Hari ini genap 4 tahun usia putraku anwar. Gambar kek kat sebelah ni yg tahun lepas punyer. Tahun ni belum beli lagi. Tuannya pun tak ada, dah ikut tokki balik kemaman. Memandangkan esok aku pun nak balik, aku izinkan lah. Bimbang juger kot2 time nak tido, cari umi. So, kek birthday tahun ini cik sanah lah yg terpaksa tolong belikan. Dah pesan suruh ambik gambar sekali.
Esok abang outstation ke kl. Katanya ada exhibition. Hari Jumaat baru balik sini. So, esok aku drive ler sorang2 balik kemaman. Suspens jugak. Biasanya anwar temankan.
Untuk projek terbaru, aku dah start semalam. Rasanya complicated jugak... tapi at least aku dapat ler membantu 'memasukkan' kewangan keluarga yang akhir-akhir ni agak 'sakit' sikit. Untuk bekerja macam dulu2, rasanya dok makan cekok doh. Cukuplah dengan pengalaman dulu.

Last weekend aku balik umah mak. Betullah apa yang aku rasa rupanya. Patutlah aku rasa nak balik sangat since selasa lepas lagi. Rupa-rupanya bak sakit lagi. Ada masalah lagi untuk buang air. Siap bawak pegi hospital lagi. Bila kitorang balik, bak macam dah ok sikit. Duk gi mari gi mari kat depan rumah meninjau pekerja menyiapkan pagar. (Pagar baru...wow! Tak dok lah set2 ZNE tu nak nyibuk2 parking lagi. Kalau nyibuk lagi, tau la aku nak buat camna!)
Masa kitorang kat sana, bak nampak riang. Mak pun kata, Bak kalau anak2 cucu2 balik, dia akan gembira... bergurau, ketawa, makan bertambah... Bila tak der orang, dia akan nampak muram.
Masa kitorang kat sana, bak nampak riang. Mak pun kata, Bak kalau anak2 cucu2 balik, dia akan gembira... bergurau, ketawa, makan bertambah... Bila tak der orang, dia akan nampak muram.
Kata Mak tu ada betulnya. Semalam dia datang sini... memang dia nampak gembira dan bersemangat. Ketawa ajer... nampak bermaya. Kesian Bak... dia rindukan anak2... Begitulah nanti kalau kita sempat menjengah usianya.
Teringat aku kisah 'Selimut Putih' kat tv3 sabtu lepas. Kisah anak yang mengikut telunjuk isteri, biarkan emaknya duduk kat pondok buruk... akhirnya mati ditelan bumi di pusara emaknya sambil terlolong-lolong meminta ampun. Isterinya pulak terkejut dgn kejadian tu, macam histeria berlari-lari akhirnya mati dilanggar lori. Gayanya saling tak ubah cam kucing emak mertuanya yang pernah dicampak sampai mati. Na'uzubillah.... Minta kita tak jadi macam tu. Beringatlah sebelum terlambat... peringatan buat diri sendiri juga.
No comments:
Post a Comment