Banyak-banyak hari sejak puasa dan raya, rasanya hari ni lah yang paling santai. Kerja kat dapur banyak lagi yang belum beres, tapi rasa macam nak santai sikit hari ni. Masal lambat sikitlah hari ni. Cuma nak buat sayur lemak bayam, ayam goreng seri wangi dan bergedil sardin. Hmm...
Projek yang tak siap lagi hanyalah cross stitch yang tak boleh dibuat extreme sangat... boleh sakit badan maa...
So, aku pun cari lah lagu-lagu yang best untuk upload kat blog ni.
Lagu Iklim tu, 'patah tumbuh hilang berganti' adalah lagu yang pernah aku suka suatu waktu dulu. Actually aku lebih tertarik dengan melodinya, ditambah dengan suara saleem yang serak-serak kerak gitu... hehehhe.... sesuai sangat. Liriknya tak pernah aku teliti...
Lagu Letto tu pulak, lagu yang baru aku minat... pun kerana melodinya yang menarik sesuai dengan suara penyanyinya. Liriknya biasa aje... macam lagu-lagu sekarang ni je.
Apapun, enjoy the song!
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment