Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, October 25, 2007

diari raya 2

For the first time selama beraya di Rantau Panjang, tahun ni aku pergi solat Aidilfitri kat surau di taman perumahan rumah Mek. Sebelum ni tak pernah pergi, since susah nak tinggal Nwa. But this time, Nwa dah besar dan dia pun willing to stay dengan cousins dia, so i took the chance laa.
Sayu jugak beraya jauh dari family sendiri ni... menitik jugak airmata bila dengar takbir raya... syahdu yang amat. Teringatkan Bak, Mak dan adik beradik. Tahun ni pulak kebanyakan adik beradik aku beraya kat rumah in-laws masing-masing...maybe diorang pun dapat rasa apa yang aku rasa saat tu. Masa tu, rasa tak sabar nak tunggu raya ketiga... nak balik rumah Mak, nak makan sate Mak, nasi dagang and so on.
Lepas solat raya, makan-makan.... sessi bergambar lah pulak. Tapi tak bestnya, tahun ni Nwa bad mood sikit. Maybe pasal dipaksa pakai baju Melayu dan songkok. Padahal semua cousins dia yang lelaki pakat pakai baju Melayu belaka. Muncung je pagi raya tu...


See... the'muncung'....majuuk maaa

Then kitorang berarak pegi rumah Kak Ha. Beraya kat sana pulak. Tengahari baru balik semula ke rumah Mek. Sempat laa beraya kejap kat rumah Kak Yam, salah seorang penasihat jahitan aku.




No comments: