Beberapa hari lepas, aku terima sms dari Madi, rakan seangkatan zaman muda2 dulu. Dia bgtau ada peluang untuk dapatkan Hons. bg lepasan Adv Diploma bulan 11 nanti. Hanya perlu habiskan 3 subjek sahaja semuanya dalam Bahasa Melayu. Aku pada awalnya agak teruja coz sebelum ini, inilah peluang yang ditunggu. Dengan point 3.77 of course aku nak lah ada Hons kat belakang ijazah aku tu.
Tapi bila perkara tu dibawa berbincang dengan abang, rupanya tak dapat sokongan. Dia kata, kalau ada Hons. pun aku tetap tak guna degree tu. Menitik jugak lah air mata. Inilah nasib seorang surirumah macam aku ni. Memang rasa nak memberontak tapi siapalah aku... Mungkin jugak idea itu tak mendatangkan pendapatan kot, menghabiskan adalah...
Cuma hari ni bila aku fikirkan balik, mungkin ada benarnya apa yang abang kata. Tak pe lah... mungkin bahagian aku di ruang lain yang aku tak nampak lagi. Biarlah... Tuhan pasti dengar keluhan ini. So what to do now ialah meneruskan projek cross stitch. So far, satu dah siap, tunggu nak diframe jer. Aku dah start the second one. Lambat betul nal siapkan satu, lagipun byk gangguan. Duk ke sana ke mari jer... Lusa nak balik kampung pulak.
Pagi tadi, selepas kelas mengaji aku bawa Anwar pergi daftar kelas mengaji dia pulak. Rupa-rupanya ustazah tu kaum kerabat aku jugak. Laa.... dia memang kenal aku, cuma aku jer yang tak perasan pada awalnya. Hmm... aku harap Anwar gembira kat kelas tu nanti. Aku cuma nak dia berkawan dengan different people, lain daripada yang dia dah kenal.
Sekurang-kurangnya waktu dia tak hanya terisi dengan tv aje. Mungkin esok pagi aku akan try hantar dulu... nanti lusa nak balik Kelantan pulak. Nampaknya seminggu lagi lah baru sambung pulak.
Rajin-rajinlah belajar anakku...Jadilah cerdik pandai seperti ulama2 muktabar.
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih ...
11 years ago
2 comments:
salam....
Aku pun dapat juga sms dari madi pasal peluang nak honestkan advance kita tuh...tapi tak tahu lagi ..macmamana...pasal kerka kat k.l...kalau boleh ambik part time..maybe blh consider...kalau kena full time, agak perit juga...
Anak adalah amanah, so nak tak nak...kena lah jaga dgn baik2...amat elok sangat kau hantar pergi mengaji pada dia duk layan T.V jer....at least ada pengisian rohani dan sosial skit...
mmmm...isteri yg solehah akan sentiasa taat dengan suami...pasti ada hikmahnya dia tak benarkan..
Apa salahnya surirumah ada degree.
Post a Comment