Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Monday, May 21, 2007

Happy Birthday abang!


Happy 33rd birthday buat abang tercinta on May 20. Semoga panjang umur dan ikatan kita berkekalan selamanya.
Tapi kek kat atas ni anwar punyer. Beli lewat sehari kerana keadaan tak mengizinkan. Gambar kek ni dia yang ambik sendiri. Senget benget... tapi dia gembira sangat coz atas kek tu macam2 ada... race car dan bola... tu yg paling penting.
Abahnya balik dari KL... hadiahkan kereta lagi... Ferrari... lagi la seronok. Tiap2 malam buat teman tidur.
Papa pulak hadiahkan tshirt sepasang... ada gambar Spiderman 3. Tapi yang sedih dan pedihnya, konon nak try laa baju tu, jatuh pulak kat bukit pasir rumah papa, calar balar pulak lengan. Hmm... ada ajer tanda... tanda birthday.. heheheh...
Mungkin sehari dua lagi kami nak pulang kelantan... alang-alang abang ada appointment di KB... ambik peluang balik kampung laa. Fikir2 apa lagi nak dibeli kat sana dan dijual kat sini. Sekarang kurang ong sikit laaa... asyik plan dok menjadi jer...
Ish... cukup dulu laaa... nak gi masak pulak..

No comments: