Last Sabtu, aku pergi Tangkak bersama abang n Ila. Sampai kat Muadzam, kereta rosak...berasap lagi. Aduhai... akhirnya kena tow ke bengkel. Tu laa first time aku naik kereta yg kena tow. Terdongak gitulah kat dalam kereta. Rasa gerun pun ada... nak ketawa pun ada. Nasib baiklah tak jauh sangat... dalam 10 km gitu.
Akhirnya kami bermalam di Redan Inn kat bandar Muadzam. Ila dibawa balik oleh Kak Dah dan Abang Mat pasal kami tak nak tambah kos penginapan lagi. Lagipun kos baiki kereta saja hampir rm500. Kiranya untung bisnes habis kat situ je laaa.. Tapi nak buat camna, dah nak habis. Tapi alhamdulillah... kerosakan tak der laa teruk sangat. Dan yang paling penting, kita semua selamat. Syukur...!
Anwar sekarang dah semakin rajin pergi mengaji. Alhamdulillah... walaupun waktu bangun pagi agak liat, tapi bila dah bangun ok jer. Semangat jer pergi bilik air, mandi, pakai baju dan breakfast. Pencapaian pun ok, dah baca dua mukasurat setiap hari. Cuma nak ulangkaji jer malas sikit. Asal buka buku jer, menguap salu. Bila habih jer baca, segar balik. Begitulah ragam si anak comel ni. Tapi kalau dibandingkan dengan budak seusia dengan dia, anwar jauh labih advanced. Baguslah... nanti jadi cerdik pandai bila besar nanti...Aamiin!
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago