Pejam celik pejam celik dah genap lima tahun perkahwinan kami. Bila dikenang-kenang, tak sangka kami ni ada jodoh rupa-rupanya. Kami cuma berkenalan di amboi.net tu lah... pada awalnya hanya sekadar teman chatting...akhirnya menjadi teman hidup. so bagi orang yang tak percaya dengan cinta siber, fikir-fikirkanlah.... renung-renungkaaann... selamat beramal...ceh... cam dr Izi kat hotfm lah pulak.
Teringat aku pada seorang teman. Dia ni macam fobia sikit dengan siber2 ni. Masa awal2 aku berjinak dengan siber dulu, biasa jugak aku bercerita dengan dia pasal kawan2 yg aku kenal kat internet. Dari reaksi dia aku faham dia tak suka... malah dia pernah kata... bukan boleh percaya dengan diorang tu semer, ntah2 menipu.
Masa tu aku angkat bahu jer pasal semua tu tak dapat aku buktikan. Tapi ada kawan chat yang masih lagi in touch dengan aku sampai hari ni. Malah boleh jadi kawan baik pulak. Antaranya Kak Raz... seorang graduan Usuluddin kat UM... sealiran dengan aku beb! Rupa-rupanya dia kenal abang pulak masa kat UM. Haa.. kan ker makin rapat jadinya.
Sebenarnya terpulang pada kita... kalau kita ikhlas berkawan, maka keikhlasan juga yang akan kita dapat. Kata-kata ini aku petik dari seorang kawan chat jugak, SPY namanya. Dia ni antara rakan chat yang bersusah payah datang masa wedding aku. Haa... kan ke bagus gitu. Mak ayah aku pun kenal dia.
Tapi tak dinafikan yang menipu pun ada. Aku pun pernah kena tipu. Tapi alhamdulillah... yang menipu2 ni tak akan kekal lama berkawan dengan kita. Yang pernah menipu aku dulu2 tu sekarang ni ntah ke mana perginya. Eloklah gitu... tak der lah kita duk berkawan lagi dengan penipu.
Jadi, terima kasih bebanyak laa kepada alam siber yang telah mempertemukan aku dan Khazali yang akhirnya menjadi bukan sekadar kekasih, malah teman hidup dan abah kepada my only son Anwar Putra. Buat abang, thank you so much kerana telah membuat hidup ayang lebih bermakna selama ini. Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhirat.
p.s tak der pulak gambar kahwin nak letak sini...ishhh
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
1 comment:
Semuga berbahagia hingga keakhir hayat. AMIN..
Post a Comment