Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Monday, March 30, 2009

birthday oh birthday!


Hari ni genap umurku 34 tahun...satu angka lagi bertambah
, bermakna aku semakin berusia (atau ayat mudah, makin tua...). Ada orang kata, usia hanya angka...tapi bagi aku, usia adalah petanda atau miqyas (kayu pengukur)...dah berapa lama kita menikmati nikmat Tuhan yang tak terbilang ini di atas muka dunia. Doa yang biasa diterima...semoga panjang umur dan diberkati serta dimurahkan rezeki sepanjang hayat.

Terima kasih yang tak terhingga for sisters and anak buah yang wish me happy birthday..yg paling awal Nan Yayah, diikuti Nan Aini...tapi siang td baru dijawab since semalam makan ubat batuk dan of course krosssszzzz seawal 9.30 pm. Pagi tadi, wish from Nan Fad...tq...dan diakhiri Nan Shi malam ni...sangat sibuk kakakku ini..apapun, tq atas ingatan kalian.
Cuma dari pengantin baru jer tak der.. agaknya sibuk sangat kot.
Dan kawan-kawan di facebook...tq for the wish (Wan nor, Helmi n Ikin).

Yang tak bestnye...aku tak sihat on this very special day...aduhai...batuk macam dah sayang sangat kat aku ni...langsung tak lekang. Sampai suara pun parau semacam...nak berbual di phone pun tak boleh lama...asyik nak batuk aje.
Sambutan pun tak ada...kek tak sempat beli...since abang kerja sampai malam hari ni.. memang tak syok langsung. Aku nak masak pun... bukan jer tak der mood, kudrat pun kurang. Apalah nasib!

Memang sejak balik dari Kelantan untuk kenduri Hannah di sana, majoriti ramai yang tak sihat. Abang demam dalam perjalanan lagi, sebelum sampai Kuala Berang lagi. Kak Dah satu famili jangan ceritalah...habis semua ada sakitnya. Ani, Fad, Akip semer kene tempiasnya...hinggakan pengantin pun 'terjangkit' sama.

Nwa pun demam sehari...tapi ok jer lepas basuh kepala dengan air batu... pastu sihat...neting-neting main bola. Now aku punyer turn laa pulak... kalau dah kena batuk ni, biasanya susah nak hilang. Tambah lagi dengan cuaca yang panas perit...then tiba-tiba hujan...pastu panas balik...heiii memang mencabar betul. Memang tak sesuai langsung untuk outdoor activity.

Hajat hati kalau semua dah sihat...nak plan berkelah ramai-ramai kat pantai Balok ke...dah lama tak piknik2 ni...

Harap2 cepat sihat... abang kata nanti sihat sikit kita celebrate laa birthday umi...hmm... beli kek ke.. makan kat luar ke... tq..

Friday, March 27, 2009

Tuhan sebaik-baik perancang dan pelaksana

"Wa makaruu wa makarallah, Wallahu khairul maakiriin" (Dan mereka merancang, padahal Allah adalah sebaik-baik perancang)- betulkan andai tersilap.

Alhamdulillah... majlis pernikahan dan perkahwinan Hannah dan Hasan selamat berlangsung... walau dalam suasana hujan yang lebat dan tiada henti hingga tengahari esoknya. So, tak adalah outdoor photo shoot pada hari itu sebagaimana yang diimpikan.

Tak pernah berlaku dalam sejarah kenduri perkahwinan keluarga kami, hujan yang sedemikian lebatnya hingga bukan saja semua petugas basah kuyup, malah tetamu dan ahli rombongan lelaki jugak. Kata orang tua-tua, kalau kenduri kahwin hujan lebat, itu tandanya pengantin makan budu pada malam sebelumnya..:) Kata orang Indon, maknanya pasangan itu akan dapat zuriat yang ramai.:) Wallahu a'lam.

Saat paling seronok bila kulihat emak tersenyum gembira bila abg Wan umumkan ulangtahun kelahirannya ke 67 pada majlis dan menghadiahkannya senaskah al-Quran... surprise yang kami rancang 10 beradik buat ibu tersayang. Tapi tak lupa juga untuk Bak tersayang, juga senaskah al-Quran.

Sebut pasal hujan, seawal 5 pagi aku dah terjaga dan terdengar 'suara' hujan...oppss.. teringat meja makan yg dah kusiapkan malam sebelumnya bersama Fad, along n angah. Aku kejutkan mak, kot tak tersedar orang nak hantar daging. Then aku kejutkan along n angah... kemamai bebudak tu bangun, basuh muka, sarung tudung dan turun ke bawah...ohhh...meja basah kuyup.

