Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, November 15, 2007

dapat kerja baru...!

Pagi ni, abang tinggalkan satu bundle kertas exam untuk aku mark. Hmm... actually, semester yang lepas2, aku dah buat kerja ni. Kertas Pengajian Islam untuk pelajar Diploma tak adalah susah sangat, since skema jawapan dah disediakan.
So far, tak start lagi ni. Nampak macam banyak jugak. Tapi slowly laa...
Minggu ni merupakan minggu terakhir persekolahan. Bermakna tak sampai dua bulan lagi, Nwa akan mula bersekolah. Tak sabar rasanya nak tengok dia pakai uniform Tadika Islam Affan. So far, belum pergi langsaikan bayaran dan ukur uniform lagi ni. Kalau ikut janjinya semalam, pagi ni lah nak pergi. Bangun pulak lewat... pastu duk tengok tv lah pulak. Mandi pun belum lagi tu. Hmm... Tak retilah camna nak disiplinkan si kecik ni. Kalau sapa2 ada opinion, boleh share yer... petua ke... Mengaji pun dah hampir dua minggu tak pergi rasanya. Sejak balik dari Penang hari tu, belum pergi2 lagi. Hai... sibuk sangat rasanya sampai tak sempat hantar anak pergi mengaji.

Tuesday, November 6, 2007

dan perceraian itu pun terjadi...

Panggilan telefon pagi Sabtu lalu amat mengejutkan... sekaligus kami sekeluarga kelam kabut berkemas dan bersiap untuk balik ke Kelantan... dan keesokan harinya terus ke Penang. Kerana memikirkan tiada siapa lagi yang boleh diharapkan oleh Ayah dan Mek, so abang took the responsibility.
So, kami sekeluarga bersama Ayah dan Mek ke Penang... cuba mendapatkan penjelasan dan penyelesaian kemelut rumahtangga Udin dan Ita.
Dipendekkan kisah... (dan juga untuk memelihara keaiban individu-individu yang terlibat), we all should take it as an iktibar dan pengajaran. Moral of the story yang aku dapat... si suami perlu banyak bersabar dengan kerenah isteri, di samping membimbing isteri menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik, juga membimbing jiwa sendiri supaya lebih banyak bersabar dan berdoa. Manakala si isteri perlu lebih memahami dan sentiasa cuba belajar tingkah dan perangai suami, di samping membantu suami supaya menjadi suami dan ayah yang lebih baik, juga tidak celupar meminta talak... kerana kuasa TALAK ada pada SUAMI.
Dan lagi satu... apabila solat lima waktu dipandang enteng dan hanya dibuat 'kadang-kadang', syaitan akan mencelah di setiap peluang yang ada...
Semoga peristiwa ini menjadi peringatan kepada semua, terutama diriku sendiri. Doaku... semoga aku akan terus di samping abang dan Anwar walau apa pun terjadi, kerana tak dapat aku bayangkan betapa kucar kacirnya hidupku tanpa mereka. Amiin...

Thursday, November 1, 2007

anwar sakit perut...siaannn...!!

Belum pun pukul 6 pagi, Nwa dah bangun , sakit perut katanya. Cirit-birit rupanya. Sampailah pukul 8 pagi, hampir 10 kali jugak dia berulang alik ke tandas. Kesian sungguh... Lepas minum 100plus dan makan roti, barulah dia nampak cam segar sikit. Baru ada mood nak mandi. So far, sejak pukul 11 am tadi, tak pergi lagi ke tandas tu.
Susah jugak suruh dia pantang makan. Sepatutnya kalau cirit-birit macam tu, dia cuma boleh makan roti kosong dan air teh O aje. Tapi, pagi ni bukan main pulak pagi ni dia duk kutip biskut raya dan kerepak kat depan tu. Hhmm... so far, aku belum lagi suap apa-apa makanan berat such as nasi ke... bimbang perut dia akan meragam lagi.
Kalau mengikut kata Doc Ibrahim kat Rantau Panjang, perut kita perlu relaks kalau kena cirit-birit ni. That's why makan tak boleh yang berat-berat. Susu, lemak langsung tak boleh coz perut kena kerja kuat untuk hadam all that.
Si Nwa ni bila sakit, memang manja abih... Tapi bila dah rasa segar sikit tu, hhmm... mulalah... memanjat sana sini, main beskal, berlari etc. Budak aktif mana boleh duduk diam.
Tapi kesian betul tadi, pucat aje muka. Paling tak tahan masa tengok dia tahan sakit perut masa kat tandas. Kesiaannn anak umi...!!

Wednesday, October 31, 2007

Tuesday, October 30, 2007

sudirman




merisik khabar

uji rashid




KALI TERAKHIR KU LIHAT WAJAHMU


Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata


Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

hari yang santai

Banyak-banyak hari sejak puasa dan raya, rasanya hari ni lah yang paling santai. Kerja kat dapur banyak lagi yang belum beres, tapi rasa macam nak santai sikit hari ni. Masal lambat sikitlah hari ni. Cuma nak buat sayur lemak bayam, ayam goreng seri wangi dan bergedil sardin. Hmm...
Projek yang tak siap lagi hanyalah cross stitch yang tak boleh dibuat extreme sangat... boleh sakit badan maa...
So, aku pun cari lah lagu-lagu yang best untuk upload kat blog ni.
Lagu Iklim tu, 'patah tumbuh hilang berganti' adalah lagu yang pernah aku suka suatu waktu dulu. Actually aku lebih tertarik dengan melodinya, ditambah dengan suara saleem yang serak-serak kerak gitu... hehehhe.... sesuai sangat. Liriknya tak pernah aku teliti...
Lagu Letto tu pulak, lagu yang baru aku minat... pun kerana melodinya yang menarik sesuai dengan suara penyanyinya. Liriknya biasa aje... macam lagu-lagu sekarang ni je.
Apapun, enjoy the song!