Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, October 25, 2007

diari raya 1

Kami balik beraya di Kelantan tahun ini. Dua malam sebelum raya, kami bertolak dari Kemaman jam 8.15 pm. Tiba di Permaisuri, abang berhenti untuk melelapkan mata kat Petronas station... mengantuk sangat. Kami akhirnya sambung perjalanan dan sampai pukul 2.30 pagi. Phuh! Letih... sebelum tidur aku makan roti dan air Milo... kira sahur lah tu....
Esoknya, kami pergi ke pekan Rantau Panjang... beli pinggan mangkuk dan dan lain-lain barang yang dipesan. Tengahari tu, bermulalah episod sibuk memanjang kat rumah Mek... buat ketupat, rendang dan kari roti jala.



Mek sedang mengacau pulut dengan santan, gula dan kekacang untuk dibuat ketupat

Bila dah siap pulut tu, tibalah masa untuk bungkus pulak dalam daun palas. Aku ni tak tahu nak bungkus ketupat tu. So, aku jadi tukang ambik gambor je laaa. Kalah lah dengan si Zamri kalau bab bungkus ketupat ni. Dia memang expert lah kiranya.




Zamri tengah tunjuk skill tu...

Kat rumah Mek ni kalau nak raya, biasanya petang Ramadhan terakhir tu lah semua nak kena buat. Berbeza dengan rumah Mak, semuanya dah settle pada hari kedua terakhir Ramadhan. So, dah jadi kebiasaan kat sini, malam raya kami tidur lewat, selagi kerja tak settle lah.
Baru je nak tidur lebih kurang jam 12.45 am masa tu, sampailah satu SMS. Dari Kak Noor rupanya... dia cakap : Dr. Syeikh Muzaffar baru je antar SMS, bulan dah beranak... comeeel sangat.
Hehehehhe.... mesej ni boleh buat Fadhilah bengang ni. Hahahahha!!!

1 comment:

Nan Hannah said...

erm...sian fad...adeq ipo meninggal...lagik sian dr SMS....