Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Monday, April 28, 2008

Buat Adik tersayang... semoga bahagia!

Kasih sayang adalah anugerah....
"...Barangsiapa yang mengetahui dan memahami rahsia dan kelebihan seorang wanita, nescaya dia tidak akan dapat menahan dirinya daripada menyintai wanita... kerana menyintai wanita itu adalah satu sifat yang amat mulia... dan salah satu daripada Sunnah Rasulullah SAW..."
Ungkapan di atas dipetik dari tagline kat tv tentang pameran 'Wanita blablabla...' kat KL. Ungkapan ringkas... tapi padat dan dalam dengan makna dan pengertian andai direnung maksud tersirat.
Setiap pergerakan dan tindakan manusia adalah atas dasar kasih sayang. Bukan kasih sayang sesama manusia semata-mata, malah yang pasti, kasih sayang dari Allah Ta'ala. Kalau tidak kerana kasih sayang-Nya, tidak wujud kita hari ini dengan segala kelebihan dan nikmat. Dan kalau juga tidak kerana kasih sayang-Nya, tidak dikurniakan kepada kita rasa kasih dan sayang sesama manusia.
Kc menulis ini juga kerana didorong atas kasih sayang seorang kakak kepada seorang adik... lebih-lebih adik yang disayangi ini akan melangkah ke alam baru yang lebih mencabar.
Adik... apabila seorang wanita disayangi dan dicintai, itu adalah sebesar-besar nikmat yang patut disyukuri. Kita sedia maklum... diri kita walaupun zahirnya nampak sempurna, masih banyak kekurangan dan kelemahan yang tersimpan dalam diri kita sebagai seorang wanita. Tapi, atas dasar kasih sayang yang dianugerahkan Tuhan, dihadiahkan kepada kita seorang yang bernama 'lelaki' yang bukan sahaja sanggup menerima kita dengan segala kekurangan yang kita ada, malah sanggup pula menghadiahkan kasih sayangnya kepada kita.
Sebanyak mana ragam kita pun, dia sanggup menghadapinya hanya kerana 'kasih sayang'. Begitulah besarnya kesan kasih sayang yang diciptakan Allah Ta'ala... tak mampu kita nak huraikan dengan kata-kata.
Kc mungkin tak mampu meluahkan dengan lisan... hanya tulisan mengungkapkan segala-galanya... sebagaimana kasih sayang Kc pada Adik juga tidak terluah dengan kata-kata. Namun jauh di sudut hati, Kc tak akan bergelar kakak tanpa adik-adik bertiga. Lalu tulisan ini lahir tulus dari hati untuk diterima juga dengan hati yang tulus.

Permintaan bukan paksaan
Permintaan dan paksaan... dua perkara yang amat jauuuuh berbeza. Malah bukan dari kelompok yang sama.
Permintaan disertakan harapan berbaur kasih sayang dan kemesraan. Paksaan berbaur emosi, tidak ikhlas dan berdasarkan sentimen dan kehendak semata-mata.
Terkadang kita tersalah tafsir tentang maksud yang tersirat di sebalik setiap permintaan orang-orang di sekeliling kita, terutamanya orang-orang yang kita sayangi dan menyayangi kita. Tak dinafikan sesetengah permintaan terkadang bercanggah dengan kehendak kita. Rasanya setiap orang mengalami perkara yang sama.
Bila berhadapan situasi sebegini, kebiasaannya emosi akan mula mengawal keadaan. Cuba hayati suasana... dan letakkan diri kita di tempat orang yang menyatakan permintaan.
Permintaan daripada keluarga, sebagai contoh... adalah berdasarkan rasa kasih sayang, menghormati dan menghargai kita... lebih2 lagi bila melibatkan hari-hari penting dalam hidup kita. Mereka mahu meraikan... bukan memaksa sesuatu yang 'memalukan' atau sebagainya.
Tak dinafikan, seluruh keluarga menyambut 'berita besar' Adik sebagai suatu yang amat menggembirakan. Masing-masing sudah menggambarkan suasana meriah dan harmoni... sehingga ada yang excited untuk mengenakan konsep warna pakaian, dan macam-macam lagi. Kakak-kakak, abang-abang dan anak-anak saudara masing-masing happy and excited. Kc sendiri kalau ditanya... hampir tidak ada kata-kata untuk menggambarkan kegembiraan di hati.
Bak dan Mak apatah lagi...
Masing-masing mahu menyaksikan satu lagi detik bersejarah di rumah kita. Bayangkan wajah-wajah mereka yang gembira mahu sama-sama meraikannya... dan bayangkan juga wajah-wajah mereka andai hanya dapat menatap saat2 manis itu di foto-foto. Yang pasti, akan terselit juga rasa kecewa dan terkilan walaupun sedikit di hati mereka. Mereka pulang dari jauh... tapi tak dapat menyaksikannya 'live'.

