Di rumah Kak Ha
Sebelah petang raya pertama, kami pakat pergi rumah nenek pulak di Tumpat. Plannya bermalam di sana semalaman. Waktu sampai dah hampir Maghrib coz ada problem dengan kereta. Kami terpaksa pinjam kereta Kak Ha coz kereta kami tak boleh muat ramai passenger... spring lembut sangat.
Waktu sampai kat rumah nenek, kebetulan Mak cik Nah n famili pun sama-sama sampai dengan dua buah kereta. Kat rumah nenek pulak, Pak Teh sekeluarga dah sedia menunggu. Tak dapat nak bayangkan.... rumah nenek yang kecil tu nak menampung kami yang berjumlah hampir 30 orang kot.
Gegak gempita laa rumah nenek petang tu... Nenek tersenyum dan gelaaak aje. Gembira betul nampaknya orang tua tu melihat anak, cucu dan cicit berkumpul ramai-ramai gitu. Aku pun tumpang seronok coz kat rumah Mak pun sekarang dah jarang benar kumpul ramai-ramai gitu. Dah lama aku tak rasa suasana riuh rendah... penuh gelak tawa... hilai kanak-kanak. Terleka sekejap daripada teringatkan kampung halaman sendiri.
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
No comments:
Post a Comment