DON'T THINK IN REVERSE...This phrase aku ambik dari blog Kak Nor. Bila difikirkan, betul. Pengalaman lalu walaupun wajar dijadikan pengukur dan panduan, namun tidak wajar dijadikan penghalang atau penyebab untuk tidak melihat ke hadapan.
Pengalaman hidup aku esp the last 10 years banyak mengajar erti hidup... antaranya kasih sayang ibu ayah, kasih sayang sesama insan, kesetiaan, kejujuran, persahabatan, keluhuran budi, pura-pura, penakut, penipu dan banyak lagi kalau nak disenaraikan. Semua itu aku jadikan rencah sebagai panduan hidup hari ini.
Betul, kalau nak diceritakan cerita duka sampai bila pun tak habis. Harap Tuhan akan menggantikan cerita duka itu dengan cerita ria lah pulak. Orang-orang yang terlibat secara langsung atau tak langsung pun diharap berbahagia semuanya.
Berbalik pada blog Kak Nor... aku masih ingat tahun 99 dulu, masa aku jadi manager (chewah!) kat tempat kerja dulu2, Kak Nor pernah melawat tempat tu. Nampak dia excited sangat masa tu. Dia cakap, ofis macam tu lah yang dia impi-impikan. Masa tu Kak Nor masih lagi seorang guru. Tak sangka apa yang dia impikan hari ini dah pun jadi kenyataan. Malah ofis dia hari ini jauh lebih baik daripada ofis aku dulu. Itulah rezeki dan tuah orang namanya.
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
1 comment:
Segala pencapaian hari ini adalah dengan izin ALLAH jua....
Jika difikirkan, banyak dugaan dan cabaran nya tetapi itulah yang menjadikan kita lebih kuat dan tabah.
Pengajarannya...jangan berhenti berangan-angan dan jangan takut untuk berangan-angan besar.
Post a Comment