Adik yang disayangi...
Tidak rugi sedikit pun kalau kita berusaha menggembirakan orang-orang yang kita sayangi... kerana dengan cara itu, mereka akan rasa dihargai... and in return, mereka akan menghargai dan lebih menyayangi kita... Kita akan bahagia bila melihat wajah-wajah gembira di sekeliling kita. Terasa kita lebih dihargai dan disayangi. Percayalah... we'll get back what we give... Jika kasih sayang dan penghargaan yang kita berikan kepada mereka, insya-Allah kasih sayang dan doa mereka yang akan kita perolehi sebagai hadiah dari Allah Ta'ala.
Insya-Allah... doa Bak dan Mak, kakak-kakak dan abang-abang, serta anak-anak saudara tak akan putus-putus untuk Adik hingga akhir hayat kami.
Percayalah Adik... kami semua amat menyayangi Adik dan tak mungkin kasih sayang ini akan berubah walau apa keadaan sekalipun... macam Fad kata dalam blognya .."Love bonds.." Yes, love bonds...

Kc tidak memaksa apa-apa... gunakanlah ruang yang ada untuk Adik memikirkan yang terbaik untuk semua pihak. Adik seorang yang berpelajaran, bijak dan mempunyai pandangan tersendiri. Tenangkan fikiran... luaskan pandangan... dan luahkan pendirian yang paling bijak.

Kita membesar bersama... Kc faham dan tahu rentak dan ragam dalam famili kita.

Buat Adik yang bakal melangkah ke alam baru... hadapilah masa depan dengan penuh kematangan... tak kira berapa usia kita pun... kerana keadaan akan mematangkan kita. Setiap keputusan yang dibuat perlu mengambil kira bukan sahaja diri sendiri, malah orang-orang sekeliling, lebih-lebih lagi orang-orang tersayang. Tanpa mereka... siapalah kita.

Maaf Kc pohon... andai kata tidak secantik bahasa. Namun yang pasti... semua ini dibuat atas dasar 'kasih sayang'...

...LOVE BONDS...


Wednesday, April 23, 2008

Adik bongsuku akan bertunang...

Angin tak der, ribut tak der, hujan pun jarang-jarang... tup-tup Hasanah adik bongsuku nak bertunang. Aku happy... apatah lagi yang empunya diri dan yang penting Mak dan Bak merestui.
Baguslah... perjalanannya dipermudahkan allah Ta'ala. Semoga dipermudahkan sehingga akhirnya.
Seperti biasa, bila ada saja adik abang yang nak bertunang atau kahwin, aku dan Kak Dah memegang tugas bahagian barang-barang hantaran, hiasan bilik dan pelamin... ala-ala kadar je laaa... tak der sehebat Pak Abu.
Aku n Kak Dah tak kisah... malah kami makin suka dan seronok... sambil cari barang kat bandar, boleh laa rewang-rewang.... dah jadi hobi dah pun.
Waktu aku nak kahwin dulu, Aini yang buat bahagian bunga-bungaan esp bunga telur. Sampai sakit pinggang. Fadhilah n Sanah kalau bahagian bunga ni... senyum jer... semua jadi. Begitulah terernya dua orang adik aku ni. Hehehehhe...
Now, time Sanah... nampak gayanya dia pun nak main senyum aje jugak... heheheh... tak pe lah dik, selagi Kc n Kak Dah masih boleh on ni... kira orait lah.
Next week (Labour Day), kami sekeluarga akan pulang ke Rantau Panjang... plan nak rewang-rewang kat pekan sana, cari material utk gubah hantaran Sanah.
Well...untuk tatapan peminat blog ini yang tak putus-putus berkunjung dan memberi komen, here i present model majalah Cleo terbitan June 2006. Apa pun, suka diingatkan ... gambar hanya sekadar hiasan. (Sorry ajoe... gambar mu amat menawan sekali.... Warghhh warghh warghh). Jangan lupa pulang tau 31 Mei nanti...kita hangatkan suasana majlis pertunangan adik bongsu kita.

Heeiiii....bapak sapa laa ni..
(cam kenal jer betis sapa kat belakang tu...kantoi...!)

Monday, April 14, 2008

full week days...

Since Sabtu 05 April, bermula 7 weekdays yg penuh dan padat. Bermula dengan meeting i-Team on Saturday. Sunday aku drive back to Kuantan bersama Nwa n Sanah.
Isnin...
Sanah balik dari kerja, disambut dengan tetamu (ehhemm!!) yang datang along with big cake. Tamu diajak dinner sama-sama...

Selasa...
Sanah tak sihat, muntah dan pening... Aku pulak sakit kepala bukan kepalang. Aku dah agak... mesti masalah blood pressure. So kelas mengaji cancelled. Aku cuba bertahan... dan ada tamu lagi sebelah petangnya. Aku ke klinik bersama Sanah... my blood pressure 130/90. Kurang sikit drp last month. Doc cuma aku jaga makan aje. Apa laa doc ni... cakap dua tiga patah jer.
Petang... Sanah pergi ke rumah kak Dah. Dah beberapa hari tertangguh.
Malamnya... kepala makin sakit. Aku call Fad, then telan beberapa supplement yg dia suggest. After one hour, rasa boleh tahan. Alhamdulillah...

Rabu...
Sanah masih lagi muntah-muntah dan pening. So aku bawak dia balik ke Kemaman untuk berurut... along with Nwa. Dapat appointment petang selepas Asar. So, nak tak nak aku terpaksa bermalam di rumah Mak. Lagipun, aku sendiri pun kurang sihat. Kebetulan pulak Suhaila sepupu abang nak datang ke rumah malam ni. Anuar suaminya ada meeting di Kuantan pagi Khamis.
Aduhai... nampaknya abang terpaksa entertain diorg sorang2 laa... belikan makan malam etc. Sorry laa abang, keadaan betul2 tak mengizinkan kitorang balik malam tu.

Khamis...

Seawal 7.15 am, aku keluar ke pasar... cari ikan segar untuk tetamu di rumah. Pukul 10 am, i started the journey balik ke Kuantan bersama Nwa. Sanah tak ikut balik since dia dapat MC hingga Friday.
Sampai kat rumah, terus masak untuk lunch... Kesian pulak dengan Suhaila... berdua dengan baby nya kat rumah. Rasa bersalah pun ada... tapi nak buat camna.
Malam baru lah diorang bertolak balik ke Temerloh.

Jumaat...

Luckily, abang tak jadi out-station ke Rompin hari ni. So aku bolehlah tarik nafas lega sikit coz tak payah nak kalut-kalut berkemas.
Barulah aku ada masa untuk tengok Daftar Pemilih Pilihanraya 2008... masukkan data culaan Kg Besut... complicated jugak.
Pening rasanya... hinggakan aku tak masak for dinner. Abang tolong belikan tomyam... aku cuma masak nasi dan telur goreng. Best jugak...

Sabtu...

8.30 am... aku tumpang Zarina ke sekolah Affan... ada perjumpaan dengan guru kelas Nwa. Berbual-bual dengan Teacher Eiza dan ambil report card. So far, Nwa punya progress ok. Cuma kekadang dia bergurau agak kasar dengan kawan-kawannya. Hmm... something to worry.
12 pm... bertolak balik ke Kemaman... berkejar for meeting at 2 pm. Penat Tuhan jer yang tau.

Ahad...
Bertolak balik ke Kuantan...

Today...
Baru dapat bernafas lega... Try to get back to the routine. Tak seronok hidup seharian penuh kekalutan. Apapun, kerja-kerja i-Team masih boleh diteruskan dari rumah, cuma sistem SSDP agak complicated... so ada sikit masalah teknikal laa... Biasa laa...
Harap-harap semuanya ok, insya-allah...


Buat abang... maafkanlah ayang kerana seminggu dua kebelakangan ini, keadaan agak kurang teratur. Banyak diganggu emosi barangkali... ditambah dengan kerja-kerja rumah yang agak terbengkalai.
Apapun, terima kasih kerana amat memahami keadaan ayang. Terima kasih yang tak terhingga kerana masih sudi menyayangi dan mencintai ayang walaupun perempuan ini bukan isteri sempurna. Dan terima kasih kerana menyayangi Anwar... satu-satunya permata cinta kita.

...Akan kusimpul kasih ini sampai nafas terakhir...

Monday, April 7, 2008

my 33rd birthday...

birthday cake
bersama abang n Nwa
me havin' piece of cake
cream cake kid
My 33rd birthday on March 30 disambut sederhana seperti biasa. Kitorang lunch di Pizza Hut Giant Kuantan bersama Kak Dah n Yayah selepas rewang-rewang sampai lenguh kaki. Sayangnya Nwa n Cik Sanah ada di Kemaman. Lepas makan, kitorang pergi ambil kek yang dah ditempah kat Intan's Oven dan tunggu Nwa n cik Sanah sampai dari Kemaman.
Then, kitorang makan-makan lagi sekali...kek dan pizza.. sebagai hidangan minum petang. hajat hati nak celebrate di rumah sendiri. Tapi memandangkan badan dah penat balik dari Giant, abang cakap kita tunggu jer Nwa kat rumah Kak Dah, so aku sempat tidur sekejap.... rehaaaat.
Seronok betul Nwa makan kek... dia yang nak kek coklat dengan krim kuning dan ada bunga. so decoration kat atas kek tu... dia punya idea laa kiranya. Tq Nwa..
Malamnya, cik Sanah pulak belanja mee kari n mihun sup. Wah... dua rumah tak berasap dapur hari tu...
Well.... tq all who cheer up the day esp abang tersayang. I luv you forever, abang!
Dan pada anak umi tersayang...jangan nakal-nakal lagi, sayang... pada Sanah, tq banyak2 kerana menemankan kak cik... pada Kak Dah, abang Mat, Yayah n Ucop yang menceriakan hari2 hidup di Taman Beserah ni sejak 6 tahun lalu...
Pada Bak dan Mak, terima kasih kerana selalu mendoakan kami... pada Fad, u r the toughest sis i ever had... always keep fighting for health. Hidup HPA!!

Friday, April 4, 2008

antara qadar dan persoalan

Bagi yang belum kahwin, orang duk sibuk tanya... bila nak kahwin... kenapa tak kahwin lagi... etc yang sama erti dengannya. Bagi yang dah kahwin pulak, orang akan tanya lagi... bila nak ada anak... kenapa tak beranak lagi... etc yang sama pedih maknanya. Bagi yang dah ada anak pulak, orang masih lagi duk tanya... bila nak tambah anak lagi... kenapa tak tambah anak lagi... etc yang sama berat untuk diberi jawapan.
Just look around. Ada orang dikurniakan 10 anak, contohnya my parents. Ada yang dikurniakan 4 anak, like my sister. 5 anak, 4 anak, 3 anak, 1 anak like my bros. Ada yang baru je dapat anak walaupun usia dah 'banyak', like my another bro. Ada yang dapat sorang anak tapi tak dapat2 lagi yang lain, like my self laa...
Daripada conton-contoh kecil di atas, tak dapatkah kita buat satu rumusan yang sangat simple... iaitu... setiap hamba Allah diberikan qadar atau bahagian masing-masing. Satu soalan ingin aku lontarkan di sini untuk diriku sendiri .... siapa yang sebenar-benarnya layak menentukan bahagian-bahagian yang kita dapat sama ada di dunia atau akhirat? Jawapan mudah... Allah Ta'ala. Aku rasa anak aku pun boleh jawab soalan ni.
For those who keep asking questions yang ala-ala kat atas tu, pls stop asking... ianya macam kita tanya Allah Ta'ala lah kenapa dan kenapa... it sounds simple, tapi implikasinya agak besar tanpa disedari.
For those yang selalu diasak dengan persoalan-persoalan sebegini, bersabarlah... tahan telinga dan hati sambil istighfar banyak-banyak. Tuhan lebih tahu apa yang termampu oleh setiap hamba-Nya.
Mungkin sesetengah kita menganggap persoalan-persoalan sebegitu sebagai satu gurauan. Inilah masalahnya orang kita... Bergurau tak ada salahnya, cuma bahan gurauan itu sebaik-baiknya tidak melampaui perkara yang agak peribadi atau rahsia. Bacalah cara bagaimana Rasulullah bergurau. Nescaya kita akan faham batasannya.
Cuba lah letakkan diri kita di tempat orang yang diasak persoalan pula. Mungkin kita juga akan terkulat-kulat juga untuk memberi jawapan... malah tak mustahil memberi jawapan yang bakal menyinggung perasaan orang yang bertanya pulak... malah boleh berlarutan sehingga bermasam muka etc. Silaturrahim pun boleh renggang hanya kerana mulut kita ni yang mungkin terlebih 'caring'.
Hmm... apapun, tulisan ini adalah luahan rasa yang tak mampu terluah dengan lisan.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, walaupun tidak seperti orang lain... walaupun kita hanya bersendirian, atau hanya ada suami tanpa anak, atau ada suami dan hanya seorang anak, atau ada anak ramai. Tumpukan perhatian pada apa yang kita ada hari ini di samping berusaha to get more.
Setiap makhluk ciptaan Allah ada gunanya. Tak kiralah apa pun... pasti ada gunanya dan kelebihannya. Termasuklah kita....
Ampun maaf sekiranya menyinggung sesiapa... tulisan ini amat ikhlas tujuannya...

Wednesday, April 2, 2008

my garden...


bunga-bunga kemboja yang berkembangan...

ini pula pokok pilihan Anwar...

Penat-penat berkebun, seronok bila tengok pokok kemboja mula berbunga... dan ada lagi enam tujuh kuntum are waiting to blooomm! Ni yang semangat nak berkebun ni...
Tangan yang terseliuh belum juga baik lagi...tiap-tiap malam kena bandage... mcm org patah tangan. Tapi masih boleh drive...slow2... pulas stereng pun banyak guna tangan kiri laaa... Apa nak buat.
Pergi ke Tangkak beli kain pun dengan tangan berbalut... hehehe... Taukeh pun tengok pelik.. apa kena itu tangan? dia tanya... Geram nak jawab... main boxing aa tokey! Tapi dalam hati je...