Asal-asal out station yang banyak, satu pun tak jadi. So kami decide to go home... balik kemaman ler for 2 days khamis n jumaat. weekend ada projek plak meng'clear'kan kawasan rumah yang masih banyak cacamarbanya. Disamping jenguk damia jasmine yg suka nangis malam tu, sambil2 jugak jenguk Bak, ntah dah sihat ke belum.
Di usia emas cam gitu, kekadang kepulangan anak cucu pun dah mampu menyenangkan hati. Kesian juga tengok Bak yang kadang2 nampak termenung panjang atas lambor depan. Jauh matanya memandang ke arah kenderaan yang lalu lintas kat depan rumah. Namun hatinya kita tak pernah tahu, dia rindu pada siapa. Rindu pada anaknya yang mana...? Mungkin pada anak-anak yang jarang2 sgt pulang jenguk dia dan Mak.
Mungkin juga rindu pada cucu-cucunya yang semakin dewasa semakin jauh darinya. Kita tak pernah tau isi hatinya... dan dia pun tak pernah luahkan isi hatinya.
Kerana tu lah, aku sanggup pulang dua beranak kekadang just nak jenguk Bak dan Mak, walaupun zahirnya seperti ada urusan di sana.
Bagi yang tak pernah tengok keadaan Bak yang 'lelah-lelah', eloklah balik jenguk Bak. Kenang2kanlah waktu kecil2 dulu. Dia mandikan kita, ubatkan luka kita, dukung kita, dodoikan kita, walaupun garangnya hanya kita yang tahu.
Satu kenangan dengan Bak yang tak mungkin aku lupa... sewaktu aku dilanda masalah suatu ketika dulu, di waktu aku tak tahu nak mengadu pada siapa... Bak pernah ambik aku balik dari ofis, dibawa aku ke tepi sungai berhampiran pengkalan marin. Sambil melihat bot keluar masuk dan deruan angin petang, dia menenangkan aku... gave me reasons why i should just say 'yes' to what Mak asked me to.
Aku terima nasihat Bak with a hope that someday Allah will bless me with the decision. Alhamdulillah... Mak akhirnya gembira dengan my decision, Bak pun looked so pleased. Tak pe lah... asalkan diorang gembira.
Sekarang, bila tengok Bak mengah-mengah dan lelah-lelah, aku rasa terharu... mengenangkan Bak hari ini tidak lagi sekuat dulu. Mungkin dia dah terlalu penat untuk melayan kerenah anak-anaknya yang masing-masing sudah punyer dunia sendiri.
Bak... dan Mak.. ampunkan daku yang dah banyak buat salah...
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
1 comment:
touching la...so far mak nyer decision alhamdulillah kan kan kan...
Post a Comment