutut yg memang dah longgar ni.. hehehhe....

Dah hampir Maghrib, barulah abang balik dan dia tolong susun pinggan, gelas kat meja hidang.. susun kerusi.. etc. Tq abang...

Pukul 7.30, semua dah complete... Teh O pun dah siap... bersama Radix Cola dan ais.

Lepas solat 'Isyak... aku bedal dulu mee kari tu hehhehe... kot nanti bila tamu dah sampai, tak sempat nak makan laa pulak.

Kitorang jemput jugak jejaka2 bujang kat rumah sebelah ni... tak pernah pun ajak diorang makan sebelum ni. Borak punya borak... abang Mat and the gang balik lebih kurang pukul 10.30. Tu pun sebab kena masuk shift kul 11 malam. Kalau tak, mau nyer rancak lagi ceritanya. Ada2 jer cerita 'papa Nwa' ni... tak kering gusi kita semua dibuatnya.

Din dan Joe stay sampai pukul 11, leka pulak diorang berbual dengan abang. Siap bagi cenderahati lagi... t-shirt York... maklum laa Din tu kerja dengan York company air-cond tu. Lepas diorang balik, barulah aku n abang berkemas ala kadar. Basuh dulu pinggan mangkuk mana yang larat.

Jam 12... sakit perut laa pulak. Ni mesti kes makan Mamee sllrrrpp waktu tengahari tu laa. Konon nak cepat dan ringkas... adusss!

Wal hasil,, tadi pagi...terlewat... terjaga pukul 6.30... macam kartun la. Nasib baik, Nwa tak liat nak ke sekolah. Aku jugak laa yg lewat pergi mengaji... baru siap mandi pukul 8.45, anak murid dah hello! ustazah ada kat mana tu? Heheheh... ustazah?? Rasa macam tak berapa sesuai jer... Maklum laa...

Apapun, alhamdulillah... jamuan yang serba ringkas tu berjaya jugak akhirnya... Nwa dah siap plan nak buat jamuan waktu siang pulak untuk birthday nyer tahun depan.. Proaktif betul laa!

Monday, October 13, 2008

Raya oh Raya

Kawan-kawan beraya...

Unexpectedly, Suhaya datang berkunjung raya on first raya kat umah Mak. Setelah sekian lama putting a gap between us... finally dia datang jugak. Malas laa nak recall yang lama-lama... yang pastinya kemaafan adalah sesuatu yang paling indah pada hari raya yang mulia ini.

Raya kedua, aku tak ke mana-mana. Masa duk sibuk2 menolong Sanah di dapur for lunch meal, terjongol dua orang kawan lama waktu sekolah dulu. Lalu jalan belakang pulak tu. Azza and Junaidah... kawan sejak sekolah menengah... Azza masih di KL, ustazah... and Jue pulak rupa-rupanya di Kuantan, buka kedai makan kat Semambu. Laa... area aku tu... biasa lalu la situ. Tu dia.. bila dah jumpa si Jue ni, biasalaa gamat satu rumah... memang dia sound besar... masih cam dulu2 jugak.

Drp diorang, dapat laa tau sikit sebanyak berita kawan-kawan sekolah yang lain. Kematian Zulia contohnya... walaupun aku dah dapat tau dari Jie bulan puasa hari tu. Tak tau pulak aku suami dia tu abang kepada Saiful, classmate form 5 yang suuuuuka sangat cari gaduh dengan aku tu. Cuma di Kusza jer dia baik sikit dgn aku... tu pun sebab Mahadzir selalu back up aku.. hehehe thanx Mahadzir.

Cuma Saiful tu mula tunjuk belang balik masa dia balik dari Mesir. Aku masa tu dah kerja kat SQC. Aku masih ingat dia call aku kat ofis, macam nak ucap 'tahniah' jer pasal aku 'putus cinta' dengan kawan dia. Seronok laa tu... kononnya pada pandangan dia dan kawan2 dia yang bagusss sangat kat Mesir tu berpendapat aku ni tak sesuai dgn kawan dia tu. Maklumlah... aku ni bukan baik sangat pun... Ala-ala jer gitu... Kisah lama! Apapun... setiap kali aku dalam kekalutan, pasti Mahadzir akan muncul menenangkan dan memberi nasihat. Terima kasih banyak2...

Aku pernah jugak terserempak dengan Saiful kat pasar Kemaman dua kali... first time tu dia dgn wife. Atas bawah dia tengok aku. Hahahahah... apa taknya, aku taklah cam wife dia pakai jubah and so on. Hmm... aku simple2 jer.

So, now anak-anak arwah Zulia kabarnya ada kat rumah orang tua Saiful. Rasa jugak nak pergi jenguk, tapi serba salah jer rasa. Tengoklah nanti camna...

Kenduri di hari raya...
3rd raya... kami sekeluarga started the long journey. Bertolak pagi dari rumah Mak ke rumah Cik Endon untuk kenduri anak bujang terakhirnya (ye kot!). Konvoi sama dengan Ajoe, Fad n Izami, Abg Ma, abg Mat n famili.

So, sampai sana sempat laa jumpa ramai jugak sedara mara, such as Su Pah, Ayah Su Usop, Ayah Su Mat n Su Mah, Abg Mat Zahari n madam, dan kak Zaharah dua pupu aku yg baru dikenali masa majlis Fad hari tu. This time dia bawak anak sulung dia sekali, older than I am i guess... hehehheh anak dua pupu tu.
Siap bergambar lagi....

By 12.30 pm, we started the journey to Kelantan. To avoid traffic jam, kitorang guna jalan alternatif melalui Kuala Berang. So lalu ikut kampung Wakaf Tapai and so on...(tak ingat dah apa ke nama kg lagi dah).

Plan asal nak balik Rantau Panjang melalui Tanah Merah tak jadi coz traffic teruk sangat. Jambatan tak tau lagi berapa km, jalan dah jammed giler! So patah balik... guna pulak jalan Pasir Mas-Salor. Alhamdulillah... traffic walaupun sesak, pergerakannya smooth coz traffic man ada mengawasi lalulintas di hujung jambatan.

Sampai di rumah Mek lebih kurang pukul 6.30 pm... tak der sorang pun kat rumah since diorang semua berkampung kat rumah nenek for Mak Su's wedding the next day. Kami mkn malam dgn apa yg ada jer laa... Mek tinggalkan lauk dan nasi, so panas2kan dan makaaan.

Kenduri lagi...

9 am... kami bertolak ke rumah nenek. so there goes the wedding. Kenduri di kampung memang meriah... sampai malam pun ada lagi tamu yang datang... dan masih lagi dihidangkan nasi gulai. Phuhh... what a kenduri! Kalau kat rumah Mak, ikut jadual dalam kad laa... kalau dalam kad tulis sehingga jam 5, pukul 4.30 tinggal satu stesen jer laa lagi hidangan bufet. Pendekata, pukul 5 tu semua lauk dah diangkat masuk. Pukul 6, bukan stesen jer yang clear, abih kerusi meja dah dikemas.

Kenduri kat rumah nenek ni pakai sistem hidang. Nampak penat... tapi everyone nampak seronok. Anwar pulak jadi cameraman... pengganti abahnya, kata nenek. Hmm...pandai jugak Nwa ni mencuri tumpuan. Lain-lain semua cameraman dewasa, Nwa pulak terselit antara cameraman2 tu semua. But semua orang mcm encourage dia to snap pictures... bagi dia duduk kat depan to get clear angles etc. Hehehe... Nwa yang gila publisiti...

Ayat-ayat Cinta

Ayat-ayat cinta...Itulah tajuk filem yang ditayangkan kat tv3 jumaat lepas. Dalam banyak-banyak filem raya kat tv3, filem ini aku kira yang paling meninggalkan kesan. Tapi aku rasa tak ramai di luar sana yang suka filem macam gini.
Nak kata jiwang sangat pun, tidaklah sangat. Kisah cinta... of course laa kan. Dengar tajuk pun, semua dapat meneka temanya. Cuma yang menarik perhatian aku untuk tengok filem ni ialah latar tempatnya. Kisah berkisar sekitar kehidupan pelajar-pelajar Nusantara di bumi Mesir.
Dialog juga amat menarik... esp bila Mesir dan Nil dikaitkan dengan cinta dan jodoh... sbgmana kata Maria, Mesir adalah jodohnya Nil. Jika tiada Nil, maka tiadalah Mesir. Actually dia umpamakan dirinya dan Fahri, yang dianggap dalam diam-diam sebagai jodohnya.
Lagi satu, pengorbanan Aisya... mengahwinkan Fahri suaminya dengan Maria yang koma... semata-mata mahu 'mengejutkan' Maria, so that dapat jadi witness dalam kes jenayah yang tidak Fahri lakukan.
Based on novel... filem ini bagi aku so touching.
But actually yang lebih menyentuh ialah kehidupan dan latar tempat dalam filem tu. Terbayang aku agaknya begitulah suasana yang kawan-kawan aku yang belajar di Mesir dulu. Nak diceritakan apa perasaan aku saat menonton filem ni... entahlah... hanya yang merasainya sahaja yang akan mengerti. Mungkin Kma atau Rohayu atau Zaen memahaminya... i guess!
But in the end... Maria menghembuskan nafas terakhir ketika dalam solatnya berjemaah dengan suami dan madunya Aisya. Uihh... sad ending maa...

AYAT-AYAT CINTA

Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud