Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Thursday, January 10, 2008

alhamdulillah...!

Alhamdulillah... setelah beberapa hari Nwa amat risau dan runsing every morning about going to school, he became better.
Semalam (5th day), sewaktu aku tunggu dia pulang di pintu pagar tadika, dari jauh lagi dia tersenyum gembira. Alangkah senangnya rasa hati aku... Tuhan saja yang tahu. Dengan gembiranya dia terpa aku dan pegang tangan aku sambil kata, "Umi, Nwa dah ok. Nwa dah dapat kawan baru" sambil senyum2 gitu. Tapi bila ditanya apa nama kawan baru, dia jawab ntah laa..
Hmm... kawan pompuan kot! Hehehhe...
Kalaulah begitu keadaannya tiap-tiap hari, baguslah... Terima kasih Tuhan... doaku dimakbulkan. Malam sebelumnya, aku bacakan ayat-ayat Quran semasa dia nak tidur. Aku tidurkan dia awal... sebelum 'Isyak lagi... so, sambil nak tunggu masuk waktu isyak tu lah aku baca Quran sebelah dia yang tengah berbaring. Akhirnya dia terlena... dan aku bacakan ayat 1-6 surah Tohaa dan tiupkan ke hidungnya bila dia tarik nafas.
Paginya, dia terjaga sendiri 10 minit before jam 7. Masa sampai kat sekolah, dia menangis sikit. Tapi aku minta dia tarik nafas dalam-dalam. Dia ikut... and looks better. Then dia terus ikut teacher Izza masuk kelas. Senangnya hati aku....
Mudah2an berterusan laa macam tu.
Kalau dia setuju, Isnin nanti nak ajar dia naik van... jimat belanja sikit. Sebab sepanjang 5 hari ni, belanja minyak kereta saja lebih rm 20, belum lagi dikira belanja kat kedai pok zek setiap kali balik dr sekolah. Aii... mau botak aku.
Kalau nampak dia dah independant tu... boleh laaa ajar2 dia naik van pulak. Lagipun, van Cik Ton selang sebuah rumah jer. Orang yang dia dah kenal mungkin ok sikit kot. Lagi ramai kawan nanti lagi bagus.

Friday, January 4, 2008

Nwa's first day to school

Sebagaimana yang disangka, Nwa menangis sakan waktu aku hantar dia ke tadika semalam. Penat jugak lah nak memujuknya. Maybe coz ramai sangat yang menangis... So dia tak nampak suasana sekolah yang biasa aku gambarkan pada dia such as... ceria, seronok, ramai kawan, cikgu yang baik2 etc.
Setelah dipujuk rayu, dia nak laa stay kat kelas tu... after dia dah tengok sekeliling... then cikgu bagi plastisin buat ball and so on. Oh ya... nama cikgunye teacher Izza. Orangnya cute n pandai ambik hati budak2.
Waktu balik aku pegi laa awal sikit. Nampak laa dia duk line up ngan budak2 lain. Nampak ok jer.. But bila budak lain buat havoc... nangis laa meraung laa... Mula laa si Nwa ni gabra dan nangis jugak...laaa...aduhaiii...aku kat luar kelas tu tepuk dahi. Apa laaa anak aku ni, manja sangat!
Dalam kereta kalau boleh tak nak cakap ngan aku... masam jer sambil duk sapu air mata dan pcit2 hidung. Rupa2nya hidung tu sakit sangat pasal nangis banyak sangat.
Samapai rumah barulah nak bercakap... barulah bercerita... kat sekolah makan mihun dan air masak, tapi air masak tak sedap. Macam-macam...

Wednesday, January 2, 2008

New Year's Eve 2008 ... di KL (waduh!)

Dua hari sebelum tahun baru kami sekeluarga together with Fadilah and Ila bertolak ke KL. Hajat di hati nak terus ke Mutiara Damansara. But unfortunately kereta pulak overheated kat Karak. So dalam keadaan tak pasang air-cond dan panas terik, kami pun slowly teruskan perjalanan ke Melawati. Nampaknya terpaksa transit kat rumah Ajoe jugaklah. Dia kata daulat dia lah tu... hehehheh... Ye laa tu...
Petang sikit barulah kitorg semer berangkat ke rumah Amie... Pagi esoknya, Amie dgn abang bawak kereta masuk workshop... then dia angkut kitorang semer pegi Ikea... balik dengan teksi. Kesian betul Nwa... penat betul dia ngikut umi n abahnya shopping. Nasib baiklah ada Fadhilah and Ila... buat ralit gi sana sini cari tempat kanak-kanak. At one stage, bila dia dh penat sangat, aku terpaksa dukung dia. Aduhai... berat tul ... macam batang kayu... Anak oh anak!
Then kitorang pegi lunch...barulah cerah sikit muka si Nwa... tu pun bila dah kenyang, layu balik. Sian tul... Tapi bila tunjuk jer satu stall ice cream kat situ... wahhh... segar bugar balik... senyum kemewet mengekor abahnya beli ice cream. Mengada-ngada betul... so kitorang pun bagi chance laa kat dia to take his time pulak. Kira fair laa kan... Pulak tu, kaki pun dah lenguh semacam.
Petang, kitorang just lepak2... rehat... tidur... urut kaki n badan kat mesin urut Osim ke Gintell ke apa ntah.
Malam tengok bunga api... wah... bergegar rumah rasanya. Kuat betul. Tapi seronok jugak... semua orang kat kawasan tu pakat keluar ramai2 nak tengok bunga api New Year. Aku pada mulanya malas nak bangun pasal dah terlelap sebelum tu... Tapi since dah kuat sangat, bangun jugak lah n kuar tengok. Rupanya Danial pun bangun jugak, papanya yang kejutkan... siap sumbat telinga ngan kapas lagi. Ish... papanya macam-macam...
Pagi tahun baru... aku n abang pegi hantar Ila kat Kolej di Sungai Buloh. Amie n Kak Nora lead the way... Then diorang pegi airport sambut Abg Wan n Kak Noor pulang dari Makkah. Alhamdulillah... diorang selamat n sihat. Aku belum lagi call diorang... tengoklah malam ni ke...
Nak apologise coz tak sempat singgah rumah diorang before balik. Kitorang bertolak dari Damansara kul 4 lebih... direct ke Kuantan. Cuaca pun kurang mengizinkan... so kalau singgah rumah Abang Wan, lagi lewatlah sampai di Kuantan. Kalau singgah, maybe malam baru bertolak dari sana... bimbang jugak drive malam2, cuaca hujan... n kereta lagi satu hal. Gerun jugak mengingatkan overheat hari tu.
Apapun... terima kasih kepada tuan-tuan rumah tempat kami menumpang... Amie n Kak Nora, dan Ajoe... hehehheh...Daulat Tuanku..!

Friday, December 28, 2007

Usia dan perkahwinan

Dua hari lepas di tv9 dekat di hati... talk show psl berkahwin di usia muda. Hmm... of course ada pro n kontra. Bagi aku, kalau keadaan mengizinkan apa salahnya... biasa orang kata kalau mak bapak nak support apa salahnya. Tapi jarang orang fikir persediaan dari segi mentaliti. As we know, orang muda berusia awal 20 an belum lagi boleh buat pertimbangan yang sebijaksana orang berusia lewat 20an or at least pertengahan 20an. So tepuk dada tanya selera.
Ada yang berkahwin seawal usia 20 n 21 tahun, but after hampir 10 years dan anak dah dua or tiga, decided utk bercerai. Antara alasan... something like 'tak puas enjoy'. Walaupun tak dinyatakan dengan ayat yang sedemikian, tapi maksudnya lebih kurang macam tu lah.
On the other hand, timbul pulak pasal gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun usia dah hampir mencecah 30an or pertengahan 30an. Memang bila diperkatakan soal jodoh, it's so complicated and very subjective. Susah untuk dihuraikan atau dijelaskan... Ya lah, namanya pun urusan Tuhan. Jangan disenakkan kepala soal ini. Insya Allah bila tiba masanya, segala-galanya akan Allah permudahkan.
Kepada mana2 yang belum bertemu jodoh saat ini... sabarlah... serahkan kepada Allah... yang penting doa supaya dipertemukan dengan orang yang sebaik-baiknya dan sesuai dengan kita. Jangan doa dipercepatkan... hati2... kot nanti jodoh memang cepat, tapi dipertemukan dengan orang yang tak sepatutnya. Kes silap doa tu...!
Usia adalah hanya angka yang menunjukkan dah berapa lama kita hidup... ia bukan kayu pengukur untuk kita bertemu jodoh... cuma kita perlu ingat bahawa angka2 itu akan terhenti bilangannya suatu masa nanti.
Perkahwinan pula suatu ikatan suci murni atas dasar kasih sayang bila dipertemukan dengan orang yang sebaik-baiknya untuk kita... tidak kira berapa usianya. Lihat Seniman Haji Aziz Sattar sebagai contoh.
Kebimbangan pasal jodoh ni biasanya dirasai oleh ibu bapa khususnya. Bila ayah ibu bimbang, anak pun turut rasa bimbang. Sabarlah... sesuatu yang baik pasti datang akhirnya. Yakinlah dengan janji Allah..."Sesungguhnya bersama setiap kesusahan itu, akan datang kesenangan."
Aku sendiri pernah melalui pengalaman sebegitu... Aku percaya bukan aku seorang saja yang ada pengalaman sedemikian rupa. Adik beradik aku pun punya cerita dan pengalaman pelbagai dalam perjalanan menemui jodoh mereka sekarang. Semuanya unik dan tersendiri.
Apapun terima kasih Tuhan... Setelah banyak onak dan duri dilalui, akhirnya jodoh aku sampai juga. Sapa sangka, sambil duk tercongok menghadap komputer beginilah, aku bertemu jodoh. Very subjective kan?Walaupun berderet 'calon' diperkenalkan atau menawarkan diri, the man from the cyber jugak pilihan hati. Kwang kwang kwang!
I love you, abang... always and forever!

Monday, December 24, 2007

Langsirku....ohh (dan Hari Raya Haji)

Semalam kami sekeluarga baru saja pulang dari Kemaman merayakan hari raya Aidil Adha di sana. For the first time, sembahyang raya dalam keadaan kelam kabut. apa taknya, masa kami sampai di masjid, jemaah dah masuk rakaat kedua. Aduhai... kelam kabut tak reti nak cerita. Fadhilah, Hasanah and Yayah have the story. Hahahahah... dalam kelam kabut gitu, si Nwa sempat lagi berdrama. Menangis laa... apa lagi. Agaknya dia tak faham kenapa semua orang bergegas masuk ke masjid. Haii... anak aku ni, tak boleh pressure langsung. Gabra aje...
Hari Raya Haji macam biasa laa kat sini... tak de lah meriah sangat. Cuma mewah sikit laa coz tiap-tiap hari bedal daging jer. Starting from first day, daging goreng kicap and sup daging. Hari kedua, daging goreng kunyit...pas tu, daging masak pedas and so on.
Hari ni aku masak daging lagi...kali ni singgang daging dan daging goreng kicap. Ini kes malas nak gi pasar beli ikan lah ni... tapi daging singgang sedaaaap...
Tinggal bab daging... langsir pulak. So far dah siap laa untuk ruang tamu dan pintu bilik ketiga-tiganya. Puas hati betul bila lihat hasil kerja tangan sendiri. Walaupun penat, rasa berbaloi. Cuma kena ada tambahan sikit untuk langsir ruang tamu. Since sheer nipis sangat, aku beli sheer putih pulak untuk digabungkan. So the next project will be the white sheer and repair langsir lama kat tingkap bilik pulak. Memang badan rasa penat... tapi tak kisahlah... at least tak der lah boring sangat duk buat kerja sama aje tiap hari.
This weekend Insya allah kami akan ke KL nak hantar Ila kat Kolej Jururawat di Sg Buloh. Plannya... bermalam di rumah abang Mi di Mutiara Damansara. Mungkin sempat jumpa abang Wan juga yang akan balik on 1st January... insya allah...

Wednesday, December 12, 2007

musim hujan 2007

Musim hujan dah pun tiba. Dan kami sekeluarga walaupun dah melalui pengalaman banjir tahun 2003 dulu, masih juga gusar tiap kali hujan lebat menggila atau kata org t'ganu... dok celik mata! Maknanya mungkin sebab tak nampak matahari kot!
Semalam memang hujan lebat sungguh. Risau jugaklah... Bila tengok air dah mula bertakung kat tempat jemuran depan rumah tu, aku cepat-cepat laa redah hujan, clearkan batu bata yang berlonggok kat situ. Lencun laa pagi kemarin... kalau orang tengok, sure orang ingat aku main hujan... Heheh... buang tebiat!
Hujan-hujan macam ni bisnes kain memang tak jalan laa... since kami takut nak berulang alik ke Tangkak tu... Kalau tak dihanyut dek air, paling kurang mesti sangkut nyer...
And sad news... ramai betul yang menjadi korban kat Tol Jelapang semalam... kalau tak silap semalam saja 7 orang. Berita tengahari tadi tambah lagi sorang... gadis kecil berusia 9 tahun, kecederaan serius di kepala. Innaa lillaah... semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya..
Buat yang masih hidup dan masih boleh drive laju-laju tu, beringatlah... and check your brake and engine alwayss.. and windscreen wiper jangan lupa...
Jam 3 petang tadi, abang Wan dan Kak Nor dijadualkan berlepas dari KLIA ke Makkah. Selamat jalan buat kalian berdua... semoga mendapat haji mabrur. Amiin.... Semoga segala pengalaman dan pengajaran yang dialami di Tanah Suci nanti akan menjadikan kita manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya. Janganlah pulak jadi macam Rosnah Mat Aris (sbg contoh) yang memperlekehkan ibadat haji dan umrah. Kalau masih ingat laa dalam rancangan Sensasi TV3 hari tu, dia ada cakap... tak semestinya balik Mekah, terus jadi baik, tunduk je... (Apa jenis manusia laa cakap macam tu)
Semalam sempat jugak aku call abang Wan, ucap selamat jalan. Bila aku cakap... yang 'sang' tu janganlah dibawak sekali... dia sempat lagi buat lawak..."laa... kan dah jatuh dalam telaga kat rumah Mak hari tu". Hahhahaha.... lawak tul laa abang Wan ni.
Walaupun kecik-kecik dulu aku tak rapat dengan dia due to distance dan health problem, tapi sejak kami dah jadi 'orang tua' ni... boleh dikira rapat jugak laa... esp masa 'sessi interview' yang aku set antara abang Wan dan abang Mi dengan sorang hamba Allah. Hihihiii... tang ni hanya orang-orang tertentu je yang faham. Ahh... forget it! Cerita tak best...
Pasal Nwa... dah tak dihantar mengaji lagi dah... Mutu bacaan tak memuaskan... Aku baru jer notice that ustazah dia ajar baca huruf berbaris satu persatu, walaupun huruf-huruf tu bersambung. Aduhaii... tu lah yang aku tak berapa percaya kalau pakai Iqra' ni... coz gurunya tak kursus.
Berbeza dengan Qiraati, setiap guru akan dilatih dulu before diberi tahap mana dia boleh ajar. Kalau yang expert akan diberi mengajar sampai jilid 5, tapi kalau dengung tak berapa kena, cukup setakat mengajar jilid 1 dan 2 aje. But at the same time, akan diberi latihan berterusan sampai laa dihantar kursus dan ujian dengan Penyelia Qiraati Ustaz Muhd Masruh di Kajang. Ini apa yang dipraktikkan di Syukur Qiraati dulu laa... Kerja melatih guru tu kerja aku lah...
So fikir punya fikir, baik aku ajar sendiri lah si Nwa ni... setakat empat hari ni, nampaknya bacaan dia ok sikit. Alhamdulillah... Nwa ni cepat belajar. Cuma ada malas sikit... biasa lah...

Monday, December 3, 2007

resipi daging berempah hitam manis


Well... untuk memenuhi permintaan Uncle Jasni si papa Damea yang nak tambah koleksi resipinya, ini dia hidangan berprotein untuk seisi keluarga...(tapi pedas sikit... Mea tak makan tau!)


Bahan-bahan :

500 g daging (potong nipis, cuci dan toskan)

125 ml kicap pekat ( lebih kurang 1/3 cawan - kicap manis pun boleh)

6 tangkai cili merah (kisar)

2 ulas bawang merah (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

2 cm halia (kisar)

2 sudu besar rempah kari daging

1 tangkai daun kari

2 biji tomato (cincang)

125 ml minyak masak

2 sudu besar gula

1/2 sudu besar serbuk lada hitam

2 labu bawang besar (potong bulat)

1 tangkai cili merah (belah dua)

1 tangkai cili hijau (belah dua)

1 batang kayu manis

2 sudu besar bawang goreng ( yang ni kc tak pernah letak pun)

125 ml air


Cara menyediakan :

1. Gaulkan daging dengan bahan kisar dan perap selama 10 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kayu manis dan daun kari. Masukkan daging perap tadi dan kacau hingga sebati. (kalau bimbang daging tak masak, biarkan daging masak dulu at this step... kc buat gitu lah).

3. Masukkan tomato cincang, rempah kari, gula, serbuk lada hitam, kicap dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih hingga daging masak.

4. Masukkan bawang besar, cili belah dan kacau rata hingga layu.

5. Taburkan bawang goreng dan matikan api.

6. Siap...... dan hidangkan dengan nasi panas-panas. Hhmm.... waallllaaaahhh!