So, posisi ditukar... in case hujan turun lagi siangnya.

Tepat sebagaimana dijangka, sewaktu khutbah nikah baru dibaca di masjid Geliga (tempat aku diakad nikah dulu), hujan turun masya Allah lebatnya... aku pada awalnya dah cuak untuk turut sama ke masjid. Tapi memandangkan hajat Hannah yg mahu aku ada bersama, aku turutkan juga.

Di rumah, memang kalut rupanya... Ani dan Nurul berganti call...tanyakan mana senduk dan sudu untuk hidangan pengantin... aduiii... aku sikit gelabah, memandangkan cuaca... ditambah lagi khutbah nikah yg agak panjang... rasa nak berlari balik rumah. Masa tu terasa silapnya tak memandu sendiri tadi, kalau tak... aku boleh laa lewat sikit ke masjid.

Balik dr masjid, aku plak tak ingat laa nak jenguk meja pengantin tu... terus naik... ke dapur, tolong selesaikan mana2 yg patut...membantu Fad yg nampaknya tak keluar2 dari dapur.

Dipendekkan cerita, pengantin lelaki sampai...aku dan abg Li jadi pengapit. Waktu nak naik ke rumah, kain sampin pengantin pulak terburai simpulan bunganya.. alahaiiii.... tapi Hasan cover, dia pegang sampailah atas rumah... then aku tolong betulkan kat depan pelamin.
And abg Wan pun menjalankan tugasnya sbg MC dengan jayanya. Syabas n tq abg Wan.

Bila pengantin dah turun untuk jamuan, baru aku terperasan kat meja makan tak ada garfu.. yg ada cuma sudu makan... ya Allah! cuainya aku tak check dulu... sambil kalut2 begitu, aku cari jugak garfu... nasib baik ada! Fuh... hannah macam bengang jer! hehehhe...

Walaupun hujan turun dengan lebatnya, tetamu ramai yang datang. Mungkin diorang ambil peluang jugak datang sebab ini jamuan kahwin yang terakhir for the family. Terima kasih bebanyak kepada yang mencurahkan tenaga...dari tenaga di depan rumah sampai laa ke belakang rumah...atas rumah dan bawah rumah...

For brothers yang basah kuyup bekerja melayan tetamu...aku sangat hargai penat lelah kalian. Cuma aku sedikit terkilan, kenapa semangat sebegini kurang ketara semasa kenduri2 sebelum ini.

For mum's sons in-law, syabas atas kerja keras kalian menjayakan majlis yang terakhir ini.

For sisters, nieces and nephews... terima kasih yang tak terhingga atas segenap usaha walau sekecil manapun for the day... memang kita semua dah all out for Hasanah...semoga pasangan pengantin baru ini berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat (dan semoga dikurniakan zuriat yang comel-comel).




Sunday, March 8, 2009

sekadar cetusan rasa....

first of all, tima kasih banyak2 atas komen followers due to the previous post. maknanya keluhan hati ini masih didengari...

maklum laa...sebelum2 ni tak sebanyak itu komen yang diterima. rasa sejuuuk hati ini.. hehehhe...

betul kata papa mea...tak dapat nk puaskan hati semer orang...janji semer ok smooth n clear...(iklan kosmetik hannah ni..).

pada chekde, sapa orangnya tak kisah laa kan... ambe dah pun maafkan orangnya... janji akan2 datang kita tak buat laa mcm tu kat orang lain, pasal kita dah tau apa rasanya.

pada along n angah, hati-hati memandu dari melaka tu, jangan lola-lola kat jalan tu.. hehehhe... (angah, shhhh!!) :)

pasal driver hari tu, memandangkan cik hannah dah bergelar pengantin baru masa tu, jadi aku dan amie tak nak bagilah dia drive. bincang punyer bincang, ada laa sorang ahli rombongan menawarkan diri.

nak tau sapa??

Onie a.k.a. Su Nah... bagusnya mak sedara aku. Kira ok lah... bergilir dengan aku ( kalau dia tak larat laa). alhamdulillah... kira selesailah masalah setakat ni.

So, tak payah fikir2 lagi dah... cuma nak memikirkan trip to KL awal2 pagi esok. Since pelancaran MLM Syariah HPA bermula jam 9 pagi, aku dan abang akan bertolak seawal jam 4 pagi -insya allah- dari sini... direct ke Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak. On the way balik, singgah laa jap kat rumah Ajoe.

Chekde - sekiranya membaca post ini- maaf yer mungkin tak sempat ke TC coz kami nak balik terus petang esok. Selasa khazali kerja... insya allah kita jumpa lain kali sekiranya ada umur.

Petang selasa kami akan balik ke Kemaman... pereparation for the wedding akan bermula. Harap2 semua akan ok ...

Barang2 hantaran dah dibawa balik ke Kemaman oleh Kak dah pagi tadi. Tak tahulah apa kata Hannah bila tengok hantaran tu... maklum laa, bukan pro yg buat tu.


Thursday, March 5, 2009

terfikir

Tak tahu kenapa... rasa macam nak ambik tajuk post along pulak sbg tajuk pos aku hari ni. Boleh ye along? mungkin 'terfikir'... yg aku sedang lalui sekarang.

but before i go any further... tadi pagi selepas Nwa balik sekolah, dia ayik beno main game. Aku pulak menyiapkan baju untuk dipakai waktu hari besar nanti. Sekejap tu dia datang sebelah aku...

Umi.. umi.. sambil cuit aku.

Iyer, ada apa?

kalau umi nak cuci2 rumah ni kan... umi tak payah pakai broom tau, pakai jer vacuum cleaner... dengan muka yg serius sekali.

aku senyum...kenapa?

sebab... kalau cuci guna vacuum cleaner lebih fantas!

opss....aku tergelak...fantas?

eh, eh, bukan...pantas...sambil senyum menampakkan gigi baru yg dah kuar separuh.

Heheheh....agaknya Nwa nak sebut pantas dan faster kot?

Betul3... dia jawab..

Hmm...thats my son!

back to 'terfikir'...
aku terfikir, seorang lelaki patut malu kalau mintak semua orang di sekelilingnya mengalah untuk keselesaannya semata-mata...lebih2 lagi minta perempuan mengalah pada nya...lebih2 lagi pulak perempuan yg lebih muda. Oooo...tak patut, sangat tak patut. But it happens!

Pernah jugak aku terfikir... alangkah baiknya kalau semua orang gembira dengan effort yang aku lakukan...contohnya seperti mencari tempat penginapan yang sesuai sewaktu berkonvoi ke kelantan nanti. Bila semua happy, of course aku pun akan happy... tak kisah segala penat lelah... hilang semuanya bila tgk org sekeliling gembira.
Tapi ada jugak yg complain...tak payah laa nak tempat selesa sangat, as long as boleh lelapkan mata ajer utk 2 malam... bilik upstairs ke, downstairs ke, no hal... cuci jugak aku dibasuhnya...
Ok...sepatah tu je aku jawab.
But in the end, that same person jugak laa yg mintak aku cari another room utk dia menginap sorang2...no sharing2 dengan 'hired driver' coz penat perjalanan jauh. Nak rehat lebih bla bla bla...
Ohh... sepatah tu je aku mampu jawab.
But nasib tak menyebelahi, bila aku call Nur Inn.. diorang cakap. Sori naik lori, bilik extra tak boleh diberi. Semua dah booked. Padan muka! (ni ayat aku sendiri - yg tgh panas-, bukan receptionist yg cakap).
Bincang punye bincang... Hannah dan aku setuju untuk bergilir jadi driver... so that tak perlu hire another driver. So tak der laa sharing2 room. Mengalah aje!
Apa nak jadi, jadi lah... but kali ni aku betul2 hot. hanya ruang yang sempit ini saja tempat nak luahkan rasa hati... yer laa blog ni tak pandai menjawab!
Kalau dapat bilik kat ceruk ke, upstairs downstairs tak puas hati... lantak...sori naik lori, tak puas hati boleh lari...
Tapi tak der laa aku akan kata gitu kan? Marah ke hot ke... reputasi kena jaga laa... kampung mak mentua aku yang nak dituju ni...

For Hannah... tq for the sacrifice... make sure supplement cukup so that tak letih for the next day! Hantaran ... kc dah siapkan. sekarang ada kat umah kak dah, disimpan di sana atas sebab2 keselamatan heheheh... maklumlah... private and confidential!

For bros ... spare your energy!

For sisters... get ready in BLUE!

For nieces and nephews...get ready to be my assistants....hehhehehe! Yg besar2, tolong acik siapkan pelamin dan meja pengantin ok!