Seharian : Khazali, Anwar Putra and Me... Mahbub Daaiman

Hidup yang dulunya sendiri... kemudian berdua... kemudian bertiga... alangkah indah untuk diceritakan. Walaupun ada ketika hari cerah, dan ada ketika hari mendung... apa yang pasti, kasih sayanglah pengikat kami melayari rencah hidup seharian. Hidup sederhana, tidak mewah namun bahagia diberkati Allah dan direstui ayah bonda, alangkah bahagia untuk diungkapkan. Walau pasang walau surut air di laut, kasih kami diharap bertaut selamanya. Terima kasih semua esp abang dan Anwar kerana membawa 'makna' pada hidup ini. Juga pada Bak, Mak, Ayah dan Mek atas restu kalian... pada Kak Dah, Abg Wan, Abg Mi, Abg Ma, Abg Li, Abg Joe, Aini, Fadilah dan Hasanah atas support dari awal hingga kini menjadikan hidup ini amat meriah. Dan pada ipar duai yang disayangi, anak-anak sedara yang cun2 dan hensem2 semer, terima kasih banyak-banyak... Semoga kita semua dirahmati Yang Maha Mengasihani.

Friday, May 4, 2007

Rompin Tak Jadi

kalau ikut jadual asal, petang ni abang kena pergi Rompin 2 hari. Aku dah siap 'book hotel' lorong 15 utk dua hari. Tup tup tak jadi psl YPPH cancel kelas kat sana kot students tak hadir. Maklum lah cuti weekend bersambung dgn Hari Hol. Anwar pagi2 lagi doh siap tanya pukul berapa nak pegi umah sana. Hai... nampak gayanya jenuh la nak explain semula ni.
Semalam sepupu abang dari Kelantan tumpang bermalam di sini. Bangun pagi tadi...laaa... letrik tak der la pulak. Baju abang tak gosok lagi. Hancuss... at last abang pegi kerja pakai t'shirt ikip. Lantak ler... jangan tak pakai baju sudah. heheh...Tu la semalam tak gosok siap2...letih sangat kononnya..!
Cuma Rabu depan laa abang kena pergi Chini pulak. Plan asal nak ikut, tapi kawan dia cakap resort sana cukup sebagai tempat tidur je. Tak nak aku pegi eh...! Kalau nak bercuti, baik cari tempat lain ler...

2 comments:

Anonymous said...

ummi, biler la anwar nk ade adik nih...(on behalf of anwar)
:)

Nan Nurhayati said...

tang tu jgn tannya banyak sangat. kalau keadaan mengizinkan, ada lah... kalau tak, cukuplah nwa sorang penawar sepi.