"Wa makaruu wa makarallah, Wallahu khairul maakiriin" (Dan mereka merancang, padahal Allah adalah sebaik-baik perancang)- betulkan andai tersilap.
Alhamdulillah... majlis pernikahan dan perkahwinan Hannah dan Hasan selamat berlangsung... walau dalam suasana hujan yang lebat dan tiada henti hingga tengahari esoknya. So, tak adalah outdoor photo shoot pada hari itu sebagaimana yang diimpikan.
Tak pernah berlaku dalam sejarah kenduri perkahwinan keluarga kami, hujan yang sedemikian lebatnya hingga bukan saja semua petugas basah kuyup, malah tetamu dan ahli rombongan lelaki jugak. Kata orang tua-tua, kalau kenduri kahwin hujan lebat, itu tandanya pengantin makan budu pada malam sebelumnya..:) Kata orang Indon, maknanya pasangan itu akan dapat zuriat yang ramai.:) Wallahu a'lam.
Saat paling seronok bila kulihat emak tersenyum gembira bila abg Wan umumkan ulangtahun kelahirannya ke 67 pada majlis dan menghadiahkannya senaskah al-Quran... surprise yang kami rancang 10 beradik buat ibu tersayang. Tapi tak lupa juga untuk Bak tersayang, juga senaskah al-Quran.
Sebut pasal hujan, seawal 5 pagi aku dah terjaga dan terdengar 'suara' hujan...oppss.. teringat meja makan yg dah kusiapkan malam sebelumnya bersama Fad, along n angah. Aku kejutkan mak, kot tak tersedar orang nak hantar daging. Then aku kejutkan along n angah... kemamai bebudak tu bangun, basuh muka, sarung tudung dan turun ke bawah...ohhh...meja basah kuyup.
So, posisi ditukar... in case hujan turun lagi siangnya.
Tepat sebagaimana dijangka, sewaktu khutbah nikah baru dibaca di masjid Geliga (tempat aku diakad nikah dulu), hujan turun masya Allah lebatnya... aku pada awalnya dah cuak untuk turut sama ke masjid. Tapi memandangkan hajat Hannah yg mahu aku ada bersama, aku turutkan juga.
Di rumah, memang kalut rupanya... Ani dan Nurul berganti call...tanyakan mana senduk dan sudu untuk hidangan pengantin... aduiii... aku sikit gelabah, memandangkan cuaca... ditambah lagi khutbah nikah yg agak panjang... rasa nak berlari balik rumah. Masa tu terasa silapnya tak memandu sendiri tadi, kalau tak... aku boleh laa lewat sikit ke masjid.
Balik dr masjid, aku plak tak ingat laa nak jenguk meja pengantin tu... terus naik... ke dapur, tolong selesaikan mana2 yg patut...membantu Fad yg nampaknya tak keluar2 dari dapur.
Dipendekkan cerita, pengantin lelaki sampai...aku dan abg Li jadi pengapit. Waktu nak naik ke rumah, kain sampin pengantin pulak terburai simpulan bunganya.. alahaiiii.... tapi Hasan cover, dia pegang sampailah atas rumah... then aku tolong betulkan kat depan pelamin.
And abg Wan pun menjalankan tugasnya sbg MC dengan jayanya. Syabas n tq abg Wan.
Bila pengantin dah turun untuk jamuan, baru aku terperasan kat meja makan tak ada garfu.. yg ada cuma sudu makan... ya Allah! cuainya aku tak check dulu... sambil kalut2 begitu, aku cari jugak garfu... nasib baik ada! Fuh... hannah macam bengang jer! hehehhe...
Walaupun hujan turun dengan lebatnya, tetamu ramai yang datang. Mungkin diorang ambil peluang jugak datang sebab ini jamuan kahwin yang terakhir for the family. Terima kasih bebanyak kepada yang mencurahkan tenaga...dari tenaga di depan rumah sampai laa ke belakang rumah...atas rumah dan bawah rumah...
For brothers yang basah kuyup bekerja melayan tetamu...aku sangat hargai penat lelah kalian. Cuma aku sedikit terkilan, kenapa semangat sebegini kurang ketara semasa kenduri2 sebelum ini.
For mum's sons in-law, syabas atas kerja keras kalian menjayakan majlis yang terakhir ini.
For sisters, nieces and nephews... terima kasih yang tak terhingga atas segenap usaha walau sekecil manapun for the day... memang kita semua dah all out for Hasanah...semoga pasangan pengantin baru ini berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat (dan semoga dikurniakan zuriat yang comel-comel).
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment