Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Friday, June 22, 2007

yahoogroups and... sore throat...aduss!

At last, aku dah berjaya build group kat yahoogroups for ex-students advanced Diploma Kusza advanced_diploma@yahoogroups.com. Lepas ni kerja aku ialah send sms to friends to join the group... tapi bagi yang ada email je lah. Yang tak ada email, nasiblah... kalau tak nak miss any info, baik register cepat. Kalau takut, tak payah.... Kwang kwang kwang...Tuuuuuut! Sapa terasa, sorry!
Tak sangka dalam perkembangan teknologi yang serba canggih hari ini, ada lagi golongan professional yang masih tak ada email. Setiap kali diminta, alasannya dah tak aktif laa.. malas la... Kalau yang tak pass school, aku tak heran. Ini yang ada Master degree maa... lecturer lagi.. lebih daripada aku lagi. Terpulang...
Hari ini dah tiga hari sore throat ni. Last 2 nights, dah pegi jumpa doc Nazli. Dia cakap ada luka kat dalam tekak. Patutlah nak telan air liur pun sakit semacam. Maybe sebab cuaca... panas n hujan berganti2. Ditambah lagi 3 malam lepas, aku join ceramah kat tepi surau perumahan ni. Ustaz Azhar penceramahnya... Lama dah tak pegi ceramah, seronok juga. Teringat masa bujang2 dulu... seronok ikut ceramah dengan Bak, Mak dan adik2. Punyalah semangat!
Bila dah terdedah pada udara malam, lagilah teruk tekak ni. So, dua hari ni aku tak pegi hantar Nwa mengaji. Lagipun kereta tak de, abang guna 3 hari ni. Aku tak nak pegi hantar Nwa jalan kaki pasal lagi aku terdedah pada udara luar, sakit ni akan jadi makin teruk. Lagipun esok aku nak ke Tangkak tambah stok kain pasang... standby untuk raya.

No comments: